Pernahkah ibu ayah ambil tahu tentang kandungan bahan kimia berbahaya yang mungkin ada dalam alat permainan anak?
Bermain merupakan keperluan asas kanak-kanak. Ia sebenarnya sama penting dengan keperluan untuk perkembangan lain seperti aktiviti makan dan tidur.
Mainan untuk kanak-kanak seharusnya memberi inspirasi kepada imaginasi dan kreativiti, dan ia juga mesti bebas daripada toksik. Ini kerana bayi dan anak-anak boleh berisiko untuk memasukkan alat mainan dalam mulut.
4 Bahan Kimia Yang Mungkin Ada Dalam Mainan Anak
Sebelum membeli mainan untuk anak, ibu ayah harus baca dulu label. Ini bagi memastikan alat mainan tersebut tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya yang boleh memberi risiko kepada kesihatan si kecil.
Ada 4 kumpulan bahan kimia yang sering digunakan dalam menghasilkan produk mainan yang menimbulkan kebimbangan seperti:
#1 Phthalates
Phtalates merupakan bahan kimia yang diguna untuk melembutkan plastik PVC dan sering ditemui dalam mainan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan phthalates boleh terkumpul dalam badan manakala ujian ke atas haiwan menunjukkan bahan kimia ini boleh merosakkan perkembangan organ reproduktif!
Akibat hasil kajian ini, penggunaan bahan kimia phtalates kini telah diharamkan untuk pembuatan alatan mainan kanak-kanak walaupun dahulunya ia digunakan dalam penghasilan mainan bayi, puting kosong dan mainan tumbuh gigi.
#2 Sebatian Organotin
Bahan kimia ini digunakan sebagai penstabil dalam PVC. Ia ditemui dalam lantai vinil dan mainan PVC yang lebih keras. Malangnya bahan ini didapati menyebabkan perubahan hormon dalam haiwan.
#3 Bisphenol A (BPA)
Bisphenol dikatakan mengganggu sistem hormon badan, malah dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes. Di Malaysia, sebarang penjualan botol susu bayi yang mengandungi BPA juga diharamkan.
Bahan kimia ini digunakan dalam pembuatan cawan dan mainan plastik, dan untuk menyalut tin makanan dan penutup botol daripada metal. BPA membantu untuk membuat plastik berwarna cerah dan tidak mudah pecah.
#4 Bahan Kalis Api Berbromin
Bahan kimia ini digunakan untuk memproses pakaian, kelengkapan, kereta dan kerusi tolak, tilam termasuk tilam kot, untuk mengurangkan risiko mainan mudah terbakar.
Kajian telah menunjukkan bahan kimia ini boleh luluh keluar dan diserap ke dalam badan malah telah ditemui dalam darah dan susu ibu!
Ujian ke atas haiwan telah mengaitkannya dengan ketakupayaan pembelajaran, kanser, keguguran dan perubahan dalam sistem pertahanan badan. Penggunaan yang salah juga boleh menyebabkan gangguan hormon.
Tips Memilih Alat Permainan Kanak-Kanak Bebas Dari Bahan Kimia Berbahaya
Produk kanak-kanak yang bebas daripada bahan-bahan kimia ini biasanya mempunyai label yang menyatakan ia bebas daripada bahan-bahan tersebut.
Tetapi pengilang tidak diwajibkan untuk menyatakan jenis atau nama bahan kimia yang ada dalam produk.
Cara alternatif yang boleh anda lakukan adalah:
- Cari mainan semula jadi yang diperbuat daripada kayu unfinished, alami, tidak beracun dan sebaik-baiknya diperbuat daripada kayu keras yang dihasilkan secara mampan.
- Kayu tersebut haruslah menggunakan cat minyak semulajadi, seperti biji rami, lilin, atau minyak walnut.
- Berwaspada untuk pelapis atau cat pada mainan logam atau kayu kerana kemasan ini boleh mengandungi plumbum dan bahan kimia lain.
- Papan lapis atau papan partikel boleh mengandungi formaldehid dan mempunyai gam toksik supaya pastikan kayu padu.
- Mainan haiwan dan mainan fabrik seharusnya diperbuat daripada jenis serat semulajadi yang tidak dirawat, seelokknya kapas organik dengan pewarna semulajadi. Mainan kain yang paling lembut atau haiwan boneka biasanya dibuat dengan bahan sintetik yang dirawat dengan pelbagai bahan kimia toksik untuk menjadikannya tahan api atau tahan lama.
- Buku-buku plastik, mainan plastik atau getah mungkin dibuat dari vinil (PVC) dan tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
- Jangan beli mainan daripada PVC atau periksa dengan pengilang dahulu untuk melihat samada ia mengandungi sebatian phthalates atau organotin.
- Jika anda masih khuatir, hubungi talian khidmat pelanggan pengilang produk maklumat lanjut.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: healthychild / babycenter
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkeselamatan-produk-bayi