Tidak hanya perempuan, lelaki juga dikatakan memiliki tarikan dengan bentuk badan seksi serta tegap. Pastinya ia menjadi kegilaan golongan hawa, lebih-lebih lagi anda memiliki unsur maskulin dan renungan mata yang begitu hebat.
Bukan itu sahaja, terdapat juga bahagian-bahagian lain yang sering dipandang atau dijeling oleh gadis, sekaligus membangkitkan rasa ghairah. Malahan mereka sanggup menjadi seperti perigi mencari timba!
Bahagian tubuh badan seksi pada lelaki
#1. Punggung
Wanita gemar melihat punggung lelaki sedikit berotot dan anjal terutamanya apabila mengenakan seluar jenis jeans. Keseksian ini semakin terserlah ketika anda berjalan di hadapan mereka. Namun, jangan pula mengatakan mereka gatal kerana lumrah manusia perlu menikmati setiap yang ada di hadapan mata!
#2. Mata
Dari mata, jatuh ke hati. Sebab itulah kaum Adam diseru untuk selalu menjaga penglihatan dan wanita perlu menundukkan wajah bila berhadapan dengan berlainan jantina.
Renungan mata setiap lelaki pasti membuatkan wanita tidak selesa dan mula tidak keruan. Sekiranya anda sedang mencari jodoh, pikat mereka dengan bermain mata dahulu sebelum memulakan langkah seterusnya.
#3. Bibir yang seksi
Siapa kata para lelaki tidak ada daya tarikan pada bahagian bibir? Sebenarnya ada wanita menyukainya kerana dikatakan kelihatan cukup seksi. Hal yang lebih baik jika anda pandai menjaga bibir agar sentiasa lembap dan kemerahan. Bagi sesetengah wanita, bibir hitam akibat tabiat merokok kurang digemari.
Patutlah anda gagal memikat hati wanita yang sudah lama diidamkan hanya kerana ini!
#4. Gigi putih
Ukiran senyuman manis oleh jejaka mampu meruntun rasa cinta. Tatkala anda melemparkan senyuman ikhlas, gigi yang bersih menjadi fokus utama untuk dilihat.
Justeru, pastikan anda menerapkan aspek penjagaan gigi secara betul dengan melakukan rutin pembersihan gigi dan berjumpa doktor di klinik. Barulah nafas tidak berbau, wanita pun selesa untuk bersama.
#5. Bahu tegap
Bahagian bahu yang lebar dan tegap akan menyerlahkan karisma diri anda sebagai lelaki sejati. Wanita sebenarnya menyimpan rasa ghairah apabila memiliki pasangan dengan bahu tegap.
Selain ia kelihatan seksi dan sempurna sewaktu menyarungkan pakaian, pasangan turut berasa bangga memiliki teman hidup seperti anda.
#6. Perut
Ramai wanita mendambakan pasangan yang mempunyai perut berotot juga kekar. Hal ini kerana ia dikatakan sebagai lambang perkasa seseorang jejaka. Tidak hairanlah sewaktu melakukan hubungan intim, isteri mudah ghairah menyentuh bahagian perut berotot ini.
Namun, ada juga wanita menyukai suami dengan perut buncit kerana ia dikatakan lebih seksi dan tangannya akan terus menggosok bahagian ini ketika aksi hubungan di ranjang.
#7. Lengan berotot
Wanita amat gemar berpaut pada lengan pasangan. Maka tidak pelik sekiranya anggota badan ini dikatakan titik seksi yang menjadi igauan seluruh wanita.
Lelaki dengan lengan berotot mampu membuatkan isteri berasa yakin dan selamat untuk berada di sisi anda. Ia turut menggambarkan bahawa anda seorang yang kuat bekerja dan mampu melakukan pelbagai tugas kasar.
#8. Jari dan kuku
Bagi sesetengah wanita, tangan dan jari seorang lelaki menarik perhatian mereka. Anda tidak perlu melalui proses manicure, tetapi cukuplah sekadar ia kelihatan bersih dan kuku dipotong dengan kemas.
Jangan jadikan alasan bekerja untuk tangan kelihatan kotor, kuku panjang dan terdapat kesan kehitaman. Wanita adalah manusia yang sangat menitikberatkan aspek kebersihan diri. Dari situlah mereka dapat menilai sejauh mana tahap keprihatinan anda terhadap aspek ini.
#9. Ketiak
Berdasarkan penemuan penyelidik dari Universiti California, bahan aktif dalam bau badan semula jadi lelaki terbukti membuatkan wanita mengalami kenaikan hormon kortisol.
Ia adalah sejenis hormon yang membuatkan mereka mengalami rasa ghairah, mood menjadi lebih baik dan peredaran lebih laju.
Tidak hanya bau badan di pakaian sahaja, para isteri sebenarnya amat suka jika dapat meletakkan kepalanya pada bahagian ketiak. Biarpun ada sedikit bau, ia cukup membuatkan mereka berasa lebih dekat dengan anda.
Justeru sekiranya anda mengalami masalah bau badan yang melampau, jangan pula membiarkannya sahaja. Oleskan sedikit deodorant agar pasangan anda rasa lebih selesa.
Sumber: Popbela
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Bergurau ‘Nak Kahwin Lain’ Dengan Isteri Yang Sukar Hamil, Fahamilah Perasaannya