Resepi Kuih Badak Berendam, Cukup Rasa Lemak Berkuah, Pemanis Mulut Paling Simple Untuk Minum Petang

Kuih badak berendam merupakan kuih tradisional yang popular di pantai timur sesuai dimakan untuk seisi keluarga sebagai pemanis mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuih badak berendam atau kuih sopang merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat popular di kawasan pantai timur dan sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka.

Perbezaan antara kuih badak berendam dengan kuih sopang adalah dari segi bentuknya yang bulat dan berwarna hijau, sedangkan kuih sopang berbentuk lonjong dan berwarna putih.

Begitu juga dengan puteri mandi, ramai yang keliru padahal cara pembuatannya sedikit berbeza walaupun menggunakan tiga bahan yang sama iaitu tepung pulut, santan dan gula melaka. Puteri mandi dihidangkan dengan hidangan kuah yang dimasak dengan gula melaka, manakala badak berendam dihidang dengan kuah santan. Yummy!

Asal Usul Kuih Badak Berendam

Malaysia sarat dengan pelbagai budaya, bahasa dan semestinya citarasa. Landskap kulinarinya mencerminkan kekayaan negara ini akan masyarakatnya, dengan pelbagai hidangan dari savory ke manis. Salah satu manisan yang menambat hati ramai dari segi rasanya di dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Badak Berendam. Kuih  ini bukan hanya simbol akan budaya yang kaya manisan di Malaysia, tetapi juga membawa sejarah unik yang berkait dengan warisan negara.

Badak Berendam berasal daripada negeri bahagian selatan Malaysia. Namanya yang kalau dilihat agak melucukan tetapi juga menarik. Ia dipercayai berasal daripada kepercayaan rupa manisan tersebut yang melambangkan belakang badan badak ketika mandi, berikutan teksturnya yang licin, lapisan luar yang berkilat.

Asal usul sebenarnya Badak Berendam adalah sebenarnya agak misteri, tetapi ia dipercayai telah direka oleh masyarakat Melayu, yang mana mempunyai sejarah kulinari tradisi. Sesetengah pakar sejarah kulinari membuat spekulasi yang kuih ini mungkin tersebar sejak dari awal budaya kuih Melayu tradisional.

Resepi Kuih Badak Berendam Che Nom

Bahan-bahan:

Bahan untuk inti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir
  • gula melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai dauh pandan, ikat simpul

Bahan untuk kuah:

  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, ikat simpul

Bahan untuk badak berendam:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan:

Cara-cara untuk inti kelapa:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
    1. Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir.
    2. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air.
    3. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang manis, tambah lagi ketulan gula melaka.
    4. Bila agak kering taburkan tepung gandum.
    5. Dikacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.

Cara-cara untuk kuah santan:

  1. Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
  2. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
  3. Hidangkan bersama bebola badak berendam.

Cara-cara untuk badak berendam:

  1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
  3. Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
  4. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.

Resepi Kuih Badak Berendam Sedap Zura Zul

Bahan-bahan Inti Kelapa:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 ke 2 ulas durian (buang biji) (jika ada)
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan tepung gandum

Bahan-bahan Dadih:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 5 cawan santan sederhana pekat
  • 8 sudu besar tepung beras
  • 8 sudu besar tepung gandum
  • 2 helai daun pandan – simpul
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Bahan-bahan Doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 cawan air jus pandan (air + 4 ke 5 helai daun pandan. Kisar dan tapis)
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)

Cara-cara penyediaan inti kelapa:

  1. Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut. Tapiskan.
  2. Kemudian masak air gula tadi bersama kelapa parut putih. isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul sekata.
  3. Bila inti agak nak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan angkat. Sejukkan sebelum dibalut bersama doh.

Cara-cara penyediaan dadih:

  1. Sebatikan bahan-bahan untuk membuat dadih (boleh guna blender).
  2. Kemudian masak guna api perlahan hingga naik wap.
  3. Dadih ni kena rasa masin sedikit. Semasa masak, ia harus sentiasa dikacau agar adunan dadih tidak berketul.
  4. Kacau sampai sedikit likat. Boleh ikut kelikatan yang disukai namun jangan sampai pekat.

Cara-cara penyediaan doh:

  1. Tuang air jus pandan sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul sebati dan uli hingga jadi doh.
  2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh.
  3. Isi inti kelapa atau apa sahaja inti kegemaran. Bulatkan semula.
  4. Didihkan air dan rebus doh macam buat kuih Onde-Onde atau Buah Melaka. Bila doh sudah terapung, angkat dan jirus sekejap bawah air paip. Toskan airnya.
  5. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi dan Kuih Badak Berendam sedia untuk dihidang.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Baca juga: Dalgona Coffee? Apa Tu! Jom Cuba Resepi VIRAL Guna 5 Bahan Sahaja!

Baca juga: Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah