Ketika si manja mula memasuki usia 12 bulan, rata-rata ibu akan teruja untuk melihat anak kecil berjalan. Malah ada yang sanggup membeli baby walker bagi memudahkannya bergerak. Namun tahukah anda akan keburukan baby walker dalam proses perkembangan bayi?
Bukan itu sahaja, ramai doktor pakar tidak menggalakkan penggunaannya kerana memberikan banyak kemudaratan terhadap fizikal bayi.
Keburukan baby walker terhadap proses perkembangan bayi
Hampir setiap hari Hospital Kecemasan di Amerika Syarikat menerima beribu-ribu bayi yang cedera akibat penggunaan baby walker. Bukan itu sahaja di Hong Kong, ada bayi yang hampir meninggal dunia disebabkannya!
Menurut satu kajian dalam jurnal pediatrik, lebih 200,000 kanak-kanak bawah umur 15 tahun dirawat di jabatan kecemasan hospital US kerana mengalami patah tulang, gegaran otak dan kecederaan lain.
Atas sebab tersebut, pakar kanak-kanak mendesak ibu bapa supaya tidak membeli atau menggunakan baby walker pada anak-anak.
Menurut Dr Benjamin Hoffman, beliau melihat terdapatnya bahaya baby walker pada kanak-kanak dan ia tidak boleh dijual di Amerika Syarikat sama sekali.
Keburukan baby walker, ini fungsi sebenar alatan ini
Baby walker direka untuk membantu bayi yang masih tak dapat berjalan supaya mereka boleh bergerak. Alat ini juga dilengkapi dengan permainan bahagian hadapannya dan beroda empat.
Walau bagaimanapun, bergerak tanpa kawalan pada empat roda dan bukannya dengan kaki mereka sendiri boleh menyebabkan bahaya yang tidak disangka.
Bahaya baby walker ini boleh jadi jika kepala bayi terhantuk ke dinding atau tepi perabot tajam yang ada di dalam rumah.
Mengimas kembali pada tahun 2010, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna di US meminta lebih banyak ciri-ciri keselamatan pada baby walker ini seperti brek.
Bahkan, ia dapat membantu mengurangkan bilangan bayi yang tercedera di hospital.
Atas sebab itu juga, ahli pediatrik di sana menentang keras produk tersebut dijual di mana-mana pasaraya kerana tiada manfaat pada kanak-kanak.
Bahaya baby walker boleh membantutkan perkembangan bayi
Ramai ibu bapa yang menggunakan baby walker percaya ia dapat membantu perkembangan bayi terutamanya mempercepatkan anak berjalan.
Akan tetapi, memaksa bayi berjalan sebelum waktunya boleh menyebabkan lebih banyak keburukan berbanding manfaat.
Bayi belajar berjalan apabila otot dan keseimbangan tubuhnya sudah cukup kuat, dan sebagai ibu bapa anda harus memerhati bagaimana kedua-dua kakinya bergerak.
Ketika berada dalam baby walker, penggunaan kaki bayi akan dihalang oleh tray. Malah ia juga menyebabkan motor kasar bayi juga terbantut.
Bagaimana nak ajar anak berjalan tanpa baby walker?
Sekarang cukup jelas terdapat bahaya baby walker ini. Berikut merupakan beberapa cara bagi menggalakkan bayi berjalan tanpa menggunakan alat ini.
1 – Biarkan dia duduk tanpa sebarang alat bantuan
- Pertamanya, biarkan si kecil anda duduk tanpa sokongan atau bantuan daripada mana-mana alat tertentu. Tapi, pastikan anda berada berdekatan dengannya.
- Kaki anak sepatutnya dapat sentuh lantai supaya dapat menolak dengan pinggul dan lututnya pada sudut tegak lurus.
- Apabila dia mencapai kedudukan tersebut, mintanya untuk mengambil mainan di atas lantai dan kemudian duduk di atas bangku.
- Ada boleh pelbagaikan mainan bagi meningkatkan penggunaan otot anak.
2 – Tunjukkan barang/benda yang boleh menarik perhatiannya
- Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan kepala dan leher bayi untuk bergerak.
- Selain otot kaki, otot belakang juga berperanan penting dalam membantu bayi berjalan.
- Salah satu perkara lagi, ibu bapa biarkan bayi meniarap. Dengan cara ini, bayi boleh belajar bagaimana mengawal otot badan mereka sekaligus boleh berjalan dengan cepat.
3 – Menyediakan mainan tolak dan tarik
- Anda boleh menyediakan mainan tolak dan tarik yang boleh membantu bayi berjalan.
- Dengan mainan ini, anak kecil belajar bagaimana untuk berdiri, bergerak dan mengekalkan keseimbangan mereka. Sekaligus, anda akan dapat melihat anak berdiri sendiri tanpa sebarang bantuan.
4 – Biarkan bayi berjalan tanpa kasut
- Bagi membantu anak anda cepat belajar, biarkan dia berjalan dengan kaki kosong tanpa kasut atau stokin.
- Hal ini kerana, apabila berkaki kosong tanpa kasut. Si kecil dapat menahan permukaan lantai dengan lebih baik berbanding ketika memakainya.
5 – Bantu anak anda berjalan
- Bantu anak berjalan dengan cara memegang tangannya dan menarik lengan si kecil ke hadapan.
- Anda perlu sentiasa melakukan prosedur ini sehingga bayi sudah pandai berjalan tanpa bantuan anda lagi.
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Baby Walker Banyak Keburukannya, Lebih Baik Anda Guna 4 Pengganti Baby Walker Ini
Baca juga: Bayi 8 Bulan Kritikal Lepas Jatuh Dalam Air Ketika Main Dengan Baby Walker
Baca juga: Walker Untuk Bayi Boleh Jejas Perkembangan Motor & Mental Bayi- Pakar