Tahukah anda kenapa bahaya minum bubble tea? Minuman ini bukan saja memiliki kandungan gula yang tinggi. Malah, pearl atau biji hitam yang didatangi dalam minuman juga boleh membawa risiko maut!
Di Asia, bubble tea adalah salah satu minuman kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi kerana kemanisan teh dan biji bubble yang boleh dikunyah.
Namun, seorang ibu dari China terpaksa mempelajari bahaya minum bubble tea dari pengalaman yang amat mengerikan. Ikuti pengalaman beliau yang ingin dikongsi sebagai amaran ini.
Bahaya minum bubble tea: Anak hampir maut
Jika anda selalu (atau kadang-kadang) membenarkan anak minum bubble tea, sila ingat peristiwa yang mengerikan ini.
Ia berlaku pada seorang kanak-kanak bernama Xiao Lin dari China. Kanak-kanak ini telah mengalami pneumonia, demam dan batuk selama hampir enam bulan!
Ibunya, Linlin tidak terlalu memikirkan risiko maut pada anaknya itu. Beliau hanya memberikan ubat. Ubat nyata mampu menenangkan anaknya, tapi tanda-tanda kesakitan masih tidak berkurang.
Xiao Lin batuk dengan teruk dan masih demam dengan suhu yang tinggi. Akan tetapi, dia tidak selesema!
Apabila mula risau dengan keadaan anaknya, Linlin terus membawa Xiao Lin ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.
Selepas doktor melakukan pemeriksaan endoskopi pada paru-parunya, mereka jumpa pearl hitam (dari bubble tea) yang tersekat pada paru-paru kanan kanak-kanak ini!
Bahaya minum bubble tea: Pearl hitam tidak dihadam
Doktor akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pada Xiao Lin. Apa yang mengejutkan – pearl ini kelihatan masih baru walaupun sudah enam bulan dalam paru-parunya.
Ini bermakna pearl hitam tersebut tidak dicerna sama sekali! Doktor yang bertugas menerangkan, paru-paru tidak merembeskan jus pencernaan.
Mekanisme perlindungan utama yang dilakukan paru-paru jika ada benda asing di dalamnya ialah dengan membungkus objek tersebut melalui rembesan.
Hal ini bermaksud, dari masa ke semasa, pearl hitam tersebut boleh semakin membesar dan mengancam nyawa! Sudahlah ia susah untuk dikesan!
Nasib baiklah Xiao Lin kini sudah semakin sihat. Lihat video di bawah untuk mengetahui tentang kejadian penuh.
Apa yang ibu bapa boleh belajar dari kisah ini?
Ibu Xiao Lin mengesahkan mungkin anaknya telah minum bubble tea berikut tanpa pengetahuannya. Yang lebih memburukkan keadaan, anaknya itu telah menghisap dan tercekik biji pearl hitam tersebut.
Kejadian ini merupakan satu amaran buat ibu bapa di luar sana tentang bahaya minum bubble tea dan makanan/minuman lain yang nampak macam “selamat”.
Hari ini, kami di theAsianparent turut akan memberi beberapa langkah keselamatan bagi mengelak kejadian seperti ini daripada berulang.
Langkah keselamatan untuk makanan dan minuman
1 – Untuk bayi dan anak kecil
- Potong makanan mereka kecil-kecil supaya tiada risiko tercekik
- Jangan bagi makanan yang boleh tercekik seperti gula-gula, kacang, biji bertih, chewing gum, marshmallows, jeli
- Jangan biar anak makan seorang diri. Anda kena pantau pemakanan mereka. Insiden bahaya minum bubble tea ini adalah kerana kecuaian
- Ajar pengasuh – Jika anda tinggalkan anak pada pengasuh, ajar mereka tentang risiko tercekik dan apa yang patut dibuat
- Dudukkan anak ketika makan
- Jangan bagi mereka mentega kacang – sebaliknya, sapukan mentega kacang di atas roti
2 – Untuk kanak-kanak yang lebih besar
- Sentiasa pantau aktiviti anak
- Ajar mereka untuk panggil anda jika ada sesuatu berlaku
- Ingat, umur bukan bermaksud mereka selamat. Anggur dan pearl dari bubble tea ada risiko tanpa mengira usia
- Jangan galakkan anak buat sesuatu ketika makan. Suruh mereka fokus pada makanan
Apa yang harus saya lakukan jika anak tercekik?
- Pertama sekali, tengok jika objek tersebut boleh dibawa keluar dari batuk. Galakkan anak untuk batuk bagi mengeluarkan objek.
- Jika gagal, anda boleh memaksa objek tersebut dari keluar. Caranya – suruh anak membongkok. Kemudian, anda tepuk sebanyak 5 kali di belakang anak. Selepas itu, cuba check mulutnya.
Lihat video ini untuk memahami bagaimana anda boleh menyelamatkan bayi yang tercekik:
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga: