5 Sebab Kenapa Anda Patut Rasa Teruja Untuk Hadir Baby Bash 2!

5 Sebab Kenapa Anda Patut Rasa Teruja Untuk Hadir Baby Bash 2!

Baby Bash theAsianparent Malaysia akan berlangsung pada 25 November ini dan berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu berasa teruja untuk sertai acara play date paling menyeronokkan ini!

Acara Baby Bash theAsianparent bukanlah satu acara baru anjuran platform keibubapaan terbesar di Asia Tenggara, iaitu The Asian Parent.

Sebaliknya, beberapa platform theAsianparent dari negara lain turut mengadakannya setiap tahun.

Antaranya seperti di Singapura, Indonesia, Thailand, dan Filipina.

Pada November 2017, theAsianparent Malaysia akan sekali lagi mengadakan acara play-date paling menyeronokkan, The Baby Bash, di Dreamworld Playland, IOI Mall, Putrajaya.

Acara ini sekali lagi akan mengumpulkan ibu ayah urban yang tinggal di kotaraya KL, Lembah Klang, dan sekitarnya untuk berjumpa dan beramah mesra. 

5 sebab anda patut rasa teruja untuk menghadiri Baby Bash theAsianparent

Jika anda sudah pun mendaftar untuk acara ini, mari kita lihat 5 sebab utama kenapa anda perlu rasa (SANGAT!) teruja untuk menyertai acara Baby Bash theAsianparent Malaysia ini!

1. Acara untuk bayi dan ibu bapa yang menyeronokkan

baby bash asian parent montessori

Aktiviti menarik untuk si kecil ketika Baby Bash

Untuk acara Baby Bash kali ke-2, kami sekali lagi akan menyediakan beberapa aktiviti menarik yang ibu ayah boleh sertai bersama-sama dengan si kecil mereka.

Antaranya adalah seperti acara:

  • Pertandingan menari EZBaby Hipseat bersama bayi
  • Acara pertunjukan belon
  • Pertandingan foto media sosial
  • Bermain dengan anak-anak di ruangan Play Area di Dreamworld Playland
  • Cabutan bertuah
  • Menerima goodie beg bernilari RM200!
  • Bufet makanan yang sedap dan mengenyangkan

Semasa acara yang akan berlangsung selama 3 jam ini, anda pasti berasa terhibur ketika menyertai aktiviti yang telah kami sediakan. 

Malah, anak-anak pun akan turut bergembira apabila dapat bermain dengan ibu ayah serta rakan-rakan kecil mereka yang lain.

2. Masuk dan bermain secara percuma di Dreamworld Playland

theasianparent baby bash malaysia dreamworld playland

Pasti seronok si kecil apabila dapat menerokai pusat mainan indoor ini!

Dreamworld Playland adalah pusat permainan kanak-kanak indoor yang menyediakan ruangan bermain dan meneroka buat si kecil.

Baby Bash 1 yang berlangsung pada September 2017 tempoh hari telah diadakan di Dreamworld Playland, The Starling Mall.

Kini, penaja rasmi Baby Bash ini sekali lagi telah berbesar hati untuk memberikan peluang buat keluarga anda berseronok dan bermain di cawangan Dreamworld Playland yang terletak di IOI Mall, Putrajaya pula.

Pasti si kecil tersenyum girang dan bercahaya matanya kerana dapat masuk ke pusat permainan yang penuh dengan keseronokan ini!

3. Menonton demonstrasi untuk memudahkan kerja rumah si ibu

the baby bash theasianparent - bosch sponsor

Demonstrasi oleh penaja Bosch tentang mesin pencuci pinggan terbaru

Seperti sebelum ini, Bosch yang juga penaja bersama untuk acara Baby Bash theAsianparent akan turut menyertai program play date ini.

Pada Baby Bash 1, mereka telah membuat demonstrasi tentang mesin pencuci pinggan terbaru keluaran syarikat tersebut. Bosch akan melakukan demonstrasi menarik sekali lagi untk Baby Bash 2.

Yang pastinya, anda dapat melihat bagaimana peralatan ini dapat membantu meringankan tugas si ibu.

Dan, mana tahu, si ayah juga berkenan dan sudi menghadiahkan peralatan rumah tersebut buat suri hatinya! Sebab itu ibu-ibu tak patut melepaskan acara ini!

4. Bertemu ramah dengan para ibu bapa lain, yang turut menjadi Followers di laman FB theAsianparent Malaysia

babybash the asian parent malaysia - event

Ibu ayah beramah mesra semasa Baby Bash. Selfie time!

Sudah pasti, ini adalah antara sebab utama mengapa anda perlu berasa teruja untuk menghadiri acara Baby Bash di Malaysia.

Anda akan dapat bertemu dengan mak-mak serta ayah-ayah yang lebih kurang sebaya dengan anda, bersama dengan anak-anak yang juga mungkin turut sebaya.

Dapatlah anda berkenalan, berkongsi tip keibubapaan dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dalam membesar dan mendidik si kecil anda itu.

5. Merapatkan hubungan bonding dengan anak-anak

baby bash theasianparent dreamworld playland

Ibu dan ayah bonding bersama anak-anak

Yang paling penting, Baby Bash 2 juga diadakan dengan harapan si ayah dan ibu dapat membawa anak-anak bermain dengan gembira di acara kami ini.

Apabila telah sibuk bekerja sepanjang minggu, kini tibalah masanya untuk anda membawa si manja bermain di indoor play center.

Pasti dia berasa seronok dapat melakukan aktiviti yang kami sediakan bersama dengan anda, si ibu dan ayahnya.

Si kecil juga dapat mengeksplor ruangan bermain, menaiki permainan yang ada, serta berlari dan memanjat bersama rakan-rakannya sepanjang acara tersebut berlangsung.

Mari sertai dan pulang dengan hati gembira..

Kami berharap semoga selepas anda menyertai acara ini nanti, anda akan pulang dengan senyuman dan berasa puas hati kerana dapat meluangkan masa berkualiti dengan pasangan dan si kecil anda.

Ini peluang keemasan, jadi jom kita nikmati dan bergembira di acara ini nanti, ya parents?

Untuk info lanjut tentang Baby Bash 2, anda boleh melayari laman web di sini

Kalau anda terlepas untuk mendaftar agar dapat menyertai acara Baby Bash 2 ini, jangan terlepas peluang untuk mendaftar bagi Baby Bash 3 kelak, tau!

Kalau anda lambat, nanti anda yang rugi. Hehe

Baca juga:

Mari Daftar dan Sertai ‘Baby Bash 2’, Jangan Terlepas Acara Playdate Paling Menyeronokkan Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Penulis

Noor

Artikel(Cerita)
app info
get app banner