Pakai Deodorant Ketika Hamil: Selamat Atau Boleh Sebabkan Kanser?

lead image

Adakah selamat wanita hamil memakai deodorant atau ia boleh mengundang bahaya yang tak disangka?

Kebanyakan ibu yang sedang sarat hamil pasti akan suka meletakkan deodorant di bahagian ketiak bagi menghilangkan bau busuk. Persoalannya: selamat ke dan apakah bahaya deodorant pada ibu hamil? 

Kita sedia maklum, wanita hamil mempunyai deria bau yang sangat tajam hingga menyebabkan mereka tak boleh bau busuk sama ada pada suami atau diri sendiri. 

Atas sebab itu, ada segelintir ibu hamil suka menyapu deodorant di bahagian ketiak tanpa tahu adakah ia selamat atau sebaliknya. 

Bahaya deodorant pada ibu hamil 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/the list.jpg Pakai Deodorant Ketika Hamil: Selamat Atau Boleh Sebabkan Kanser?

Kredit : the list

Menurut Dr. Nadia Nurotul Fuadah, deodorant asalnya mengandungi aluminium klorida dan paraben.

Aluminium klorida berfungsi untuk menurunkan oleh kelenjar keringat dalam tubuh. Manakala paraben pula menjaga molekul dalam deodorant supaya ia lebih stabil dan tahan lama. 

Apa yang dikatakan bahaya deodorant ini adalah kerana kandungan paraben di dalamnya.

Banyak kajian menyebut, paraben boleh memiliki kesan serupa dengan hormon estrogen di mana jika diguna secara berlebihan, ia boleh menyebabkan proliferasi sel yang menjadi punca kanser.

Paraben juga menyebabkan mutasi DNA yang mengakibatkan sel berkembang menjadi abnormal

Walau bagaimanapun, Dr. Nadia menambah, meskipun banyak sangkaan negatif terhadap bahaya deodorant pada ibu hamil, namun hingga kini belum ada penelitian yang membuktikan kebenaran tentang perkara tersebut. 

Hal ini kerana, tiada larangan khusus dibuat bagi melarang wanita hamil menggunakan deodorant. Apatah lagi, pihak Food and Drug Administration FDA sendiri tidak melarang penggunaan deodorant. 

Bahaya deodorant – Pilih produk tanpa bahan paraben 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/bodyhonee.com .jpg Pakai Deodorant Ketika Hamil: Selamat Atau Boleh Sebabkan Kanser?

Kredit : Bodyhonee

Namun begitu, tidak salah untuk anda berhati-hati dengan cara mengamati setiap kandungan bahan dalam deodorant secara konsisten

Apa yang anda boleh lakukan adalah pilih deodorant yang bebas paraben bagi menghindari risiko dan kesan sampingannya. 

Bagi bantu mencegah bau badan, anda boleh melakukannya secara semula jadi seperti mandi secara teratur, guna sabun yang sesuai dan memakai pakaian longgar yang boleh menyerap peluh. 

Tips hilangkan bau badan ketika hamil

  • Banyak amalkan makan buah dan sayur-sayuran yang dipercayai boleh mengatasi bau badan. 
  • Hindari makan bawang putih, bawang merah, daging dan makanan pedas kerana ia dapat memicu bau badan yang kurang menyenangkan. 
  • Melakukan senaman ringan supaya dapat mendorong peluh keluar dari dalam tubuh seterusnya bantu bau badan hilang. 
  • Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih setiap hari bagi mencegah dehidrasi dan menjaga suhu tubuh. 
  • Jaga kebersihan tubuh dengan mandi dua kali sehari dan bersihkan kotoran di sekitar ketiak, celah kelangkang, vagina dan lain-lain. 
  • Pakai bedak anti bakteria seusai mandi supaya tubuh lebih segar dan berbau harum.
  • Guna pakaian longgar supaya tubuh tidak berpeluh dan adanya udara. 
  • Mandi dengan campuran air limau nipis yang mampu mencegah bau badan ketika hamil. 

Justeru, penggunaan deodorant tidaklah membahayakan pada ibu hamil asalkan anda elak dari guna bahan yang terkandung paraben terlalu tinggi. 

Sepanjang hamil itu sebaiknya elakkan penggunaan bahan kimia yang terlalu banyak kerana mungkin boleh ganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. 

Semoga artikel ini memberi penjelasan yang jelas buat anda. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Medical Express

Sumber : Alodokter, Yahoo LifestyleIbu dan mama 

Baca juga: 

Teknologi gadjet ganggu kesihatan ibu hamil dan menjejaskan bayi dalam kandungan!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!