X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jika Ayah Duduk Diam,Anak Suka Kacau, Itu Tanda Ayah Penting Dihatinya, Relaks Ayah...Jangan Rimas

4 min bacaan
Jika Ayah Duduk Diam,Anak Suka Kacau, Itu Tanda Ayah Penting Dihatinya, Relaks Ayah...Jangan RimasJika Ayah Duduk Diam,Anak Suka Kacau, Itu Tanda Ayah Penting Dihatinya, Relaks Ayah...Jangan Rimas

Pantang ayah duduk diam, dia pun datang. Memang pantang tengok ayah tak buat apa-apa. Anda alami perkara ini? Anda patut gembira ayah.

Pernah tak anda rasa pelik, kenapa anak seakan sengaja menguji kesabaran ayahnya. Pantang tengok ayah duduk diam, dia mesti nak kacau. Ayah baru balik kerja, dia dah ajak main.

Sepanjang duduk dengan ibu langsung dia tak buat perangai, tetapi bila ayah balik, mulalah semua perangai dia keluar. Kadang-kadang ibu pun rasa geram dan buntu.

Sama juga ketika makan di meja, bila ayah nak makan, masa itulah dia nak ambil makanan juga. Kadang kala hingga tumpah air dan sebagainya. Memang betul-betul menguji kesabaran.

Ayah jangan rimas kalau tengah duduk diam anak mesti nak kacau, ini yang anak cuba sampaikan...

duduk diam

Jika situasi ini berlaku pada anak anda, ini bermakna yang anda istimewa di hati anak. Dia takkan pergi kacau anak kalau anda tak istimewa di hatinya.

Kanak-kanak adalah insan polos dan jujur, jadi itu sajalah cara mereka tunjukkan yang mereka sayangkan ayahnya. Memang nampak merimaskan, tetapi hakikatnya itulah yang anak-anak cuba sampaikan.

Jadi disebabkan itu, anda jangan rasa rimas jika anda balik saja kerja, baru nak duduk anak dah melompat-lompat dahagakan perhatian anda.

Jika selalu dikacau, anda sebenarnya disayang anak

duduk diam

Itu tanda mereka ucapkan kasih sayang pada anda, jadi anda sepatutnya bersyukur dan berbangga kerana disayangi sedemikian rupa. Menurut pengasas positive parenting circle, Mohd Fhais Salim, ayah-ayah patut bersyukur jika anaknya begini. 

Anak-anak tak boleh lihat ayahnya duduk. Ada je akal dia nak kacau ayahnya. Dia duduk atas pangku la, dia tarik tangan la, kadang tu sampai atas kepala dia panjat.

Relaks la wahai ayah, jangan rimas. Layankan sahaja kerenah anak itu.

Itu tanda-tanda anak kita sedang refill tangki emosi dia tu.

Dia nak cakap kat kita yang,

  • saya rindu ayah
  • saya nak main dengan ayah
  • hiburkan saya ayah
  • saya sayang ayah
  • ayah buat saya gembira
  • ayah is the best

Anak guna tingkahlaku sampaikan apa dia rasa

duduk diam

Anak nak ekspresikan rasa dia tidak tahu, jadi apa yang dia boleh buat, mereka cuba 'bercakap' melalui tingkah laku. Jadi sebagai dewasa, ayah seharusnya cuba faham.

Sayang sebenarnya kalau ayah buat-buat tak faham atau stonewalling ketika anak menagih perhatian. Itulah bermula bibit-bibit anak yang yang baik mula menunjukkan tingkah laku tidak baik.

Dia mungkin akan:

  • buat perangai
  • kuat membentak
  • menjerit-jerit
  • baling barang
  • pukul memukul
  • melawan kata

Tangki emosi anak perlu refill

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga perlu dipenuhkan tangki emosinya. Contohnya jika anda hantar dia ke taska, dia juga melalui hari-harinya yang anda mungkin tak nampak.

Dia juga mungkin ada cerita yang dia ingin kongsikan pada anda tentang hari-harinya di taska. Jadi bila dia cuba penuhkan tangki emosinya, kita sebagai ayah juga perlu bantu dia.

Bila dilayan cara tidak baik, maka dia akan cuba dapatkan dengan cara kurang baik asalkan dia diberi perhatian. 

Pada anak kena marah, tengking tak apa asalkan ayah beri perhatian

Bagi anak-anak, walaupun kena marah dan tengking itu lebih baik dari tak dapat langsung perhatian dari ayahnya.
Ayah sentiasa di hati anak-anak!

Itulah realitinya. Anda pasti pelik, walaupun selepas kena marah dia tak berganjak pun dari sisi anda. Malah dia mungkin akan datang lebih dekat. 

Anak tak kisah pun kena marah atau ditengking asalkan dia dapat perhatian ayahnya. Sedihkan bila difikirkan semula? Kita sibu dengan emosi kita, sedangkan emosi anak kita biarkan.

Mereka budak kecil yang harus kita bimbing, janganlah kerana kita beremosi, penat bekerja kita tidak mahu layan mereka. Mereka juga tahu penat seharian di taska.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Luahan Bapa: Marah Anak Harus Berpada, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup

Baca juga: Selalu Terjerit Bila Marah Anak? Cuba 7 Cara Ini Untuk Lebih Relaks

Baca juga: Isteri Selalu Marah Anak Sebenarnya Dia Geram Dengan Suami Dalam Diam!

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jika Ayah Duduk Diam,Anak Suka Kacau, Itu Tanda Ayah Penting Dihatinya, Relaks Ayah...Jangan Rimas
Kongsikan:
  • Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

    Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

  • Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

    Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

  • Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri

    Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri

app info
get app banner
  • Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

    Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

  • Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

    Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

  • Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri

    Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.