Resepi Ayam Berlado Yang Pedas Tapi Paling Sedap, Makan Sampai Berpeluh-Peluh!

Terdapat pelbagai idea masakan ayam untuk hidangan tengah hari antaranya ayam berlado, pasti menjadi pembuka selera seisi keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayam masak berlada atau lebih dikenali sebagai ayam berlado antara masakan ayam yang paling cepat dan mudah dimasak. Rasa dan aromanya membangkitkan selera makan. 

Tak ada lauk lain pun tak apa, makan ayam berlado dengan nasi panas-panas pun dah cukup kenyang dan boleh bertambah-tambah kalau makan. Nyum!

Resepi ayam berlado Khairul Aming

Kalau nak cuba menggoreng ayam tanpa menggunakan minyak, kami kongsikan resepi ayam berlada versi sihat oleh Khairul Aming.

Rata-rata pengikut yang meniru resepinya, sukakan rasa ayam yang crispy dan ada sedikit kombinasi rasa pedas, manis dan masam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Bahan-bahan untuk menggoreng:

  • 1/2 ekor ayam 
  • Sos berperisa tiram
  • 1 sudu Minyak masak

Bahan-bahan untuk membuat sambal:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji lada merah
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun limau purut

Cara-cara memasak sambal:

  1. Mula-mula, gorengkan bawang merah, bawang putih, lada merah besar, cili padi dan tomato sehingga layu.
  2. Angkat dan tumbuk kasar semua bahan yang digoreng.
  3. Kemudian, goreng balik semua bahan yang siap ditumbuk dengan sedikit garam, serbuk perasa dan daun limau purut sehingga masak
  4. Angkat dan letak ditepi.

Cara-cara menggoreng ayam tanpa menggunakan minyak: 

  1. Perapkan ayam dengan sos tiram dan minyak masak. Biarkan seketika.
  2. Bakar ayam dengan menggunakan AirFryer pada suhu 200℃ selama 20 minit.
  3. Tuangkan sambal tadi ke dalam ayam. Gaul sebati.
  4. Sedia untuk dinikmati!

Resepi ayam masak berlada ala thai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dah jemu makan yang biasa, apa kata kali ini cuba ikut resepi ayam masak berlada ala thai. Pasti bikin anda bertambah-tambah nasi.

Bahan-bahan:

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng
  • 1 biji bawang besar/holland potong bulat
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api
 

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumis serai dan masukkan hirisan bawang holland bersama dengan daun limau purut. Tumis hingga kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi.
  3. Perisakan dengan sos tiram dan sos cili.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Perasakan dengan bahan perasa ikut citarasa.
  6. Siap.

Ayam masak hijau

Ayam sambal hijau atau ayam masak hijau menggunakan cili yang berwarna hijau tidaklah besar atau guna cili padi. Baru nampak naik serinya.

Rasanya sangat pedas, masam dan ada rasa manis yang cukup rasa untuk seimbangkan rasa pedas dari cili, barulah terangkat bila makan dengan nasi putih. 

Bahan-bahan:

  • 1½ ekor ayam
  • ½-1 sudu kecil garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam kering
  • ½ biji bawang besar
  • garam dan gula secukup rasa
  • ¼ kiub pati ayam
  • sedikti air
  • perahan jus dari ½-1 biji limau nipis

Bahan-bahan kisar halus:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 6-7 biji cili hijau besar
  • 25-30 biji cili padi hijau

Cara penyediaan:

    1. Cincang kesemua bahan kisar halus dan bahan kisar kasar.
    2. Rebus bahan kisar kasar yang telah dicincang iaitu cili hijau dalam air yang mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, tapis bahan kasar lalu masukkan ke dalam air yang bersuhu bilik.
    3. Selepas direndam sekejap di dalam air, tapis dan kisar cili hijau tersebut secara kasar.
    4. Kisarkan bahan-bahan kisar halus seperti bawang merah, bawang putih, halia dan lain-lain sekaligus.
    5. Potong sebiji bawang besar secara dadu.
    6. Masukkan sedikit garam dan kunyit kedalam ayam selepas dibasuh bersih lalu gaulkan sampai sekata.
    7. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak.
    8. Selesai digoreng ayam, masukkan bahan kisar halus dan bahan-bahan lain seperti serai, daun limau dan daun salam. Masak sehingga kekuningan kesemuanya dan naik bau.
    9. Masukkan cili hijau kisar kasar serta bawang besar yang dipotong dadu.
    10. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula agar dapat seimbangkan dengan rasa pedas cili hijau di dalam sambal.
    11. Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kesemua bahan-bahan bersalut rata.
    12. Taburkan sedikit kiub pati ayam dan sedikit air.
    13. Masak dan gaul ayam sambal hijau dalam 5-10 minit. Kemudian, tutup api.
    14. Perahkan jus limau nipis kedalam masakan dan ayam sambal hijau siap untuk dihidang.

Tips supaya ayam masak berlada sedap dan padu:

  • Kiub pati ayam adalah pilihan untuk dimasukkan ke dalam masakan.
  • Limau nipis boleh digantikan dengan asam keping. Masukkan ketika sambal yang sedang dimasak bukan selepas sambal siap dimasak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Baca juga: Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah