Suami Mati, Isteri Kritikal Lepas Telan Klorokuin Kerana Ikut Nasihat Trump Di Televisyen

Suami Mati, Isteri Kritikal Lepas Telan Klorokuin Kerana Ikut Nasihat Trump Di Televisyen

Persidangan Donald Trump telah menyarankan rakyat mengambil chloroquine bagi mencegah Covid-19. Namun, ada yang salah faham dan mengambil bahan berbahaya

Penularan wabak Coronavirus telah mendatangkan panik dalam kalangan masyarakat seluruh dunia sehingga sanggup mengambil tindakan menelan bahan berbahaya.

Sehingga hari ini, ia masih dianggap sebagai penyakit misteri kerana belum ada rawatan atau ubat khusus bagi memulihkan pesakit yang dijangkiti.

Telan bahan berbahaya

telan bahan berbahaya credit to sources

Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang lelaki telah meninggal dunia, manakala isterinya masih kritikal dirawat di pusat jagaan rapi.

Difahamkan pasangan malang ini telah bertindak mengambil klorokuin fosfat sebagai percubaan untuk mengubati diri sendiri dari wabak Coronavirus.

''Ia berlaku bukan disebabkan oleh mereka memperoleh ubat mengikut saranan pihak kesihatan, namun sebaliknya berani menelan bahan berbahaya yang digunakan untuk membersihkan akuarium ikan,'' kata Banner Health dalam satu kenyataan.

Walaupun Banner tidak memberikan butiran selanjutnya, NBC News berpeluang untuk mendekati isterinya dan mendapatkan maklumat bagaimana ia boleh terjadi.

Siapa sangka berita yang ditonton oleh mereka di kaca televisyen telah menjadi pendorong untuk berani melakukan tindakan menelan bahan berbahaya ke dalam tubuh.

''Pasangan ini mengetahui hubungan antara fungsi klorokuin dengan penularan Coronavirus selepas menyaksikan persidangan berita oleh Presiden Donald Trump,''

''Pelbagai tips telah diberikan dalam usahanya untuk memastikan seluruh rakyat kekal selamat dan tidak jatuh sakit,'' ujar wanita berkenaan.

Tambahnya, tanpa berfikir panjang dia dan suami memeriksa 'ubat' yang ada di dalam rumah.

''Saya ada (bahan) di rumah kerana saya memelihara beberapa ekor ikan koi. Klorokuin berada di belakang almari dan terus saya katakan bahawa item ini yang mereka bicarakan di televisyen,'' ujarnya.

Mengikut saranan presiden

risiko bahan berbahaya credit to sources

Mengikut kandungan persidangan tersebut, Trump telah mencadangkan klorokuin sebagai rawatan yang mungkin berkesan untuk Covid-19.

Ia diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat untuk merawat malaria, lupus dan rheumatoid arthritis, tetapi FDA masih tidak meluluskannya sebagai rawatan Coronavirus.

Barisan pakar Banner Health menegaskan bahawa ubat-ubatan dari produk kegunaan rumah tidak boleh dimakan bagi mengatasi Covid-19.

"Memandangkan situasi semasa masih belum ada rawatan berkesan bagi menentang virus Covid-19, kami faham bahawa orang ramai berusaha mencari cara baharu bagi melindungi diri mereka," kata Pengarah Perubatan Banner Poison and Drug Information Centre, Dr Daniel Brooks.

"Tetapi pengambilan ubat tanpa nasihat pihak perubatan bukanlah cara yang terbaik yang anda boleh lakukan,'' ujarnya.

Tujuh tahun yang lalu penerbit Advanced Aquarist, melancarkan tiga bentuk klorokuin sebagai ubat baru untuk merawat penyakit berkaitan dengan ikan.

Mereka memperincikan keberkesanannya dalam memerangi parasit tertentu dalam sebuah akuarium air masin.

Salah seorang penjual akuarium secara atas talian yang turut menjual ''ubat ajaib'' mengatakan bahawa kebanyakan para pelanggan bersetuju bahawa penggunaan Klorokuin hanya digunakan untuk merawat ikan hiasan.

''Kami sudah memaklumkan bahawa bahan kimia ini tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain terutamanya untuk merawat kesihatan manusia,'' ujarnya.

Tiada kajian secara saintifik

bahaya telan chloroquine credit to sources

Banner Health yang berpusat di Arizona tidak memberikan sebarang maklumat mengenai bagaimana pasangan berusia 60 tahun berkenaan memperoleh klorokuin dan lokasi rawatan yang diterima oleh mereka.

"Dalam masa kurang 30 minit pengambilan bahan berbahaya ini, suami isteri telah memperoleh kesan segera dan terus dihantar ke hospital yang berdekatan.

Trump telah membongkarkan bahawa klorokuin dan hidroksichloroquine amat berpotensi penting dalam langkah membasmi Covid-19.

"HYDROXYCHLOROQUINE & AZITHROMYCIN  yang disatukan, mempunyai peluang untuk menjadi salah satu penukar permainan terbesar dalam sejarah perubatan," kata beliau.

Kajian awal menunjukkan ubat berkenaan dibolehkan guna untuk merawat virus berkenaan, tetapi komen Trump telah mendorong pegawai kesihatan untuk memberi amaran bahawa kajian lanjut diperlukan.

Pakar penyakit berjangkit tertinggi negara, Dr Anthony Fauci, berkata ubat itu mungkin berkesan terhadap movel Coronavirus.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu CBS 'Margaret Brennan bahawa Trump telah mendengar tentang keberkesanan gabungan hydroxychloroquine dan azithromycin daripada laporan tidak sahih.

"Saya tidak bersetuju dengan fakta yang dinyatakan dan mungkin berkesan, tetapi bidang perubatan perlu mendapatkan kajian serta bukti secara saintifik yang jelas,'' kata Fauci yang berkhidmat sebagai pasukan petugas coronavirus White House.

Di Nigeria, para pegawai kesihatan telah mengeluarkan amaran tentang klorokuin selepas tiga orang dari rakyatnya menelan secara berlebihan ubat ini  selepas mendengar pernyataan oleh Donald Trump.

Sumber: CNN

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Suami Mati, Isteri Kritikal Lepas Telan Klorokuin Kerana Ikut Nasihat Trump Di Televisyen

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Country ...

Jumlah kes

...+ 0 Hari ini

Jumlah sembuh

...

Jumlah kematian

...+ 0 Hari ini

Jumlah kritikal

...

Untuk ketahui update terkini mengenai Covid-19