Wanita Sarat Hamil Dibunuh & Bayi Diambil Ketika COD Barang Bayi, Waspada Dengan Urusan Online Anda!

Mayat gadis tersebut yang hamil 9 bulan ditemui beberapa minggu selepas kejadian.

Media sosial merupakan platform yang mudah untuk orang ramai menjalankan urus niaga, terutamanya bagi yang tidak sempat untuk membeli-belah. Namun, tahukah anda bahaya media sosial yang boleh membawa maut?

Masyarakat seluruh dunia boleh berhubung dengan pantas dan mudah dengan adanya media sosial. Tetapi risiko yang diambil terutamanya bagi urusan berniaga sangat besar, terutamanya apabila melibatkan orang asing yang tidak diketahui agendanya.

Inilah yang berlaku kepada seorang ibu hamil yang dibunuh oleh wanita yang kononnya menawarkan baju bayi percuma untuknya...

Bahaya Media Sosial: Wanita Hamil Dibunuh dan Diambil Bayi Dari Rahimnya

Dalam kejadian pada 23 April lalu, mangsa Marlen Ochoa-Lopez, 19, berurusan di media sosial bagi mendapatkan barangan bayi yang perlu diambil sendiri di rumah suspek.

Keluarga mangsa percaya  mangsa pergi ke rumah berkenaan selepas seorang wanita menawarkan kereta sorong dan pakaian bayi di laman Facebook dikenali "Help A Sister Out".

Sebaik sahaja tiba, suspek telah bertindak membunuh mangsa dengan mencekiknya dengan kabel, dan mengeluarkan bayi dari rahim mangsa dengan memotong perutnya! Kejamnya!

Jurucakap Jabatan Bomba Chicago berkata, pasukan paramedik menerima panggilan daripada seorang individu sekitar jam 6 petang waktu tempatan pada hari yang sama, mendakwa seorang bayi mengalami masalah pernafasan.

Bahaya Media Sosial: Mayat Mangsa Ditemui Di Rumah Tertuduh

Pada 7 Mei, penyiasat dapat mengaitkan kehilangan mangsa, Ochoa-Lopez. Seorang rakannya memberitahu penyiasat  Ochoa-Lopez telah menjadi sebahagian daripada kumpulan Facebook untuk ibu-ibu, dan penyiasat mendapati terdapat komunikasi mangsa dengan suspek, Figueroa, dan rancangan mereka untuk bertemu.

Suspek disoal siasat dan polis mendapati DNA bayi tidak sama dengannya yang mendakwa adalah ibu kepada si kecil tersebut!

Sadisnya apabila siasatan mendapati kegiatan keji tersebut turut dibantu anak perempuan suspek yang berusia 24 tahun, dan mereka bercadang untuk membesarkan bayi itu bersama-sama.

Namun akhirnya 3 minggu selepas kejadian, mayat mangsa telah ditemui di belakang rumah suspek. Sejurus penemuan mayat tersebut, 3 individu telah ditahan oleh pihak polis termasuk teman lelaki anak perempuannya.

Bahaya Media Sosial: Langkah Keselamatan Ketika Berurusan Dengan Orang Asing 

Walaupun penggunaan media sosial memudahkan urusan seharian kita, harus diingatkan yang masyarakat seluruh dunia menggunakannnya. Ini bermaksud masyarakat dari pelbagai latar belakang dan personaliti, termasuklah penjenayah, berada berdekatan kita hanya melalui 1 akaun media sosial.

Jadi sebelum melakukan sebarang urusan dengan sesiapa sahaja menerusi media sosial, terutamanya jika anda perlu bertemu dengannya, lakukan beberapa langkah keselamatan di bawah:

  1. Pastikan lokasi pertemuan anda di kawasan awam yang ada ramai orang.
  2. Bawa rakan untuk menemani anda.
  3. Beritahu ahli keluarga lokasi yang anda dituju sebelum berjumpa kenalan baru anda.
  4. Pastikan telefon bimbit anda sentiasa bersama, dan cas bateri sehingga penuh terlebih dahulu.
  5.  Selepas selesai urusan, pulang ke rumah dengan kadar segera.  Jangan panjangkan perbualan.

Semoga bermanfaat.

Apakah cara berpatang bagi wanita keguguran?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Penulis

Beto Rahman