X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tuduh Anak Bukan 'Benih' Sendiri, Ini Cara Buat Ujian DNA Atau Paternity Test Untuk Sahkan Identiti

7 min bacaan
Tuduh Anak Bukan 'Benih' Sendiri, Ini Cara Buat Ujian DNA Atau Paternity Test Untuk Sahkan Identiti

Ujian DNA perlu dilakukan kerana 99.99% peratus ketepatan dapat ditentukan setelah melakukan ujian tersebut!

Selalu kita dihidangkan dalam drama televisyen yang menyaksikan bapa kandung berkeras tidak mahu menjadi wali anak perempuan kerana merasakan anak tersebut bukan anak kandungnya. Sebab itu, paternity test Malaysia perlu dilakukan supaya kes sebegini tidak terus membelenggu keluarga dan anak-anak. 

Bahkan kisah begini bukan hanya dalam drama sahaja, tetapi di dunia realiti juga ramai wanita yang turut dihimpit dengan permasalahan yang sama.  

Untuk mencari jawapan dan meyakinkan si ayah, maka ia boleh dilakukan melalui ujian DNA test supaya dapat mengesahkan status anak sama ada mereka anak kandung atau tidak. 

DNA test Malaysia merupakan kaedah paling tepat dalam penentuan hubungan antara ibu atau bapa kandung dengan anak. 

Ujian tersebut memberi ketepatan sehingga 99.99% sekiranya individu diuji adalah bapa atau ibu kandung kepada anak berkenaan tetapi keputusan boleh jadi 0 peratus jika mereka tiada kaitan secara biologi. 

▲▼Isi Kandungan

  • Paternity Test Malaysia – Apakah Paterniti DNA? 
  • Bahan yang diperlukan untuk paternity test Malaysia
  • Prosedur untuk melakukan paternity test Malaysia
  • Senarai lokasi tersedia khidmat paternity test Malaysia

Paternity Test Malaysia – Apakah Paterniti DNA? 

paternity test Malaysia, paternity test, ujian paterniti, ujian DNA, ujian DNA anak, ujian DNA bapa, ujian DNA Ibu, ujian paterniti di Malaysia, jenis jenis ujian DNA

Ujian paterniti bermaksud ujian yang mengesahkan hubungan antara bapa dan anak yang biasanya dijalankan untuk memastikan atau mengecualikan bapa biologikal seseorang anak. 

Ujian yang dijalankan adalah tepat, cepat dan memerlukan kos yang berpatutan dengan kuasa ketepatan hampir 99.9999%. 

Selain itu, ujian ini juga boleh dijalankan ke atas individu meliputi peringkat umur dan kaedah yang diterima oleh komuniti undang-undang dan sains bagi menentukan identiti individu. 

Paternity test Malaysia boleh dijalankan melalui Jabatan Kimia Negara, hospital dan klinik swasta yang bertauliah dalam menentukan DNA seseorang!

Bahan yang diperlukan untuk paternity test Malaysia

  • Sekurang-kurangnya 2 ml sampel darah atau swab mulut (sampel dari setiap individu) diperlukan dan ia akan disimpan dalam tiub EDTA. 
  • Sampel tersebut perlu disimpan dan dilabel dengan jelas nama, nombor dan tarikh sampel diambil. 
  • Semua sampel yang diserah mestilah disertakan surat permohonan ujian paterniti dan bayaran analisis. 
  • Sampel mesti dihantar menggunakan syarikat penghantar atau diserahkan segera ke Kimia Malaysia. 

Berapa kos yang diperlukan? 

paternity test Malaysia, paternity test, ujian paterniti, ujian DNA, ujian DNA anak, ujian DNA bapa, ujian DNA Ibu, ujian paterniti di Malaysia, jenis jenis ujian DNA

Kos untuk setiap DNA Test Malaysia adalah RM1500 (dua sampel) dan RM200 (sampel tambahan). Bayaran penuh harus dibuat semasa penyerahan sampel dengan menggunakan cek berpalang/draf bank/ kiriman wang kepada Ketua Pengarah Kimia Malaysia. 

Jenis ujian DNA yang berkaitan 

  • Ujian Materniti – Memberi kesimpulan berkaitan dengan ibu. 
  • Ujian Penentuan Keturunan – Bagi menentukan sama ada seseorang itu adalah datuk/nenek sebenar kepada seseorang kanak-kanak. 
  • Ujian Hubungan Adik-beradik – Menentukan perhubungan adik beradik. 
  • Pengenalpastian identiti – Bagi menentukan identiti seseorang individu atau mayat yang tidak dikenalpasti. 

Walau bagaimanapun, sampel lain seperti rambut dan kuku juga boleh digunakan sekiranya tiada pilihan, dan ujian ini juga boleh dilakukan pada bayi yang belum lahir. 

Namun, prosedur tersebut iaitu mengambil sampel DNA bayi melalui amniocentesis dan chorionic villus sampling mempunyai risiko kepada kandungan, jadi, doktor perlu mendapat kebenaran ibu sebelum ujian dilaksanakan. 

Prosedur untuk melakukan paternity test Malaysia

Terdapat beberapa prosedur penghantaran sampel untuk menjalani ujian DNA bagi orang awam atau persendirian iaitu melalui:

Jabatan Kimia Malaysia

  • Muat turun borang permohonan ujian DNA dan borang pemungutan spesimen darah dari laman web Jabatan Kimia Malaysia.
  • Spesimen darah bapa/ibu/adik beradik kandung diambil dari mana-mana hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pastikan pihak doktor menulis nama dan no kad pengenalan/nombor surat beranak dengan betul pada setiap tiub spesimen darah yang diambil dan pada borang pemungutan spesimen darah.
  • Sekurang-kurangnya 1ml spesimen darah diperlukan bagi setiap individu dan disimpan ke dalam tiub EDTA.
  • Isi borang permohonan ujian DNA dan bawa atau pos spesimen darah, borang pemungutan spesimen darah, borang permohonan DNA dan bayaran ke Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.
  • Bayaran yang dikenakan adalah RM1,500 bagi dua sampel dan RM 200 bagi setiap sampel tambahan.
  • Keputusan dan laporan kimia akan dikeluarkan dalam masa 25 hari dari tarikh pendaftaran sampel. Laporan boleh diperolehi dengan mengambil sendiri di kaunter Forensik atau secara pos berdaftar.

Jabatan Pendaftaran Negara

  • Makluman secara surat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang meminta pemohon/subjek menjalani ujian DNA.
  • Spesimen darah bapa/ibu/adik beradik kandung diambil dari mana-mana hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan kehadiran Pengawai JPN.
  • Pastikan pihak doktor menulis nama dan no kad pengenalan/nombor surat beranak dengan betul pada setiap tiub spesimen darah yang diambil dan pada borang pemungutan spesimen darah.
  • Sekurang-kurangnya 1ml spesimen darah diperlukan bagi setiap individu dan disimpan ke dalam tiub EDTA.
  • Pegawai JPN membawa spesimen darah, borang pemungutan spesimen darah dan surat JPN ke Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.
  • Keputusan dan laporan kimia akan dikeluarkan dalam masa 25 hari dari tarikh pendaftaran sampel. Laporan boleh diperolehi dengan mengambil sendiri di kaunter Forensik atau secara pos berdaftar.

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia

  • Makluman secara surat rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang meminta tuan/puan dan anak menjalani DNA.
  • Muat turun borang permohonan ujian DNA dan borang pemungutan spesimen darah dari laman web Jabatan Kimia Malaysia.
  • Spesimen darah bapa/ibu/adik beradik kandung diambil dari mana-mana hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pastikan pihak doktor menulis nama dan no kad pengenalan/nombor surat beranak dengan betul pada setiap tiub spesimen darah yang diambil dan pada borang pemungutan spesimen darah.
  • Sekurang-kurangnya 1ml spesimen darah diperlukan bagi setiap individu dan disimpan ke dalam tiub EDTA.
  • Isi borang permohonan ujian DNA dan bawa atau pos spesimen darah, borang pemungutan spesimen darah, borang permohonan DNA dan bayaran ke Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.
  • Bayaran yang dikenakan adalah RM1,500 bagi dua sampel dan RM 200 bagi setiap sampel tambahan.
  • Keputusan dan laporan kimia akan dikeluarkan dalam masa 25 hari dari tarikh pendaftaran sampel. Laporan boleh diperolehi dengan mengambil sendiri di kaunter Forensik atau secara pos berdaftar.

Senarai lokasi tersedia khidmat paternity test Malaysia

Jika anda tercari-cari dimanakah lokasi yang menawarkan khidmat ujian DNA selain klinik kesihatan dan hospital kerajaan, kami senaraikan 5 klinik perubatan swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Bright Clinic

Alamat: A-01-09 Sunway Geo Avenue Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway, 47500, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 7 malam
Telefon:  016-932 3000
 
2. Klinik ARC
Alamat: 102, Jalan Gasing, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
Telefon: 03-7490 5490
 
3. Beleco Clinic
Alamat: G-27, Jalan Merbah 3, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 7 malam
Telefon: 012-455 4931
 
4. Klinik Dr. Wee
Alamat: 25, Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 7 malam
Telefon: 012-289 7855
 
4. Klinik MediVac
Alamat: 81G, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 6 pagi – 6 ptg
Telefon: 03-9130 6806

Pengesahan ujian paternity test Malaysia

Sampel yang diperoleh itu akan diterima makmal dan melalui beberapa proses seperti pengekstrakan DNA, polymerase chain reaction, (PCR) pengasingan fragmen telah diamplifikasi, analisis dan akhir sekali interpretasi data.

Sekiranya profil DNA anak menepati 50 peratus daripada profil DNA bapa (atau ibu) yang diuji, kiraan akan dibuat bagi mendapatkan nilai gabungan indeks paterniti dan kebarangkalian paterniti.

Namun, jika  lebih daripada dua penanda DNA pada anak tidak berpadanan dengan penanda DNA pada profil bapa yang diuji, maka individu tersebut akan dinyatakan sebagai bukan bapa kandung kepada anak tersebut dalam laporan yang dikeluarkan oleh makmal.

Dengan perkongsian ini diharap tiada pihak yang menyangkal keputusan ujian yang dikeluarkan oleh makmal kerana ia tepat dan melalui beberapa proses sebelum data dikeluarkan. Semoga penerangan ini membantu kalian. 

Suarakan pendapat anda!

Kimia.Gov, Utusan.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Pakej Ujian Genetik DNA Untuk Ketahui Risiko Bayi Waris Penyakit Genetik

Baca juga: Ujian Genetik (Genetic Testing) & Kesuburan Di Malaysia: Jenis Genetic Test & Kepentingan

Baca juga: 14 Jenis Ujian Pranatal & Saringan Penyakit Genetik Yang Ibu Hamil Digalak Ambil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tuduh Anak Bukan 'Benih' Sendiri, Ini Cara Buat Ujian DNA Atau Paternity Test Untuk Sahkan Identiti
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham