Haiwan peliharaan seperti kucing memang sangat disukai oleh masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tapi tahukah anda tentang bahaya kucing ini pada wanita yang sedang mengandung?
Sebelum itu, kucing antara haiwan yang cukup disukai kerana kecomelannya, kelucuan dan menghiburkan hati.
Meskipun kucing boleh menggembirakan hati si pemiliknya namun sebenarnya ada bahaya kucing bagi ibu hamil. Namun, pada hakikatnya ramai masyarakat masih tidak tahu tentang fakta ini dan akan kami kongsikan hari ini.
Berikut ini adalah beberapa sebab mengapa kucing berbahaya bagi wanita hamil.
Bahaya kucing bagi wanita hamil
#1. Mudah dijangkiti virus tokso
Risiko terbesar yang mudah terkena pada ibu hamil jika selalu bermain dengan kucing adalah virus tokso.
Virus tokso ini boleh menyebabkan janin meninggal dalam kandungan dan menyebabkan seseorang wanita mengalami kesukaran untuk mengandung.
Kematian janin itu boleh berlaku sama ada semasa dalam kandungan ataupun ketika dilahirkan ibunya. Jadi hati-hati ya!
#2. Menyebabkan keguguran
Seperti point pertama tadi, kotoran kucing mengandungi parasit tokso yang boleh mengakibatkan ibu hamil mengalami keguguran.
Hal ini kerana, kotoran kucing itu boleh memberi kesan buruk pada janin dalam kandungan sehingga janin tak mampu bertahan lama.
#3. Kecacatan janin
Walaubagaimanapun, tidak semua kucing menularkan virus tokso ini tapi kucing yang suka makan tikus lebih mudah dijangkiti dengan virus ini.
Jadi, jika ibu hamil menyentuh kotoran kucing untuk membuangnya mereka bisa terkena virus ini lantas berisiko pada kecacatan janin.
#4. Merosakkan organ mata bayi
Antara cacat yang boleh dialami bayi adalah pada organ matanya. Semuanya kerana parasit tokso yang ada pada kucing hingga memberi kesan buruk pada mata si kecil selepas dilahirkan kelak.
#5. Kerosakan otak
Jika virus tersebut sampai ke otak bayi ia juga berisiko untuk mengalami kerosakan pada bahagian otak.
Misalnya bayi akan menghidap down sindrim atau kemampuan belajar yang agak perlahan.
#6. Selsema yang berpanjangan
Infeksi ringan yang mudah dialami ibu hamil adalah mengalami selsema yang berpanjangan sepanjang kehamilan.
Ia berlaku kerana virus tersebut menyebabkan sistem imun menurun hingga ibu mengalami selsema.
#7. Cepat penat
Angkara virus tersebut akan menyebabkan ibu cepat penat kerana ia telah menyerang sistem imun tubuh ibu. Malah kekadang membuatkan ibu rasa penat untuk melakukan aktiviti selama hamil.
#8. Demam dan sakit tekak
Demam juga adalah berpunca dari virus tokso yang ada pada kucing hingga menimbulkan gejala penyakit yang sebenar.
Selain itu, ibu juga akan mengalami sakit tekak hingga menyebabkan anda susah nak telan makanan, minum air pun rasa sakit tekak dan sebagainya.
#9. Mata juling
Selain pada itu, virus yang ada pada kucing juga boleh membuatkan bayi mengalami mata juling kerana ia telah menyerang pada saraf mata si kecil.
#10. Pekak telinga
Akhir sekali, kesan buruk virus tokso pada kucing juga boleh menyebabkan masalah pendengaran pada bayi selepas dilahirkan.
Cara memeliharan kucing peliharaan semasa hamil
Usah bimbang dengan maklumat tadi kerana jika anda mengamalkan langkah- langkah pencegahan yang betul tentunya ia dapat mengurangkan risiko buruk pada kehamilan anda.
Berikut ini adalah cara memelihara kucing peliharan semasa hamil
- Hindari dari memegang atau membersihkan kotoran kucing dan sebaiknya minta bantuan daripada orang lain.
- Sekiranya tidak ada sesiapa yang dapat membantu membersihkan kotoran kucing, ibu digalakkan memakai sarung tangan dan penutup mulut supaya tidak bersentuhan langsung dengan kotoran tersebut. Selepas itu, cuci tangan anda dengan sabun hingga betul-betul bersih.
- Membersihkan rumah kucing secara teratur agar terhindar dari terkena wabak tokso.
- Berikan kucing dengan makanan khusus yang terbaik untuknya dan elakkan memberi makanan mentah kerana virus itu boleh didapati dalam makanan mentah yang tidak dimasak sempurna.
- Sediakan ruang khas untuk kucing bermain dan jangan biarkan dia tidur atas katil anda bagi mengelak wabak ini tersebar
- Jangan sesekali memelihara kucing liar yang di jalanan jika anda temui dan membawanya balik ke rumah kerana tidak tahu tahap kebersihan haiwan tersebut.
- Selalu mencuci tangan dengan lebih kerap menggunakan antiseptik dan sabun agar dapat membunuh kuman yang mungkin melekat pada tangan anda.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia