Kebanyakan wanita dengan badan gempal dikatakan lebih rajin dan bahagia dalam menikmati kehidupan rumah tangga. Bukan itu sahaja para lelaki juga cenderung memilih wanita berisi untuk dijadikan pasangan hidup kerana dianggap lebih seksi.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Littlewoods.com ke atas 2,000 orang wanita, sebanyak 74 peratus wanita badan gempal mengakui rasa bahagia dengan bentuk badan mereka.
Kisah isteri dengan badan gempal menghempap suami
Siapa sangka tidak semua wanita sering berasa bahagia dengan kehidupan rumah tangga mereka. Setiap pasangan pastinya tidak akan sunyi tanpa sebarang ujian dan masalah yang mendatang.
Semalam telah tular kes mengenai seorang wanita dengan berat 102 kilogram yang ‘menghukum’ suaminya dengan cara menghempap lelaki itu selagi dia tidak meminta maaf.
Menurut laporan oleh portal The Sun, sebelum kajian pasangan yang menetap di Novokuznetsk berkenaan menikmati minuman keras. Kemudian mereka bertengkar dan wanita itu tiba-tiba naik angin dan bertindak menghempap suaminya.
Difahamkan dia menghempap suaminya dengan cara duduk di leher sambil memegang kepala lelaki itu yang hanya terbaring di atas katil.
Ketegangan yang berlaku telah disaksikan oleh anak mereka. Dia kemudiannya berlari ke rumah jiran sebelah bagi mendapatkan pertolongan. Seterusnya, jiran wanita telah datang ke kediaman tersebut dan mendapati ia hanyalah masalah rumah tangga yang perlu diselesaikan dengan cara baik.
Wanita badan gempal berkenaan, Tatyana O, 45 tahun memberitahu kepada jirannya bahawa dia hanya mahu menenangkan suami, Aidar selepas mereka terlebih mengambil minuman keras.
Wanita badan gempal hempap suami hingga mati
Walau bagaimanapun tidak lama selepas itu, jirannya kembali semula selepas mendengar Tatyana menjerit dan mendapati bahawa Aidar sudah tidak sedarkan diri sebelum mereka menghubungi ambulans.
Berdasarkan hasil laporan pemeriksaan perubatan mengesahkan, suaminya telah meninggal dunia akibat asfiksia, iaitu kesan daripada sistem pernafasannya yang tersekat.
Ia mungkin terjadi selepas isteri yang badan gempal itu duduk di atas lehernya serta menggunakan kaki agar lelaki tersebut tidak boleh melawan semula. Susulan kejadian tersebut, Tatyana berdepan dengan tuduhan membunuh suaminya yang disahkan meninggal dunia serta-merta.
Pada perbicaraan yang pertama, Tatyana disabitkan cuai hingga menyebabkan kematian dan tidak berniat membunuh suaminya.
Dia telah dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 18 bulan dan membayar 2,000 pound sterling (kira-kira RM11,693).
Cara memaafkan suami ketika berdepan konflik rumah tangga
Masalah rumah tangga sering menjadi keluhan bagi setiap pasangan. Ia boleh menyebabkan perasaan sakit hati, kecewa, malah bertindak di luar kawalan sekiranya isu tersebut terlalu besar.
Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa suami atau isteri hanyalah insan biasa. yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Berikut ada beberapa cara untuk memaafkan kesalahan suami dengan tindakan rasional:
#1. Ingat kembali kenangan indah
Terlalu fokus kepada kesalahan pasangan hanya boleh menyebabkan anda bertengkar. Adalah lebih baik tenangkan diri dan cuba mengingati kembali momen indah bersama dia.
Cara ini sedikit sebanyak membuatkan anda lebih positif dan bertindak dengan bijak padanya.
#2. Berbincang dan dengar penjelasan pasangan
Sememangnya bukan mudah untuk memaafkan kesalahan pasangan jika ia melibatkan hal yang besar. Namun, usahlah terlalu mengikutkan emosi.
Duduk bertenang dan dengar terlebih dahulu penjelasan suami sebelum memaafkannya. Mungkin juga anda salah faham tentang perkara yang sebenarnya terjadi.
Kemudian barulah anda mempertimbangkan tindakan seterusnya. Memaafkan suami adalah sama memberi peluang baharu untuk dirinya berubah.
#3. Maafkan dengan seikhlas hati
Ketika anda memilih untuk memaafkan dan berbaik dengan suami, maka lakukannya dengan hati yang ikhlas. Jangan menyimpan rasa marah kepadanya kerana ia hanya menyebabkan permasalahan yang berterusan.
Jadilah matang dan lupakan semua perkara yang menyakitkan. Pujuk diri untuk menjalani kehidupan pada kemudian hari dengan lebih tenang.
Bukan itu sahaja, elakkan sikap suka mengungkit-ungkit kesalahan suami yang sudah bertahun berlalu. Hal ini hanya akan membuatkan hubungan rumah tangga semakin tegang.
Sumber: Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: ”Lepas 17 tahun kami kahwin, suami kini nak tinggalkan saya sebab saya GEMUK!”