X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

''Syukur PadaMu Mengamanatkan Bidadari Terindah,'' Luahan Hati Ibu Neelofa Penuh Sebak

3 min bacaan
''Syukur PadaMu Mengamanatkan Bidadari Terindah,'' Luahan Hati Ibu Neelofa Penuh Sebak

Teka-teki akhirnya terjawab apabila selebriti & usahawan terkenal, Noor Neelofa mengumumkan dirinya sudah mula berpurdah dan meminta doa dari orang ramai

Tidak hanya memiliki perwatakan menarik dan berjaya, selebriti serta usahawan terkenal negara iaitu Noor Neelofa telah mengumumkan dirinya kini sudah mengenakan purdah. Netizen rata-ratanya memberikan reaksi gembira melihat perubahan yang begitu banyak dalam proses penghijrahan ‘idola’ mereka sehingga ke hari ini.

Dia yang mengumumkan perkara berkenaan petang semalam melalui laman Instagram peribadinya turut meminta orang ramai untuk mendoakannya supaya sentiasa beristiqamah.

Penghijrahan Noor Neelofa secara bertahap

neelofa pakai purdah

Menerusi pemilik akaun Twitter @jidah, dia meluahkan rasa amat bangga melihat perubahan Noor Neelofa yang berlaku secara berperingkat dan tidak terburu-buru.

”Perubahan Neelofa ini kalau perasan dia mula dari bawah. Sebelum ini free hair, kemudian memakai hijab, sarung kaki dan tangan. Barulah mengenakan niqab.”

”Sebab itulah kita jangan cepat menilai seseorang kerana mereka boleh berubah. Neelofa antara wanita yang memberi inspirasi kepada ramai orang, saya gembira dengannya,” jelas jidah.

Tambahnya lagi, penghijrahan berkenaan turut pernah dilalui oleh penyanyi terkenal iaitu Mizz Nina yang kini turut mengenakan hijab. Dia turut mengakui bahawa setiap manusia berpeluang untuk memilih sama ada mengambil iktibar ataupun sebaliknya apabila menerima hidayah Allah.

”Betullah hidayah milik semua orang, sama ada kita nak ambil atau tidak. Dan sekiranya kalau ditakdirkan satu hari nanti dia buka semula niqab, jangan pula judge dan maki okay? Pakai niqab tak wajib kerana ia satu pilihan. Doakan baik-baik,” ujarnya.

Menyentuh hati ahli keluarga dan kenalan sekeliling 

Insan pertama yang memuat naik kisah penghijarahan ini adalah tentu sekali ibu kesayangannya, Datin Noor Kartini.

Dia sempat memuat naik sebuah video memeluk erat anak perempuannya dengan kapsyen penuh kesyukuran pada Yang Maha Esa.

neelofa berniqab

”MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku.”

”Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn
Love you bidadariku @neelofa ❤️”

Selain ahli keluarga, rakan terdekat dan para peminat turut meluahkan rasa terharu dengan perubahan selebriti tersebut. Antaranya ialah Anas Zahrin, Umie Aida, Syedewa dan ramai lagi.

”Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam membaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi. Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungiNya dan berada dalam rahmat serta ehsanNya,” ujar Neelofa.

Ganjaran wanita memakai purdah

penghijrahan noor neelofa

foto: pinterest

  • Allah akan tingkatkan Nur pada wajah 13x ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah beri Nur wajah ini.
  • Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya.
  • Di syurga, Allah beri 70 kali ganda kecantikan Laiba (Ketua Bidadari). Inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita ini dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat Allah.
  • Siti Fatimah berkata pada Rasulullah S.A.W, ”Hai Rasulullah jika seseorang dapat menjaga auratnya itu adalah lebih manis daripada madu, tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus dari seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah amat susah.”
  • Siti Fatimah r.a dapat menjaga aurat dengan sepenuhnya hingga akhirat kelak apabila dia hendak melintasi Titian Sirat, Allah S.W.T memerintahkan semua supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari Siti Fatimah r.a. Beliau sungguh pandang berat pada aurat hingga meninggalkan wasiat jika ia meninggal dunia, maka kebumikan beliau pada waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat sama ada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau pendek.

Sumber: Erin Sakura, Berniqab Pilihan Muslimah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comartis-janda

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • ''Syukur PadaMu Mengamanatkan Bidadari Terindah,'' Luahan Hati Ibu Neelofa Penuh Sebak
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham