Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?

lead image

Bila nurse nak ambil paras bacaan HB, mesti ada ibu yang bimbang kalau bacaannya rendah. Takut terjadi apa-apa pada kesihatan ibu dan tahap kesihatan bayi dalam kandungan!

Apabila berbadan dua dan melakukan check up bulanan di Klinik Kesihatan, paras serta bacaan hemoglobin (HB) paling diambil berat. Hal ini kerana bahaya HB rendah yang boleh menyebabkan ibu menghidapi anemia atau komplikasi lain. 

Ada tiga perkara yang doktor atau jururawat akan periksa ketika check up bulanan. Pertama, bacaan tekanan darah, kedua warna air kencing dan ketiga adalah bacaan HB.

Bahaya HB rendah ini adalah kerana ia mampu membawa penyakit anemia lalu mengganggu bayi dalam kandungan seperti kelahiran pra matang dan berat bayi tak mencukupi. 

Manakala bahaya HB rendah pada ibu pula seperti sentiasa lemah, mudah pening dan berkemungkinan mengalami komplikasi saat melahirkan nanti. 

Apa yang dimaksudkan dengan HB rendah? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/anemia semasa hamil.jpg Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?

Ibu yang baru saja berbadan dua tentu tertanya-tanya apa itu HB? Mari saya terangkan lebih lanjut. 

Hemoglobin atau HB ini merupakan protein dalam darah merah yang membawa oksigen dan ia disalurkan ke seluruh tubuh badan. 

Paras normal HB antara 12 hingga 15g/dl. Tapi biasanya bila megandung, paras HB ibu normal sedikit rendah iaitu 11 ke 12g/dl. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon tatkala berbadan dua. 

Namun begitu, bahaya HB rendah adalah bila bacaan menjadi kurang dari 11g/dl. 

Bahaya HB rendah: Punca mengapa HB rendah 

Ada beberapa faktor yang menjadi punca HB rendah seperti:

  • Ibu penghidap thalassemia 
  • Kurang pengambilan zat besi, folat dan vitamin B 
  • Berlakunya perubahan hormon pada ibu hamil 
  • Berlaku kemalangan atau pendarahan hingga ibu kehilangan banyak darah 

Bahaya HB rendah dan risikonya pada ibu hamil 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Cloning V5.jpg Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?

Kredit: Cloning – v5

  • Pening, pitam dan kepala berpusing-pusing 
  • Pendarahan ketika hamil dan semasa bersalin 
  • Degupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko alami kegagalan jantung 
  • Sentiasa mengantuk dan lemah tubuh badan 
  • Keguguran
  • Jangkitan kuman 
  • Sukar meneran ketika bersalin lalu menjadi punca bayi lemas 

Bahaya HB rendah berserta risikonya pada bayi 

  • Pembentukan bayi tak sempurna atau terbantut 
  • Kurang berat badan 
  • Bayi lahir tak cukup umur 
  • Stillbirth atau bayi lahir meninggal dunia atau bayi mati dalam perut
  • Otak bayi berfungsi dengan lemah 

Jadi, sebab itu jururawat akan berleter panjang bila HB ibu rendah. Sebaiknya, anda amalkan pemakanan yang boleh menaikkan semula bacaan HB ini. 

Langkah-langkah mencegah bahaya HB rendah 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Tanda Anemia Pada Bayi.jpg Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?

Memang menjadi kalaziman apabila berbadan dua, ibu biasanya kurang makan kerana alahan. Makan sikit mudah muntah dan keluar balik apa yang ditelan. 

Walaupun tak lalu makan, ibu harus memastkan vitamin yang dibekalkan pihak klinik diambil mengikut nasihat doktor. Bahkan, vitamin yang dibekalkan itu bukan hanya untuk ibu saja, tapi buat bayi dalam kandungan juga.

Kemudian ibu perlu memperbanyakkan makan daging, telur produk tenusu, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran untuk mencegah bahaya HB rendah ini.

Semoga perkongsian ini memberikan anda manfaat untuk lebih menjaga kesihatan dan pemakanan dengan baik sebelum kehamilan seterusnya.

Kemudian, ketika hamil pastinya masalah HB rendah dapat dielak. Semoga bermanfaat dan kongsikan artikel ini di laman socmed anda. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ummitiqah

Baca juga

Jenis darah anda boleh jadi penyumbang kepada 5 masalah kesihatan ini!