8 Baby Monitor Malaysia Terbaik Untuk Pantau Anak-Anak Di Rumah

Risau nak tidurkan anak di bilik sendiri? Apa kata ibu ayah pasangkan alat monitor di bilik si manja dan monitor melalui telefon pintar sahaja? Ibu ayah mesti tak risau lagi.

Ibu ayah mencari baby monitor Malaysia yang jelas, terbaik dengan harga yang berpatutan?

Tidak dinafikan yang ramai pasangan yang baru menjadi ibu bapa tidak dapat membendung rasa bimbang akan anak mereka sepanjang masa. Tidak kira ketika sibuk melakukan tugas rumah, bekerja atau pun ketika tidur, pastinya masih lagi memikirkan tentang keberadaan si kecil. Apakah dia sedang lakukan? Adakah dia selamat? 

Semestinya persoalan yang mengundang rasa tidak senang duduk itu ada di dalam fıkiran ibu bapa. Ia sudah pastinya sukar untuk memantau si kecil selama 24 jam dan malah ia juga boleh membuatkan anda jauh lebih penat. Jadi, itulah sebabnya baby monitor Malaysia adalah satu penyelamat. 

Memilih Baby Monitor Terbaik di Pasaran

Ada banyak pilihan baby monitor Malaysia yang bagus dan berkualiti, secara amnya ia berfungsi dengan mengisyaratkan gelombang audio dari bilik bayi ke ibu ayah.

Ada juga yang lebih canggih, memberikan komunikasi dua hala yang membolehkan ibu ayah berkomunikasi atau berinteraksi dengan bayi dan ada yang memainkan muzik untuk kanak-kanak.

Walau apa pun jenis alat monitor camera bayi pilihan anda, pastikan ibu ayah mengambil kira beberapa perkara ini sebelum membuat pembelian:

  1. Kualiti audio/video yang bagus adalah sangat penting bagi memastikan ibu ayah boleh melihat bayi dengan jelas pada setiap masa.
  2. Jarak audio adalah sebab utama yang menjadikan monitor bayi bermanfaat. Dengan jarak audio yang bagus, anda dapat mendengar tangisan si kecil walaupun anda berada jauh daripada mereka.
  3. Penglihatan malam inframerah sangat mustahak. Penglihatan malam akan membolehkan anda melihat bayi anda dalam gelap.
  4. Suhu Pemberitahuan suhu bilik terpampang di skrin membolehkan ibu ayah untuk monitor keadaan bayi dalam keadaan selesa sepanjang masa.
  5. Pemantauan menerusi telefon pintar. Fungsi ini membolehkan anda untuk menghubung baby monitor walaupun anda berada di luar.
  6. Mudah alih. Sebuah kamera yang mudah alih menjadikan lebih mudah untuk mengawasi bayi anda sama ada mereka berada di taska atau pun di ruang bermain.
  7. Penapis gangguan memastikan yang anda akan mempunyai sambungan tetap yang selamat sepanjang masa. Ini adalah penting untuk anda tahu bahawa anda sedang melihat rakaman waktu sebenar akan kamar bayi anda.
  8. Pengesan bunyi dan cahaya. Ini merupakan kunci untuk anda sentíasa peka akan situasi si kecil.
  9. Komunikasi dua hala. Ini membenarkan anda untuk menenangkan bayi anda walaupun anda tidak boleh berada di sisi mereka dengan segera.

Antara ciri-ciri lain yang boleh dipertimbangkan juga termasuklah kemampuan, kemudahan dari segi penggunaannya, hayat bateri, kamera yang boleh berpusing kiri dan kanan serta atas dan bawah, resolusi video penuh HD, dan mungkin juga dengan kebolehan dalam memainkan muzik atau lullaby.

8 Baby Monitor Yang Terbaik di Malaysia

Bagi membantu ibu ayah, kami senaraikan beberapa alat monitor bayi yang berkualiti tinggi di Malaysia.

Baby Monitor Terbaik
Motorola MBP36XL
Terbaik untuk kediaman yang besar
Beli di Shopee
Xiaomi Mi Smart Camera C200
Terbaik penstoran video secara Cloud
Beli di Shopee
EZVIZ BM1 Baby Monitor
Terbaik tanpa wayar
Beli di Shopee
Letine V20 Wireless Infant Baby Monitor
Terbaik dengan lampu malam dan muzik tidur
Beli di Shopee
BuzzTech VB601
Terbaik daya tahan bateri lebih lama
Beli di Shopee
Beaba Simply Zen Baby Monitor
Baby monitor terbaik audio
Beli di Shopee
Lollipop Smart Baby Camera
Terbaik dengan mod multi-penstriman
Beli di Shopee
SriHome SH053
Baby monitor terbaik kalis godam
Beli di Shopee

Motorola MBP36XL

Baby audio monitor terbaik untuk kediaman yang besar

Monitor bayi audio digital Motorola MBP36XL dengan pemasa penjagaan bayi dilengkapi dengan mikrofon kepekaan tinggi dan teknologi wayarles 2 untuk kejelasan suara.

Anda akan rasa lebih tenang dengan penggunaan baby monitor ini kerana ia akan menyampaikan suara anak dengan kuat dan jelas ketika mereka memerlukan anda. Pemasa penjagaan bayi bersepadu juga membantu anda dan pengasuh anda mengawasi bayi.

Apa yang menarik tentang produk ini?

  • Teknologi tanpa wayar: 2
  • 4 GHz FHSS (untuk tontonan setempat).
  • Kamera Mudah Alih.
  • Boleh dicas semula dengan sorot jauh, senget, dan zum.
  • Mikrofon kepekaan yinggi
  • Penglihatan malam infrared
  • Paparan LCD dengan lampu latar
  • Komunikasi 2 Hala
  • Paparan suhu bilik
  • Julat sehingga 1000 kaki

Xiaomi Mi Smart Camera C200

Baby monitor terbaik penstoran video secara Cloud

Monitor Bayi Xiaomi Mi Smart Camera C200 membantu ibu ayah sentiasa berhubung dengan si manja di mana jua. Penyambungan WiFi membolehkan ibu ayah menstrimkan video HD dan audio dengan jelas terus ke peranti anda.

Dengan baby monitor Malaysia Xiaomi, ibu ayah dapat melihat semua momen indah perkembangan bayi dari mana sahaja anda berada.

Apa yang menarik tentang produk ini?

  • Monitor bayi video yang disambungkan dengan WiFi memberikan video 1080p Full HD pada bila-bila masa siang atau malam.
  • Menggunakan WiFi dan terus berhubung melalui telefon
  • pintar anda. C225 direka untuk berfungsi dengan baik di rumah seluas 4.000 kaki persegi.
  • Bateri yang boleh dicas semula dalam monitor bayi dan kamera menjadikan mudah alih.
  • Teknologi AI pengecaman pergerakan manusia
  • 180 Manual putaran
  • Komunikasi 2 hala

EZVIZ BM1 Baby Monitor

Baby monitor terbaik tanpa wayar

Dengan teknologi dalaman dan komponen dalaman, monitor bayi pintar EZVIZ direka untuk memenuhi keperluan ibu ayah. Setiap ciri teknologi pintar memberikan anda keyakinan dan jaminan yang  diperlukan ketika meninggalkan bayi di tempat tidur bayi atau di taska.

Dengan keselamatan AES dan diiktiraf keselamatan oleh DNV, hanya anda atau ahli keluarga yang anda pilih yang dapat melihat atau mempunyai akses ke monitor comel ini!

Apa yang menarik tentang produk ini?

  • Sensor CMOS Imbasan Progresif 1/2.8" 2 Megapiksel
  • Video HD 1080p Penuh
  • Tanpa wayar dan bateri tahan lama
  • Kanta: 4 mm @ F1.6, sudut tontonan: 100° (Pepenjuru), 85° (Mendatar), 46° (Menegak)
  • Pembesar Suara Dua Hala
  • Pemasangan MFi Pantas & Mudah
  • Pengesan suhu & kelembapan
  • Pengesan bunyi & gerakan
  • Julat Kekerapan: 2.4GHz ~ 2.4835GHz

Letine V20 Wireless Infant Baby Monitor 

Baby monitor terbaik dengan lampu malam dan muzik tidur

Monitor Bayi ini dilengkapi dengan cahaya malam yang lembut dan 4 nyeri tidur yang menenangkan. Dengan paparan LCD 2.4 “dan pemantauan pelbagai sudut 360 °, monitor ini menunjukkan pandangan masa nyata bayi yang jelas dan semua yang ada di sekelilingnya, termasuk suhu bilik juga. 

Apa yang menarik tentang produk ini?

  • Penghantaran wayarles digital 2.4GHz, isyarat penghantaran yang stabil.
  • Mikrofon dan pembesar suara terbina dalam untuk pemantauan audio dua hala.
  • Sensitiviti tinggi, bunyi tangisan mudah didengar dan lampu akan menyala untuk memberitahu ibu bapa.
  • Pemasangan mudah, pasang dan main.
  • Interkom dua hala, sokongan untuk penyulitan data
  • Penglihatan malam
  • Lampu malam
  • Muzik menenangkan
  • Bateri AAA DC 5V atau 3*1.5V.

BuzzTech VB601

Baby monitor terbaik daya tahan bateri lebih lama

Baby monitor BuzzTech VB601 mempunyai ketahanan bateri yang lebih panjang untuk digunakan  dalam masa sehari yang mana lebih 8 jam (di dalam mod Vox). Ini bermakna yang anda tidak perlu mengecas baterinya sepanjang malam di dalam mod Vox.

Direka dengan bunyian atau muzik lullaby yang mana membantu ibu bapa untuk menidurkan bayi mereka.

Apa yang menarik tentang produk ini?

  • Bateri tahan lebih 8 jam (mod Vox)
  • Memantau suhu bilik, membolehkan anda untuk mengetahui akan suhu bilik si comel
  • Audio 2 hala di antara kamera dan monitor, membenarkan anda untuk bercakap dengan bayi
  • Penglihatan infrared malam secara automatik, menyediakan video jelas biarpun dalam bilik gelap
  • Bersaiz kecil, rekaan yang mudah di bawa ke mana-mana
  • Menyokong pelbagai bahasa termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Itali, dan Jerman
  • Paparan skrin monitor LCD 2.0" – Memaparkan aktiviti bayi real-time
  • Sambungan Bluetooth

Beaba Simply Zen Baby Monitor

Baby monitor terbaik audio

Baby monitor Beaba Simply Zen menawarkan rekaan yang moden, praktikal dan mudah dibawa ke mana-mana. Teknologi ‘sifar pancaran gelombang dalam mod malam’ dipatenkan. Lampu malam yang menenangkan untuk membantu si kecil anda tertidur.

Apa yang menarik tentang produk ini?

  •  Teknologi sifar pelepasan: dalam mod malam, monitor bayi tidak mengeluarkan gelombang.
  • Fungsi Vox – 2 mod tersedia: Laraskan sensitiviti mod VOX mengikut keperluan anda.
  • 100% sambungan selamat: sistem FHSS digital untuk memastikan tiada gangguan dan kerahsiaan mutlak.
  • Fungsi lampu malam kawalan jauh: cahaya lembut dan menenangkan untuk menemani bayi tidur.
  • Fungsi walkie-talkie: mendapat manfaat daripada komunikasi berterusan dengan bayi.
  • Berpasangan.

Lollipop Smart Baby Camera

Baby monitor terbaik dengan mod multi-penstriman

Lollipop Smart Baby Camera adalah baby monitor yang mempunyai mod multi-penstriman yang mana ibu bapa boleh memantau lebih dari seorang anak.

Anda boleh memantau mereka pada masa yang sama dengan ciri multi-penstriman ini, apa yang anda perlu lakukan hanyalah mendapatkan lebih kamera Lollipop tambahan. 

Apa yang menarik tentang produk ini? 

  • Sesuai untuk pengguna sistem iOS dan Android. Jadi proses set-up kamera adalah lebih mudah dan cepat. Hanya sambung kamera bayi dengan telefon pintar anda menggunakan aplikasi Lollipop
  • Penglihatan infrared malam yang lebih canggih
  • Mod multi-penstriman, yang mana anda boleh memantau aktiviti setiap anak-anak anda di mana-mana sahaja pada masa yang sama. Hanya perlu tambah kamera tambahan.
  • Pengesanan gerakan dan peka tangisan.
  • Jaminan 12 bulan dan 30 hari pengembalian duit jika berlaku sebarang ketidakpuashati terhadap kamera tersebut

SriHome SH053

Baby monitor terbaik kalis godam

Rasa tenang kerana mengetahui bidadari kecil anda selamat dan sihat dengan skrin paparan 2.8 inci untuk panggilan video dan suara dua hala serta zum digital 3x.

Monitor bayi ini menampilkan teknologi AI terkini untuk menyokong penjejakan humanoid, fungsi pengesanan humanoid dan penggera pengesanan gerakan.

Apa yang menarik tentang produk ini?

  • Audio dua hala, mikrofon terbina dalam dan pembesar suara, menyokong pemantauan dan interkom
  • Penglihatan malam.
  • Muat turun fail video mudah alih
  • Pengurusan capaian keselamatan yang tinggi. 

Perbandingan Harga Baby Monitor Malaysia Terbaik

Produk Harga
Motorola MBP36XL RM2302.00
Xiaomi Mi Smart Camera C200 RM109.00
EZVIZ BM1 Baby Monitor RM469.00
Letine V20 Wireless Infant Baby Monitor RM136.40
BuzzTech VB601 RM229.90
Beaba Simply Zen Baby Monitor RM419.00
Lollipop Smart Baby Camera RM705.00
SriHome SH053 RM159.00

Apa itu baby monitor?

Kini, penyediaan bilik bayi yang sempurna tidak akan lengkap tanpa langkah pengawasan bagi menjamin keselamatan si manja.

Ini termasuklah penggunaan baby monitor Malaysia yang kini merupakan salah satu item penting dalam membantu memudahkan tugas anda sebagai ibu bapa dalam mengawasi setiap gerak geri si manja yang mungkin sedang tidur, atau mungkin ketika si ibu sedang sibuk memasak di dapur, manakala si kecil sedang bermain di ruang mainannya.

Alat monitor camera bayi merupakan alat yang dapat membantu ibu bapa mendengar atau mengawasi bayi dari jauh. Tidak menafikan yang perasaan bimbang terhadap bayi kita itu sememangnya ada apabila kita sibuk melakukan tugasan lain, sekaligus membuatkan diri rasa ingin memeriksanya dari semasa ke semasa.

Bukan hanya memudahkan proses pengawasan ketika anak anda sedang lena dibuai mimpi, malah juga membantu mengawasinya dalam setiap hal yang sedang anda kerjakan. Jadi, penggunaan baby monitor adalah penyelesaian terbaik.

Tetapi melihat pada pelbagai pilihan di pasaran, pastinya anda merasakan ia agak sukar untuk memilih baby monitor Malaysia yang terbaik dan yang paling sesuai untuk kegunaan anda. Jangan bimbang kerana kami di sini sudah pun melakukan kerja rumah buat anda dalam menyenaraikan baby monitor Malaysia terbaik berdasarkan apa yang anda cari.

Sebab Kenapa Anda Memerlukan Baby Monitor

1. Minda lebih tenang

Mempunyai baby monitor di dalam bilik bayi anda akan membolehkan anda untuk tahu akan apa yang sedang berlaku pada masa anda tidak boleh berada di sisinya.

Ke mana sahaja anda pergi, tidak kira ke bilik mandi, ke dapur, atau keluar rumah untuk membuang sampah, anda boleh memeriksa bayi anda dengan hanya mendengar suara mereka dalam memastikan yang anak anda dalam keadaan yang selamat.

Ia jauh lebih baik daripada perlu berlari ke sana ke sini dalam masa setiap lima minit untuk memeriksa si comel. Sebuah baby monitor Malaysia terbaik boleh memudahkan proses anda untuk mengawasinya.

2. Tidur anda

Ia adalah satu perkara yang sangat penting untuk anda, sebagai ibu bapa, mendapatkan tidur yang secukupnya.

Anda akan jadi sedikit sebanyak ingin tahu cara pertolongan pabila anak anda terjaga dari tidur jika anda sendiri masih belum sempat untuk tidur. Anda akan merasakan agak menjengkelkan dan kurang senang untuk berhadapan dengan si kecil pabila tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.

Mempunyai baby monitor di sekitar anda akan membolehkan anda untuk terus menuju ke bilik tidur anda untuk mendapatkan tidur yang cukup sementara bayi anda juga melakukan yang sama.

3. Ruang buat anda

Ya, semestinya anda sayang akan anak anda dan anda mahu berada bersamanya setiap masa sepanjang hari, tetapi ada kala ia agak mustahil.

Anda mungkin mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan di rumah seperti mencuci pakaian, mengemas rumah, membuang sampah atau mungkin juga untuk berendam di dalam tab mandi. Dan biarpun bayi anda sangat menghargai layanan anda yang mendukungnya ke sana ke sini, ada kala mereka perlu rehat di dalam baby crib sementara anda meneruskan rutin harian anda.

Baby monitor membolehkan anda untuk mempunyai sedikit lebih ruang untuk anda melakukan aktiviti yang anda mahukan tanpa perlu risau akan keberadaan anak anda.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Sedang Merancang Bilik Comel Buat Bakal Cahaya Mata? Jom Lengkapkan Bilik Bayi Dengan 8 Produk Wajib Ada Ini!

Baca juga:  Kamera Litar Tertutup & Monitor Bayi Boleh Digodam Penjenayah Siber

Baca juga: Tracker Bayi Aplikasi theAsianparent – Bantu Pantau Perkembangan Anak

Penulis

Farhana Fuad