Wahai Ibu Yang Sedang Menyusu: Adakah Bayi Anda Cukup Makan?

Adakah bayi anda cukup makan? Kami di theAsianparent Malaysia ada menjawab persoalan tentang bagaimana untuk mengetahui sama ada bayi cukup makan atau tidak, dan bagaimana rupa lampin bayi yang sepatutnya.

Macam mana nak tahu jika bayi saya cukup makan atau tak?

Ibu muda, terutamanya yang baru mahu menyusu badan, selalunya bimbang sama ada anak kecil mereka cukup makan atau tidak.

Jangan risau. Si kecil anda cukup makan jika dia:

  • Menghasilkan 4 ke 6 lampin basah dalam sehari
  • Mempunyai pergerakan usus yang normal (membuang air besar 3 ke 4 kali sehari)
  • Bertambah berat badan (Kebiasaannya, bayi yang menyusu badan akan bertambah sebanyak 170 gram setiap minggu)

Bayi anda mungkin tidak mendapat susu dengan mencukupi jika dia:

  • Selalu kelihatan lapar
  • Tidak menghasilkan lampin basah atau membuang air besar dengan cukup setiap hari
  • Sering meragam dan menangis
  • Tidak bertambah berat badan

Dapatkan nasihat doktor atau perunding laktasi jika bayi anda tidak bertambah berat badan seperti yang dijangka atau jika anda rasa yang bayi anda tidak cukup makan.

Bagaimana rupa lampin bayi saya yang sepatutnya?

Lampin bayi anda adalah petanda terbaik untuk melihat sama ada si kecil anda mendapat susu yang mencukupi atau tidak.

Ini kerana jika kolostrumnya padat, bayi anda mungkin hanya menghasilkan satu lampin kotor sahaja dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.

Najis bayi yang baru lahir selalunya pekat dan gelap pada mulanya, dan kemudian akan bertukar kuning selepas dia mula minum susu badan. Selalunya, ia akan berlaku dalam masa 4 hari selepas dilahirkan.

Masuk sahaja hari ke-empat, bayi anda sepatutnya mula membuang air besar 3 ke 4 kali setiap hari dengan najis sebesar 2.5cm atau lebih.

Semakin banyak dia minum, semakin banyak lampin kotor yang dia patut hasilkan.

Sesetengah bayi akan membuang air besar setiap kali selepas menyusu atau secara lebih kerap. Jangan risau, ini juga adalah normal.

petanda bayi cukup makan atau tidak

Sumber: Momadventure.com

Selepas sebulan, sesetengah bayi yang menyusu badan akan mempunyai pergerakan usus yang berkurangan dan ada bayi yang tidak akan membuang air besar selama beberapa hari.

Berkaitan dengan lampin basah, pada mulanya, bayi akan menghasilkan satu lampin basah untuk setiap hari.

Apabila dia mula minum susu, anda perlu menjangkakan 6 atau lebih lampin basah dengan air kencing yang berwarna jernih atau pucat.

Jika anda melihat air kencing yang pekat atau bayi anda menghasilkan sedikit sahaja lampin basah, ia mungkin bermakna yang bayi anda tidak dapat minuman yang mencukupi.

Air kencing berwarna kristal kekuningan pada lampin basah si kecil anda juga mungkin menjadi petanda yang dia kekurangan cecair atau mengalami dehidrasi.

Untuk melihat bagaimana rupanya lampin yang cukup basah, tuangkan 3 sudu air ke lampin yang bersih dan kering.

Tisu pada lampin pakai buang tersebut akan membantu anda mengetahui sama ada ia cukup basah atau tidak.

Anda patut perhatikan tanda-tanda pada bayi anda seperti yang berikut:

  • 6 atau lebih lampin basah setiap hari
  • 4 atau lebih lampin kotor dengan najis yang kekuningan setiap hari

Perlukan bantuan? Jangan bimbang!

Jika anda masih risau tentang sama ada bayi anda cukup makan atau tidak, jangan berasa ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat dari pakar laktasi.

Mereka pasti boleh memberikan nasihat yang bersesuaian dengan keadaan anda serta bayi.

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Panduan lengkap Warna Najis Bayi – Apa yang Normal dan Tak Normal?