Berapa Bacaan Kuning Bayi Yang Normal? Berapa Pula Yang BERBAHAYA?

lead image

Anda tahu tak berapa bacaan kuning bayi yang normal? Ini bacaan normal jaundice bayi dan cara rawatannya jika bayi anda terkena demam kuning.

Ramai ibu bapa ingin mengetahui bacaan kuning bayi yang normal kerana mereka menganggap penyakit demam kuning sebagai sesuatu yang tidak baik untuk bayi baru lahir.

Walaupun ibu bapa selalu dengar istilah “penyakit kuning“, tapi ia sebenarnya satu istilah yang tidak tepat untuk jaundice bayi kerana keadaan demam kuning perkara biasa dan bukannya sejenis penyakit.

Tanggapan salah ini mungkin disebabkan oleh info yang kurang tepat.

Adakah normal untuk bayi jadi kuning?

Jawapannya ‘ya’ dan juga ‘tidak’ – bergantung kepada jenis bilirubin, bila dan durasi bayi didapati kelihatan kuning dan tahap bacaan bilirubin di dalam darah.

Bayi biasanya mula kelihatan kuning 2-3 hari selepas kelahiran. Ia adalah proses semula jadi yang berlaku secara perlahan-lahan, di mana badan akan ‘membuang’ sel-sel darah merah yang ‘lama’ dan digantikan dengan sel darah merah yang baru.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/bacaan normal jaundice bayi ibu.jpg Berapa Bacaan Kuning Bayi Yang Normal? Berapa Pula Yang BERBAHAYA?

Ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang dengan bacaan normal jaundice bayi

Darah bayi yang rosak atau pecah akan dicernakan oleh organ hati. Pencernaan dan penguraian komponen di dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

Fungsi hati yang belum cukup matang juga turut menyumbang kepada bacaan normal jaundice bayi atau bacaan kuning bayi yang normal.

Biasanya, bilirubin ini dibuang melalui najis, tapi apabila terlalu banyak darah pecah atau rosak dicernakan serentak, tahap bilirubin akan meningkat dan menyebabkan bayi kekuningan.

Jadi, adalah sangat penting untuk memastikan bayi terus diberi susu dengan secukupnya.

Walaupun ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang dengan bacaan kuning bayi yang normal, namun tahap bilirubin yang terlalu tinggi (hiperbilirubin) adalah bacaan yang ‘tidak normal’.

Tahap bilirubin daripada sel darah merah yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak.

Ini perkara yang tidak boleh dipandang ringan memandangkan otak merupakan pusat kawalan seluruh badan. Dalam kes-kes yang serius, keadaan ini boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada sistem otak bayi!

Apakah bacaan normal jaundice bayi dan apakah bacaan kuning bayi yang tidak normal?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/bacaan normal jaundice bayi pemindahan darah.jpg Berapa Bacaan Kuning Bayi Yang Normal? Berapa Pula Yang BERBAHAYA?

Pemindahan darah terpaksa dilakukan jika tahap bilirubin di dalam badan bayi terlalu tinggi dan rawatan fototerapi telah gagal. Sumber gambar: Youtube

Bacaan normal jaundice bayi: Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL). Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap jaundice bayi yang dapat dikawal.

Bacaan kuning bayi yang memerlukan rawatan fototerapi: Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).

Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis. Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin.

Bacaan jaundice bayi yang tidak normal: Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi.

Bayi itu akan terpaksa menjalani pemindahan darah dengan darah lain.

Faktor yang menyebabkan bacaan normal jaundice bayi jadi tidak normal:

 

 

 

Sumber: MMGazette, The Diagnosa, Dr. Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi Boleh Kebuluran & Kena Penyakit Kuning Jika Ibu Didesak Beri Susu Badan Secara Eksklusif?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!