Dulu-dulu kita menanak nasi atau memasak lauk pauk menggunakan periuk biasa atau memasak di atas dapur gas, tetapi kini dengan adanya pressure cooker pelbagai fungsi memudahkan tugas memasak di dapur.
Pressure cooker merupakan alat dapur yang wajib ada di setiap rumah. Tekanan tinggi dan pengawalan suhu yang betul membantu ibu-ibu memasak dengan cepat berbanding menggunakan dapur gas, terutamanya hidangan yang perlu dimasak lama seperti masakan berkuah atau manisan.
Dalam masa yang sama, memasak menggunakan periuk tekanan boleh mengekalkan nutrisi makanan dengan baik kerana dimasak dalam waktu yang singkat!
Tips Pemilihan Pressure Cooker Terbaik
Ada banyak pilihan periuk tekanan yang terdapat di pasaran, contohnya ada yang menawarkan butang pelbagai menu, sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar.
Manakala, ada jenis periuk tekanan dengan paparan digital, mudah untuk mereka yang baru mula belajar memasak. Masak apa jenis menu pun, hasil masakan mesti sedap dan lazat rasanya.
Memilih periuk tekanan tidak semudah memilih alat dapur elektronik yang lain kerana terlalu banyak pilihan di pasaran tempatan.
Selain harganya yang agak mahal, aksesorinya yang pelbagai membuatkan anda perlu mengambil masa untuk meneliti jenama, ketahanan, penjimatan elektrik dan kepelbagaian menu yang boleh dimasak berdasarkan ulasan pembeli di atas talian.
Sebenarnya, periuk tekanan yang mahal belum tentu terbaik dan menepati citarasa anda. Untuk memudahkan carian, perhatikan perkara-perkara yang telah disenaraikan seperti berikut sebelum membuat pilihan:
1. Kapasiti
Kapasiti merupakan aspek penting yang perlu diutamakan dalam pemilihan periuk tekanan .
Berbanding reka bentuk, kapasiti menentukan hidangan yang anda masak dalam satu masa sama ada ia mencukupi atau tidak bergantung kepada jumlah seisi keluarga dan kekerapan memasak.
Sudah pasti anda tidak mahu memasak masakan yang sama berulang kali, betul tak?
2. Multifungsi
Alah membeli menang memakai. Sebaiknya, pilih periuk tekanan yang mutlifungsi yang boleh digayakan dengan pelbagai menu masakan. Ada periuk tekanan yang hadir dengan butang atau paparan digital mengikut program masakan.
Hanya perlu tekan dan tetapkan suhu seperti yang telah diprogramkan.
3. Ciri-ciri keselamatan
Pastikan periuk tekanan mempunyai perincian keselamatan seperti ketahanan penutup automatik dengan kunci lawan arah jam ketika sedang memasak dalam tekanan tinggi.
Pilih periuk tekanan yang mempunyai paparan LED untuk mengawal suhu atau mengetahui suhu makanan disimpan panas.
Oh ya, hampir kebanyakan penutup periuk tekanan mempunyai lubang udara untuk melepaskan lebihan wap yang ada dalam periuk. Ketiadaan pelepasan tekanan wap akan menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini ketika membukanya. Take note!
4. Jenis bahan periuk tekanan
Pilih bahan jenis stainless steel dengan gred 304 berbanding jenis aluminium kerana penggunaan bahan aluminium akan bertindak balas dengan bahan masakan berasid seperti tomato yang mengubah rasa masakan berlainan. Stainless steel juga kebiasaannya lebih lasak dan tahan lama.
Anda boleh bandingkan harga periuk tekanan antara stainless steel dengan aluminium kerana harga aluminium jauh lebih murah.
Pastikan juga periuk tekanan tersebut mempunyai tiga lapisan di bawah untuk mengelakkan makanan mudah hangus dan menyebarkan haba dengan sekata.
5. Anti lekat dan Anti calar
Pilih periuk tekanan dengan ciri-ciri anti lekat pada permukaan bahagian dalam kerana anda sudah pasti tidak mahu ada makanan melekat semasa menumis, menggoreng atau mengukus masakan.
Jika boleh, pilih juga periuk tekanan dengan tambahan fungsi anti calar. Anda sudah pasti tidak mahu periuk tekanan yang baru dibeli dipenuhi dengan kesan calar balar.
Elakkan menggunakan berus dawai ya ketika membasuhnya untuk penggunaan jangka masa panjang.
8 Pilihan Pressure Cooker Terbaik Di Pasaran
Tidak dinafikan memang terdapat banyak pilihan periuk tekanan di pasaran yang menarik dengan harga yang mampu milik.
Berikut merupakan beberapa pilihan terbaik yang telah kami di TheAsianParent senaraikan bagi memudahkan carian anda, mana tahu ada salah satu yang anda berkenan dan menepati citarasa yang diinginkan.
8 Pressure Cooker Terbaik
| Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker Periuk Tekanan Terbaik Dengan Sistem One-Touch-To-Cook | | View Details | Beli di Shopee |
| Primada Speedy Intelligent Cooker PC6010 Periuk Tekanan Terbaik Dengan Penjimatan Elektrik | | View Details | Beli di Shopee |
| Philips Viva Collection All-In-One Cooker Periuk Tekanan Terbaik Tahan Lasak | | View Details | Beli di Shopee |
| Dessini Italy 10 in 1 Pressure Cooker Periuk Tekanan Terbaik Boleh Memasak Pelbagai Makanan | | View Details | Beli di Shopee |
| Tefal Home Chef Smart Multicooker Periuk Tekanan Terbaik Pelbagai Fungsi | | View Details | Beli di Shopee |
| Russell Taylors Pressure Cooker Periuk Tekanan Terbaik Keseluruhan | | View Details | Beli di Shopee |
| La Gourmet Pressure Cooker Periuk Tekanan Terbaik Dengan Pelbagai Cara | | View Details | Beli di Shopee |
| Sincero Pressure Cooker Periuk Tekanan Terbaik Dengan Teknologi Flavour Infusion | | View Details | Beli di Shopee |
Periuk Tekanan Terbaik Dengan Sistem One-Touch-To-Cook
Noxxa Electric Multifunction merupakan periuk tekanan yang menjanjikan hidangan lazat seperti yang diinginkan. Dengan kapasiti 8 liter, Noxxa pressure cooker memudahkan urusan memasak untuk seisi keluarga, lebih-lebih mereka yang mempunyai ramai bilangan ahli.
Terkenal dengan sistem pengoperasian One-Touch-To-Cook, membolehkan anda memasak ikut pilihan kaedah yang telah diprogramkan. Jadi mudahlah untuk anda menggoreng, memasak dengan perlahan, merebus, mengukus atau memanaskan semula dengan hanya menekan butang preset yang tersedia pada Noxxa pressure cooker!
Apa yang kami suka?
- Hadir dengan penunjuk lampu LED dengan paparan 2 tingkap keselamatan.
- Periuk dalaman non-stick disaluti dengan DUPONT Teflon Platinum, iaitu gred makanan yang digunakan untuk semua peralatan memasak anti-lekat di peringkat antarabangsa.
- Dengan kapasiti besar, 8 liter sesuai untuk kegunaan harian atau menyambut tetamu ketika musim perayaan.
- Menggoreng, menumis, merebus dan mengukus dengan hanya satu periuk tekanan ajaib.
- Menjimatkan dan menyimpan memori tetapan masa dan suhu dengan adanya fungsi ‘smart time memory’.
Periuk Tekanan Terbaik Dengan Penjimatan Elektrik
Primada Pressure Cooker digunakan untuk memasak nasi, bubur, stim, berkuah dan pelbagai jenis masakan. Terdapat 9 pilihan butang preset tertera pada bahagian hadapan periuk.
Hanya perlu masukkan bahan-bahan, tekan butang menu dan biarkan periuk tekanan melakukan tugas memasak dengan sempurna.
Dengan pengawal digital, Primada pressure cooker boleh memanaskan makanan anda secara automatik. Mudah, kan?
Anda juga boleh menjimatkan tenaga dan menjimatkan masa sehingga 45%.
Apa yang kami suka?
- Menjimatkan tenaga elektrik sehingga 40%
- Sesuai untuk keluarga besar atau hidangan banyak
- 9 pilihan butang preset mengikut jenis menu hidangan
- Mempunyai ciri-ciri keselamatan pada penutup, injap pelepasan wap dan tetapan masa yang diprogramkan
- Masakan boleh dipanaskan dan tahan lama sehingga 24 jam.
Periuk Tekanan Terbaik Tahan Lasak
Philips merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam peralatan elektronik. Philip pressure cooker ini memberikan anda jaminan keselamatan ketika menggunakannya.
Tidak perlu membuka penutup periuk tekanan kerana ia dilengkapi dengan paparan digital yang membolehkan anda mengikuti proses memasak dari satu peringkat ke satu peringkat.
Anda juga boleh menggunakan fungsi reheat untuk pemanasan semula lauk supaya kekal panas dan sedap dimakan.
Apa yang kami suka?
- Pot dalaman dengan salutan emas Whitford berwarna menawarkan anti calar dan tidak melekat.
- Boleh dimasak perlahan dengan suhu tinggi & rendah sehingga 12 jam.
- Dengan kuasa 1000W, dengan bahan aloi aluminium pada pot dalam yang tahan lasak dan menawarkan pengaliran haba yang lebih berkesan.
- Penutup Philips pressure cooker boleh tanggal dan mudah dibersihkan
Periuk Tekanan Terbaik Boleh Memasak Pelbagai Makanan
Antara periuk tekanan terbaik pilihan kami, Dessini pressure cooker. Hadir dengan rekaan gaya moden dengan warna merah mewah yang menyerlah, fungsinya juga tidak mengecewakan. Jadi, anda boleh memasak pelbagai jenis menu makanan dengan adanya pilihan 20 butang preset.
Selain itu, Dessini pressure cooker terbaik kerana mempunyai pemegang dengan kunci di bahagian kanan dan kiri untuk memudahkan mengangkat periuk. Tidak perlu khuatir sekiranya masakan melekat kerana keluli anti karat dan tidak melekat.
Dengan kapasiti 6 liter, periuk tekanan Dessini membantu anda menyiapkan hidangan semudah kacang!
Apa yang kami suka?
- Pilihan 20 butang preset yang diprogramkan untuk pelbagai jenis masakan berbeza.
- Paparan skin digital dengan tulisan besar mudah dibaca.
- Melewatkan proses memasak sehingga 24 jam.
- Memastikan suhu makanan hangat selepas 12 jam dimasak.
- Pot dalaman yang bersalut tidak melekat dan berkualiti tinggi.
Periuk Tekanan Terbaik Pelbagai Fungsi
Periuk tekanan dari Tefal menawarkan 15 program pra-tetap dengan dua fungsi khas untuk menghasilkan sajian hidangan terbaik. Periuk tekanan yang pelbagai fungsi ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terperinci.
Antaranya adalah fungsi pemasa untuk mengekalkan makanan panas, pra-tetap automatik sehingga 24 jam lamanya dan reka bentuk komponen dalam periuk yang mudah tanggal dan dibersihkan.
Tefal pressure cooker mampu memasak hidangan dengan penjimatan tiga kali ganda berbanding memasak secara konvensional.
Yang paling istimewa, Tefal pressure cooker mempunyai fungsi khas untuk memekatkan sos.
Apa yang kami suka?
- Periuk tekanan hadir dengan penunjuk lampu LED
- Mempunyai 12 ciri keselamatan, jadi tidak perlu risau ketika menggunakannya.
- Membantu menyediakan masakan kurang dari 30 minit.
- Boleh mengawal suhu dan melewatkan proses memasak.
- Terdapat aksesori lain seperti pot penyukat, senduk, sudu sup dan trivet wap.
Periuk Tekanan Terbaik Keseluruhan
Russel taylor pressure cooker menampilkan periuk tekanan dengan paparan digital menu yang telah diprogramkan. Perincian pada periuk tekanan sangat teliti dengan mempunyai 7 butang keselamatan termasuklah kawalan keselamatan untuk kanak-kanak iaitu ‘child lock’ yang mengunci penutup dengan rapi sebelum selesai memasak.
Ia turut mengendalikan pengawasan suhu dengan baik bagi memastikan tidak berlaku overheat dan mengalirkan haba dengan baik secara keseluruhan.
Hadir dengan 6 fungsi pilihan memasak berbeza berasaskan daging, ayam, bubur, sup, ikan, sayur-sayuran dan juga kek. Periuk tekanan ini juga mempunyai kapasiti 6 liter, jadi anda boleh memasak dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu masak berulang-ulang.
Apa yang kami suka?
- Kawalan suhu dengan pengawasan suhu supaya tekanan dalam keadaan stabil.
- Mempunyai peranti pelepasan wap automatik.
- Memasak makanan tradisional dengan gaya moden tanpa menghilangkan rasa makanan yang asli.
- Datang dengan reka bentuk dwi pemegang yang inovatif dan reka bentuk penutup dalam boleh tanggal.
- Mudah tanggal dan mudah dibersihkan.
Periuk Tekanan Terbaik Dengan Pelbagai Cara
Jenama periuk tekanan dari La Gourmet ini berkapasiti 6 liter yang dilengkapi dengan ciri periuk tidak melekat. Jangan terkejut kerana La Gourmet pressure cooker membenarkan anda menumis dan memasak secara terbuka tanpa penutup. Ia juga serbaguna kerana boleh digunakan untuk 14 kaedah memasak yang berbeza.
Paparan digital mudah dibaca dan anda boleh memilih kaedah masakan seperti memanggang, deep frying atau membuat manisan. Bukan itu sahaja, ia datang dengan dua periuk berbeza untuk nasi dan masakan berkuah.
Dengan keselamatan berganda, butang pelepasan tekanan dan mempunyai sistem memasak kedap tekanan berkunci untuk mengekalkan nutrisi, menjadikan La Gourmet pressure cooker berbaloi untuk dimiliki.
Apa yang kami suka?
- Pelbagai fungsi. Boleh memasak sehingga 17 hidangan berdasarkan butang menu preset yang diprogramkan.
- Mempunyai fungsi penangguhan masa memasak
- Membuat rebusan dalam tempoh yang singkat.
- Pemegang dengan sistem sejuk, boleh dipegang tanpa risau melecur
- Boleh melaraskan tempoh memasak mengikut kesesuaian.
- Boleh menumis seperti biasa tanpa penutup.
Periuk Tekanan Terbaik Dengan Teknologi Flavour Infusion
Pilihan periuk tekanan terbaik yang terakhir ialah Sincero Pressure Cooker. Berbanding dengan periuk tekanan lain, Sincero pressure cooker menampilkan teknologi Flavour Infusion yang membolehkan proses masakan menjadi lebih cepat, lembut dan kekal lembap.
Ia mempunyai 8 butang preset yang menampilkan menu masakan pelbagai seperti nasi, hidangan berkuah, stim dan pembuatan kek. Anda juga boleh pilih kaedah memasak sama ada ingin memasak secara perlahan, memasak menggunakan tekanan atau melakukan pemanasan semula.
Apa yang kami suka?
- Periuk dalam tidak melekat membolehkan anda menggoreng dan menumis tanpa melibatkan penggunaan minyak yang banyak.
- Mengekalkan suhu makanan hangat secara automatik.
- Boleh digunakan untuk memasak pelbagai menu makanan dengan cepat dan lazat.
Perbandingan Harga Pressure Cooker Terbaik Di Pasaran
|
Jenama |
Kapasiti |
Harga |
Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker
|
8l
|
RM 795.00 |
Primada Speedy Intelligent Cooker PC6010
|
6l
|
RM 399.00 |
Philips Viva Collection All-In-One Cooker
|
6l
|
RM 454.00 |
Dessini Pressure Cooker 8L
|
8l
|
RM 195.90 |
Tefal Home Chef Smart Multicooker
|
6l
|
RM 408.00 |
Russell Taylor Pressure Cooker
|
6l
|
RM 199.99 |
La Gourmet Pressure Cooker
|
6l
|
RM 699.00 |
Sincero Pressure Cooker
|
6l
|
RM 375.00 |
Perbezaan Slow Cooker dan Pressure Cooker
Slow Cooker dan Pressure Cooker adalah dua jenis periuk masakan yang berbeza, terutamanya dari segi bagaimana cara ia berfungsi. Seperti namanya, kaedah memasak menggunakan slow cooker mengambil masa berjam-jam bergantung kepada hidangan seperti daging.
Ini kerana, slow cooker memerlukan tekanan api yang rendah dan stabil agar suhu tidak terlalu tinggi supaya masakan tidak hangus dan dimasak dengan baik.
Manakala, pressure cooker merupakan periuk khas dengan tekanan tinggi supaya masakan dapat dimasak dalam masa yang singkat. Nutrisi dalam makanan juga tidak terganggu semasa proses penyediaan makanan.
Berikut adalah perbezaan antara kedua-duanya yang mungkin anda boleh pertimbangkan sebelum membuat pembelian.
Paling penting, pastikan kedua-dua periuk mempunyai waranti dan ciri-ciri keselamatan yang terbaik.
|
Perbezaan
|
Slow Cooker |
Pressure Cooker |
Kapasiti |
Kapasiti kecil iaitu 1.5 – 5 liter |
Kapasiti besar boleh mencapai sehingga 8 liter |
Kaedah masakan |
Menggunakan suhu yang rendah dan stabil. Menu masakan adalah terhad. |
Menggunakan tekanan tinggi dengan injap yang mengawal wap dihasilkan. Pelbagai menu masakan boleh dipilih. |
Penjimatan |
Mengambil masa yang lama dari 4 hingga 10 jam (bergantung kepada jenis hidangan) |
Mengambil masa beberapa minit sahaja mengikut tetapan masa yang diprogramkan |
Pengawalan |
Tidak mempunyai butang menu. 3 kawalan suhu makanan untuk ditetapkan dari rendah ke tinggi. |
Mempunyai butang menu mengikut hidangan yang dimasak. Makanan boleh tahan sehingga 12 jam. |
Komponen |
Terdiri dari periuk, sumber panas dan termostat. |
Mempunyai periuk dalaman, sumber haba, dan sensor suhu dan tekanan. |
Tips Penjagaan Pressure Cooker
Tidak kira semahal atau secanggih mana pun periuk tekanan yang dibeli tidak boleh tahan lama sekiranya tidak dijaga dengan betul. Berikut adalah antara tips penjagaan pressure cooker supaya tampak baru dan boleh dipakai dalam jangka masa panjang.
1. Pastikan penyesuai bekalan kuasa dipasang dengan betul.
Sentiasa periksa penyesuai bekalan kuasa dipasang dengan betul bagi mengelakkan sambungan kuasa yang teruk atau tidak berfungsi semasa menggunakannya. Sambungan bekalan kuasa yang betul mententukan makanan dimasak dengan sempurna.
Awas, jika terhidu asap, tekan butang batal dan cabut plag perkakas.
Lebih baik jika peralatan dapur elektronik yang lain tidak berkongsi plug yang sama seperti plug extension. Berkongsi plug akan menyebabkan berlaku lintar pintas dan letupan secara tiba-tiba kerana menampung bebanan voltan yang tinggi.
2. Biarkan sejuk sebelum dibersihkan.
Cabut palam dan biarkan ia sejuk sehingga suhu bilik. Ceraikan beberapa bahagian komponen dan asingkan setiap bahagian periuk yang boleh dicuci seperti penutup, periuk tekanan, injap pelepasan wap dan bahan silikon. Bersihkan dengan campuran air panas dan sabun cuci. Biarkan ia kering sepenuhnya.
Elakkan terus simpan di dalam almari dan terbalikkan penutup sebelum menyimpannya.
Manakala, bahagian kekuatan plumbum dan pangkalan periuk boleh dilap dengan damp kain atau span.
3. Elakkan tergesa-gesa menukar mode sekiranya tersilap tekan.
Jika anda tertekan butang menu yang salah, sebaiknya tunggu paparan digital keluar dan tekan butang batal. Kemudian, baru programkan kembali kepada butang mode yang ingin digunakan. Elak menukar mode butang preset berulang kali bagi menjaga kualiti untuk kegunaan jangka masa panjang.
Daripada 8 pilihan periuk tekanan terbaik di pasaran, yang mana satu jenama yang menepati citarasa anda?
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: 7 Pilihan Blender Terbaik Malaysia 2022, Aktiviti Memasak Menjadi Mudah & Cepat
Baca juga: Buat Air Panas Dengan 8 Pemanas Air Elektrik Terbaik Ini, Cepat Dan Efisien Untuk Penggunaan Harian
Baca juga: Bukan Sekadar Memasak Nasi, 8 Rice Cooker Terbaik Ini Mempunyai Fungsi Tambahan Yang Memudahkan Urusan Di Dapur