Kalau Ada Masalah Rezeki 'Stuck', Amalkan Doa Ayat Seribu Dinar Dibaca Selepas Solat, Tak Lama Pun 5 Minit Je!

Ayat seribu dinar adalah potongan ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaq ayat 2-3, elok diamalkan setiap kali selepas solat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayat seribu dinar bukan bermaksud apabila dibaca, digantung di rumah atau di kedai menjadikan seseorang itu jadi kaya. Sebenarnya intipati ayat seribu dinar adalah menyuruh kita supaya selalu bertakwa dan bertawakal kepada Allah.

Ia perlu diamalkan dan dihayati bersama-sama supaya mendapat manfaat dan menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Segala urusan yang dilakukan, serahkan saja kepada Allah.

Apabila kita bertakwa kepada Allah, maka rezeki datang tak disangka-sangka. Rezeki tidak terhad kepada harta benda semata-mata.

Kesihatan yang berpanjangan, dikurniakan zuriat yang baik dan makanan yang halal semuanya termasuk dalam rezeki.

Tentang Ayat 1000 Dinar

Ayat seribu dinar sememangnya selalu menjadi amalan umat Islam. Ayat ini sebenarnya dari potongan ayat suci Al-Quran atau lebih tepat pada bahagian akhir ayat 2 dan keseluruhan ayat 3 dalam Surah At-Talaq.

Menurut ulama tafsir Imam Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim As-Tha’labi Rahimahullahu Taala di dalam kitabnya الكشف والبيان عن تفسير القرآن menyebut bahawa surah ini merupakan ayat Madaniah, mempunyai 61 huruf, 247 kalimah dan 12 ayat.

Dalam banyak riwayat yang diambil dan dipercayai kesahihannya, menyatakan bahawa asal usul ataupun asbabun nuzul ayat seribu dinar ini diturunkan oleh Allah berikutan dari peristiwa seorang sahabat, ‘Auf bin Malik al-Asuja’i.

Ia juga berkaitan dengan mimpi seorang lelaki yang meminta untuk menyumbang seribu dinar kepada orang miskin dan kisah tentang Malik bin Dinar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari ayat seribu dinar ini, sebenarnya secara konteksnya kita boleh lihat dengan jelas dua keadaan apa yang Allah sedang ajar kepada kita. Dua kunci utama yang dibahaskan adalah bertaqwa dan bertawakal. Manusia yang mempunyai taqwa dan tawakal akan dikurniakan rezeki oleh Allah SWT dan dikeluarkan dari kesusahan dan keperitan hidup.

Menurut Ibnu Katsir, maksud ayat “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia duga,” adalah barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintah Nya dan menjauhi larangan Nya nescaya Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.

Dalam kitab Al Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dari ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:

“Barang siapa banya beristighfar (memohon ampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi kelapangan, dan akan Dia kurniakani rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Tawakal pula dalam konteks ini adalah dengan menyerahkan segala urusan kehidupan ini kepada Allah SWT semata setelah kita berusaha dengan sekuat tenaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika difikirkan, setiap hari kita seantero manusia bersusah payah mencari rezeki. Bermandi peluh dan keluh kesah yang bermain di bibir. Namun sekuat mana pun usaha itu, jika Allah belum mentakdirkan rezeki itu milik kita, maka ia bukanlah milik kita.

Di sinilah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Berkuasa dalam memberikan rezeki kepada setiap hamba Nya dan menarik rezeki itu semula dengan kehendak Nya.

Ayat 1000 Dinar

Ayat Seribu Dinar Rumi

Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wa yarzuquhu min haihu la yahtasibu waman

Yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu

Innalllah baalighu amrihi qad ja’alallahu

Likulli syai in qadran

Maksud ayat:

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya,)  Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya, Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).  Sesungguhnya, Allah telah melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

  1. ‎Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
  2. ‎Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan yang dihadapi.‎
  3. ‎Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.
  4. Jika berperang, tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
  5. ‎Allah SWT akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Walaupun banyak lagi doa-doa lain untuk perlindungan diri dari ditimpa musibah dan kesusahan, namun tidak dinafikan ayat seribu dinar ini adalah sebaik-baik doa untuk penyelesaian bagi segala masalah. Amalkan setiap kali selepas solat dan anda sendiri dapat rasai perubahan yang ketara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika Allah tidak mengabulkan doa kita di dunia, insya Allah akan dikabulkan di akhirat.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin

Baca juga: Doa Keluar Rumah Yang Perlu Diamalkan Selalu, Elak Perkara Bahaya & Gangguan

Baca juga: Doa Solat Dhuha Yang Elok Diamalkan Setiap Hari, Jadi Pembuka Rezeki & Tenangkan Hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah