Atlet Olimpik Paris 2024 Buktikan Hamil Bukan Penghalang Untuk Beraksi Dalam Sukan

Atlet olimpik Paris 2024 membuktikan kehamilan bukan penghalang untuk beliau beraksi cemerlang dalam sukan dipertandingkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan atau beranak kecil seringkali dikaitkan dengan keterbatasan si ibu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti terutama sukan. Namun ia bukan penghalang bagi dua ibu ini yang beraksi atlet paralimpik dan atlet olimpik Paris 2024 untuk terus beraksi dalam sukan.

Atlet Olimpik Paris 2024

Memang sangat membanggakan bila melihat atlet-atlet membuktikan kehamilan tidak menjadi penghalang untuk terus beraksi dalam sukan. Berikut antara atlet yang hamil dan baru melahirkan serta masih menyusu badan memberi komitmen sepenuhnya dalam acara sukan.

1.Nada Hafez, Atlet Lawan Pedang Mesir

Meski hamil tujuh bulan, atlet lawan pedang Mesir, Nada Hafez, 26, tetap beraksi dengan cemerlang. Tahun ini, dia menyertai Olimpik ketiganya setelah beraksi dalam Sukan Olimpik pada tahun 2016 dan 2021. Hafez berasa bangga bukan hanya dengan pencapaiannya, tetapi juga kerana dapat bersaing semasa mengandung.

2.Femita Ayanbeku, Atlet Olahraga Amerika Syarikat

Femita Ayanbeku, pelari 100 meter T64 Paralimpik nombor satu di Amerika Syarikat. Dia juga merupakan juara kebangsaan lapan kali dan pemegang Rekod Amerika Syarikat dengan catatan masa 12.84 saat. Walaupun baru saja melahirkan anak enam bulan lalu, wanita ini berjaya melayakkan diri ke sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan berlangsung bermula 28 Ogos hingga 8 September 2024 di Paris. Dia juga dikatakan masih menyusukan bayinya!

Atlet Dunia Cemerlang Ketika Hamil 

Berikut adalah enam atlet dunia yang telah membuktikan bahawa mereka mampu terus cemerlang walaupun semasa hamil:

1.Quzandria Nur Mahamad Fathil, Atlet Ekuestrian Malaysia

Beliau erjaya meraih emas dalam acara dressage individu ekuestrian semasa hamil lima bulan. Walaupun terpaksa menyembunyikan kehamilannya demi mengejar pingat emas untuk Malaysia dalam Sukan SEA ke-29, dia tetap meneruskan hasratnya setelah mempertimbangkan nasihat doktor dan keluarga. Suaminya, Alessandro Zulkarnain Ciaramaglia, sentiasa menyokongnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Nur Suryani Mohamed Taibi, Atlet Menembak Malaysia

Nur Suryani Mohamed Taibi, atlet menembak Malaysia, menarik perhatian dengan menyertai Olimpik London ketika hamil lapan bulan. Walaupun hampir terlepas peluang kerana kebimbangan mengenai keadaannya, beliau mendapat kelulusan doktor dan beraksi dengan kandungan mencecah 34 minggu. 

3.Serena Williams, Atlet Tenis Amerika Syarikat

Kisah kehamilan Serena Williams mula mendapat perhatian apabila beliau memuat naik foto dengan kapsyen ’20 minggu’ di laman sosialnya. Posting tersebut mendapat sambutan positif dari peminat. Selain itu, Serena dikhabarkan sedang hamil 8 minggu ketika menjuarai Grand Slam Australia di Melbourne pada akhir Januari 2017.

4. Alysia Montano, Atlet Olahraga Amerika Syarikat

Alysia Montano, juara kebangsaan Amerika Syarikat lima kali, berjaya menamatkan larian 800m ketika hamil 34 minggu dengan catatan masa 2 minit, 32.13 saat. Walaupun berada di kedudukan terakhir, dia gembira dapat menyelesaikan perlumbaan dan menerima tepukan penonton. Catatannya jauh daripada rekod peribadinya, tetapi tetap mengagumkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Amber Miller, Atlet Marathon

Amber Miller, 27, menyertai Chicago Marathon ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara tersebut.

6. Ni Made Dwiyanti, Atlet Silat Indonesia

Ketika menyertai Pekan Olahraga Nasional (PON) 2016, pesilat Putri Bali, Ni Made Dwiyanti, yang sedang hamil 6 minggu, berjaya memenangi pingat emas dalam acara silat. Walaupun kehamilan awal, beliau menunjukkan prestasi cemerlang dan membuktikan bahawa mengandung tidak menghalang kejayaan dalam dunia sukan.

Forbes, Beautiful Nara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aktiviti Bersukan Ketika Hamil: Faedah Bersukan & Jenis Sukan Mengikut Trimester Kehamilan

Baca juga: Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

Baca juga: Kedudukan Bayi Dalam Perut Mempengaruhi Cara Bersalin Nanti, Ibu Waspada Jika Bayi Songsang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar