Tidur dengan telefon di tangan atau bawah bantal mungkin perkara yang sangat biasa kita lakukan. Namun tahukah anda bahaya handphone jika diletakkan terlalu dekat dengan kepala anak terutamanya bayi berusia bawah 6 bulan?
Bahaya handphone letak dekat kepala anak, boleh jejaskan perkembangan minda si manja
Menurut perkongsian facebook Cahaya Mata, sedar atau tidak perkara ini memang selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita.
Zaman perhubungan dan hiburan kini berada di hujung jari. Ramai ibu ayah yang tidurkan anak atau susukan bayi sambil scroll handphone untuk melihat perkembangan terbaharu.
Adakalanya mungkin sampai tertidur dan apabila sedar, telefon sudah berada dekat di bahagian kepala anak.
Radiasi jejas sel otak untuk berkembang
Nampak macam kesalahan biasa, namun kesannya sangat tinggi kepada perkembangan bayi.Mengapa harus elakkan letak di kepala? Ia kerana radiasi daripada isyarat telefon pintar sangat bahaya lebih-lebih lagi kepada anak kecil.
Hal ini kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang terutama bagi bayi berusia 6 bulan ke bawah.
Antara risiko lain kesan daripada terdedah kepada radiasi ini termasuklah:
Semua risiko ini bukan saja bahaya untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga. Justeru selesaikanlah semua urusan berkaitan telefon sebelum tidur.
Selain itu, matikan juga data atau sambungan wifi dan letakkan telefon anda jauh dari tempat tidur terutama bahagian kepala. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Biar Anak Tengok TV Saja, Ibu Tetapkan Aktiviti Di Rumah Supaya Sel Otak Berkembang
Baca juga: Jangan Marah Kalau Anak Terlalu Buas, Itu Maksudnya Sel Otak Sedang Aktif & Berkembang!
Baca juga: Sel otak anak sedang berhubung kalau dia aktif melompat, memanjat — ibu kena banyak sabar…