Hujan Lebat Tak Boleh Redah Dengan Motor, Bapa Layankan Anak Main Hujan Di Taman

Bahagia itu sederhana biarpun tiada wang dan harta. Seorang lelaki dipuji 'limited' apabila dia berusaha bahagiakan anak dengan mandi hujan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebahagian bukanlah diukur banyaknya nilai wang, harta dan kekayaan  bahkan, ia boleh ‘dicipta’ sendiri dengan mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah SWT. Begitulah yang ditonjolkan seorang lelaki ini bersama anaknya apabila ‘mencipta’ rasa tersebut, sesuai dengan ungkapan sering kita dengar iaitu bahagia itu sederhana.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bahagia itu sederhana, wang dan harta bukan ukuran
  • Anak main hujan, ayah join sekali
  • Bayi kedua lahir pramatang

Berdasarkan video dimuat naik di TikTok oleh pemilik akaun abeychicanoss46, kelihatan lelaki tersebut bermain di taman permainan bersama anaknya dalam suasana hujan.

Dalam video itu juga, kelihatan seorang bayi iaitu anak kedua lelaki tersebut sedang diriba isterinya di tempat teduh. Empat beranak tersebut menaiki motosikal bersama namun tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran hujan. Ikuti kisah keluarga tersebut.

Bahagia itu sederhana, wang dan harta bukan ukuran


Pada video yang dimuat naik, terdapat keterangan daripada lelaki tersebut.

Abaikan kata orang, hujan lebat sangat tak boleh balik sebab bawa moto, baby pergi Hospital Kuala Kubu Bharu.
“So nak balik tak boleh lebat sangat hujan. Jadi layan anak, dia happy, kita pun happy,” menurut lelaki tersebut.

Menurut laporan berita mStar pula, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohamad Izzwan Rozaimi, 24, berkejaran dalam hujan bersama anaknya berusia 2 tahun di sebuah taman permainan sekitar Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Lelaki itu menceritakan, mereka sekeluarga baru pulang dari Hospital Kuala Kubu Bharu dan disebabkan hujan, dia tidak nampak jalan untuk meneruskan perjalanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Lagipun saya tengah bawa isteri dan anak kecil. Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu dekat kedai mamak.

“Tapi biasalah budak kecil mana boleh duduk diam-diam. Isteri pun segan apabila orang sekeliling asyik pandang je kami sekeluarga. Dia ajak pergi tempat yang kurang ada orang,” katanya dalam laporan tersebut.

Anak main hujan, ayah join sekali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mohamad Izzwan dipetik berkata, anaknya nampak taman permainan tersebut jadi, isterinya kemudian mengajak untuk berteduh di situ.

“Sebaik sampai taman, terus anak saya berlari pergi main. Jadi saya pun join dia sekali sementara tunggu hujan reda,” ujarnya dipetik daripada berita berkenaan.

Katanya, dia tanpa segan silu menemani anaknya bermain di taman permainan tersebut dalam keadaan hujan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengambil berat kesihatan anaknya, Mohamad Izzwan turut memakaikan topi keledar kepada kanak-kanak tersebut supaya tidak jatuh sakit.

Bayi kedua lahir pramatang

Dalam laporan itu juga, lelaki berkenaan memberitahu, mereka sekeluarga tinggal di sebuah flat di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia dan isteri menimang cahaya mata kedua pada hujung April lalu dan bayi mereka perlu kerap menjalani pemeriksaan berikutan dilahirkan pramatang.

Pasangan tersebut sudah berumah tangga lebih empat tahun dan hanya memiliki sebuah motosikal jenis Honda Dash 125 sebagai kenderaan untuk bergerak ke mana sahaja.

“Sekarang ini kami selalu ulang-alik ke hospital dan klinik sebab anak masih kuning. Dia selalu kena timbang berat sebab lahir secara pramatang. Masa lahir pun berat 2 kilogram saja.

“Kami hanya ada motosikal saja untuk bergerak, itu pun pemberian daripada warga TikTok. Saya pernah viral dulu kayuh basikal dari Bukit Sentosa ke Kampung Kerdas di Gombak untuk bekerja.

“Alhamdulillah, rezeki saya dapat memiliki sebuah motosikal atas ihsan orang ramai pada Januari lalu,” demikian kisah lelaki tersebut.

Mari kita doakan semoga empat beranak ini dipermudahkan urusan kehidupan mereka oleh Allah SWT serta dilapangkan rezeki untuk keluarga ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gendong Anak Sambil Kerja Sejak Kematian Isteri, Netizen Tersentuh Dengan Pengorbanan Ayah Tunggal Ini!

Baca juga: Anak Disahkan Menkes Syndrome, Ayah Gigih Bina Makmal Di Rumah & Hasilkan Ubat Sendiri

Baca juga: Lebih Setahun Dihalang Berjumpa, Lelaki Terkilan Fikiran Anak Diracun Bekas Isteri & Ayah Tiri