X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

7 Atlet Wanita Malaysia Di Sukan SEA 2017 Yang Jadi Tumpuan Hebat

4 min bacaan
7 Atlet Wanita Malaysia Di Sukan SEA 2017 Yang Jadi Tumpuan Hebat

Semangat anda pasti berkobar-kobar membaca kehebatan 7 atlet wanita yang mewakili Malaysia di Sukan SEA 2017 ini. Mereka bukan saja cantik, bahkan sungguh cemerlang dalam bidang masing-masing!

Atlet wanita di Temasya Sukan SEA 2017

Sempena berlangsungnya Temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, mari kita kupas tentang atlet-atlet yang mewakili Malaysia dan berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia.

Asyik atlet lelaki saja, kan?

Kali ini, kami di theAsianparent akan mengupas 7 atlet wanita pula! Mari kita tunjukkan bagaimana wanita juga boleh bertanding di temasya besar dan mengharumkan nama negara.

Anda pasti teruja membaca kisah kejayaan yang pernah mereka capai.

7 Atlet Wanita Malaysia Yang Hebat Dan Mengharumkan Nama Malaysia Di Persada Dunia

1. Farah Ann Abdul Hadi

Farah Ann haruslah menduduki carta pertama.

Siapa tak kenal dengan si cantik manis ini? Dengan keanggunan wajah dan kelincahan aksinya dalam sukan gimnastik, pasti ramai yang terpukau.

atlet wanita Malaysia

Kredit gambar: The Star

Semalam, beliau berjaya menghadiahkan Malaysia dengan pingat emas apabila menang dalam sukan acara latihan lantai apabila memperoleh mata 13.450 mengalahkan pesaing lain!

Farah Ann sebelum ini pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA 2010 di New Dehli, upacara Commonwealth di Perth dan memenangi pingat emas di Sukan SEA 2015.

2. Niena Azman 

Ha… ini pula keeper futsal bagi pasukan Malaysia. 

Jangan main-main, Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman adalah pemegang gelaran Best Goalkeeper dari Karnival Bolasepak Wanita!

atlet wanita Malaysia

Kredit gambar: Malaysian Digest

Beliau berusia 30 tahun dan memegang ijazah dalam Sains Sukan juga ya!

Keeper yang hebat lagi menawan ini bekerja sebagai jurulatih futsal di Akademik Futsal, Petaling Jaya. Malah, beliau juga mewakili Putra Ria FC – salah satu pasukan futsal wanita yang terbesar di Malaysia!

Kalau anda nak tengok wanita hebat ini beraksi, jangan lupa untuk turun ke Komplek Sukan Panasonic Shah Alam pada hari Ahad (27/8/2017) untuk menyaksikan perlawanan akhir pasukan futsal wanita Malaysia.

3. Aaliyah Yoong Hanifah

Anak gadis yang baru berusia 14 tahun ini sungguh mengagumkan! 

atlet wanita Malaysia

Kredit gambar: The Rakyat Post

Beliau membolot pingat emas di Sukan SEA pada tahun 2011 dan 2015 dalam acara ski air. Aaliyah adalah adik bongsu kepada bekas pemandu F1, Alex Yoong.

Yang paling mengagumkan, beliau pernah membolot 5 pingat emas dari Kejohanan Ski Air dan Wakeboard di Korea Selatan dan pingat gangsa di Junior Moomba, Australia!

You go, girl si licik hebat!

4. An Najwa Azizan

Kita harus berbangga dengan An Najwa, lebih-lebih lagi apabila beliau berjaya menamatkan kemarau Malaysia yang sudah 16 tahun tak menang pingat emas dalam acara sukan bola jaring di Sukan SEA!

atlet wanita Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ketika perlawanan 20 Ogos lalu, setiap kali bola sampai ke tangan Najwa, skor pasti dikumpul! Mana tak kagumnya dengan kehebatan anak muda ini?

Tahun lepas di Kejohanan Bola Jaring Asia, An Najwa dinobat sebagai MVP (Most Valuable Player) kerana ketangkasannya.

5. Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer

Ini satu lagi atlet wanita Malaysia yang menjadi buah mulut netizen. 

atlet wanita Malaysia

Kredit gambar: Gempak

Mana taknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Tana ini adalah finalis Miss Universe Malaysia 2017!

Fuh… Tana mewakili Malaysia dalam acara lari 4×400 meter. Beliau juga adalah pelajar dalam jurusan akauntan. 

6. Nur Dhabitah Sabri

Satu lagi jaguh muda yang harus dibanggakan Malaysia. Nur Dhabitah menjadi wanita pertama yang menyalakan obor di Temasya Sukan Sea 2017 pada pembukaan acara tempoh hari!

atlet wanita Malaysia

Kredit gambar: ELLE Malaysia

Nyata, pilihan itu tidak salah. Lihat saja rekod kecemerlangan beliau dalam sukan diving. 

Beliau pernah membolot pingat emas dalam acara diving di pelbagai temasya seperti di FINA Diving Grand Prix dan Sukan SEA 2015. 

Dhabitah juga diangkat sebagai Malaysia Most Promising Athlete 2016! Beliau bakal berentap pada 26 Ogos nanti. Jangan lepaskan peluang melihat aksinya!

7. Fatehah Mustapa

Ini juga bukan calang-calang wanita! Beliau telah memenangi pelbagai (sangat panjang senarainya) pingat dari bermacam temasya sukan.

atlet wanita Malaysia

Kredit gambar: The Star Online

Antaranya membolot emas dalam Kejohanan Japan Track Cup 2015 dalam kategori Keirin dan Sprint. 

Malah, beliau juga mengharumkan nama Malaysia di South East Asian GP Track apabila memenangi tempat pertama dalam kategori sama!

Dalam Sukan SEA ini, beliau mensasarkan 4 pingat emas untuk Malaysia.

You go girl!

Semangat berkobar-kobar apabila membaca kejayaan yang telah dicapai oleh semua atlet wanita ini. Ini membuktikan wanita juga boleh!

Kita boleh! Ayuh wanita di luar sana. Bangun dan beri semangat pada atlet juara kita. Mereka berhak menerimanya.

Kredit gambar: Seven Pie

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkhairy-jamaluddin-bapa-penyayang/

 

 

 

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 7 Atlet Wanita Malaysia Di Sukan SEA 2017 Yang Jadi Tumpuan Hebat
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham