X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Dah 6, Tapi Badan Cantik, Maintain Langsing & Sihat! Cuba Tips BERPANTANG Dari Ozlynn

29 Sep, 2021
Anak Dah 6, Tapi Badan Cantik, Maintain Langsing & Sihat! Cuba Tips BERPANTANG Dari Ozlynn

Walaupun anak sudah 6, bukan alasan untuk tidak jaga badan. Bagi memastikan sentiasa miliki badan cantik dan sihat, Ozlynn masih amalkan pantang tradisional.

Semua tahu, pelakon dan isteri kepada pelawak terkenal Johan ini, Ozlynn Wati baru saja melahirkan anak keenam baru-baru ini. Tapi yang menjadi perhatian adalah badan cantik Ozlynn yang tetap kekal langsing dan bergaya walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun. 

Jadi apakah rahsia wanita ini mampu mengekalkan kelangsingan badan serta sentiasa nampak segar, sihat dan bertenaga.

Terkenal dengan aktif dalam melakukan pelbagai jenis sukan dan senaman, Ozlynn yang baru-baru ini berkongsi dengan gempak.com berkongsi mengenai rutin pantangnya yang memang tidak ditinggalkan.

Badan cantik walaupun anak 6, Ozlynn masih pakai bengkung 20 meter & pantang tradisional

Memang tidak mudah untuk mengekalkan kelangsingan tubuh badan apabila sudah meniti usia lebih 35 tahun, namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jadi bagi Ozlynn, walaupun sudah mengandung lima kali sebelumnya, mengandung kali keenam memang berbeza kenaikan berat badannya kerana mengandung pada usia lewat 30-an. 

Katanya, beratnya ketika mengandung bayi keenam ini naik hingga 66 kilogram yang mana sebelum ini tidak pernah mencecah sehingga seberat itu.

Amalkan kaedah pantang tradisional yang ketat

Ozlynn mengakui dia masih mengamalkan pantang secara tradisional yang ketat kerana menurutnya seseorang itu lebih tahu dan kenal akan sistem badan sendiri.

Beliau menegaskan, jaga makan dan exercise adalah sama penting dalam mengekalkan bentuk tubuh badan yang langsing dan sihat. 

Tips berpantang yang diamalkan Ozlynn

Menurut Ozlynn, setiap orang ada cara tersendiri, tetapi bagi dirinya, dia lebih selesa dan sesuai dengan berpantang secara tradisional

#1. Kenal badan sendiri

Anda perlu kenal badan anda. Ada orang jika dia makan sesetengah sayuran atau buah-buahan dia tidak mengalami masalah angin. Tapi ada sesetengah orang dia akan alami masalah angin. 

Jadi apa yang penting kenal badan anda, tahu apa alahan anda daripada situ anda boleh tentukan diet atau makanan apa yang anda akan makan ketika berpantang.

Jika ada sesetengah sayur yang boleh membuatkan badan anda berangin, elakkanlah. Tak perlu ikut orang, kerana yang menanggung seksanya nanti adalah anda sendiri. 

Advertisement

#2. Pastikan dalaman anda okay

Sebab itu perlu ambil makanan berkhasiat. Jika dalaman okay, pasti luaran anda juga ikut sihat. Jadi disebabkan itu ambillah makanan yang berkhasiat ketika anda sedang berpantang kerana anda perlukannya untuk menyusu bayi selain mengembalikan tenaga yang hilang ketika mengandung dan bersalin. 

#3. Pakai bengkung 20 meter

Badan cantik

Ini mungkin tidak semua orang masih ada. Tapi bagi Ozlynn, beliau memang masih pakai bengkung yang panjangnya 20 meter dan membaluti badan dengan ketat dan membentuk shape yang cantik dari atas lutut hingga paras bawah dada.

Beliau memang tidak menggunakan korset yang hanya tertumpu pada pinggang menjadikan bentuk badan nampak pelik. 

#4. Berurut, bersauna, bertangas

Beliau masih mengamalkan berurut, bersauna dan bertangas. Memang beliau amalkan amalan tradisional itu semasa berpantang.

#5. Gunakan sepenuhnya waku berpantang untuk turunkan berat badan

Beliau turut mengingatkan bahawa enam bulan pertama melahirkan adalah proses water retention. Jadi inilah waktu terbaik turunkan berat badan dengan pantas.

#6. Susukan bayi dengan kerap sekitar 10 malam ke 5 pagi

Mengantuk pun, cuba usahakan susukan bayi atau pam susu pada waktu itu. Waktu ini bayi menyedut lemak ibunya melalui susu. 

#7. Dapatkan tidur yang cukup

Ya. Ketika berpantang memang terkenal dengan tak cukup tidur. Tapi berusahalah supaya tidur anda cukup. 

#8. Tak minum ais 1-2 tahun

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Memang 1-2 tahun beliau tidak minum ais.

#9. Jaga makan

Potong gula. Jika minum milo tidak letak gula. Garam pun dikurangkan gunakan liquid aminos gantikan garam dan organic aloevera ganti serbuk perasa. 

#10. Banyak makan sayur

Badan cantik

Bukan kata nasi tak makan tetapi anda harus jaga portion. Tapi lebihkan makan sayur-sayuran. 

#11. Work out

Badan cantik

Untuk kempiskan perut selain jaga makan perlu work out. Jika tidak memang tak menjadi.

#12. Jangan stres

Ikut flow. Jangan stres bila tengok badan orang lain. Buat yang termampu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: instagram jozlynnhanania

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Melayu, India dan Cina

Baca juga: Berapa Lamakah Tempoh Pantang Bersalin Yang Wajib? Ini Penjelasan Dari Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Dah 6, Tapi Badan Cantik, Maintain Langsing & Sihat! Cuba Tips BERPANTANG Dari Ozlynn
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham