Ibu Diminta Waspada 4 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Ini, Amat Membahayakan Si Manja!

Bahaya penyakit kanak-kanak yang kini sedang berlaku dan menunjukkan trend peningkatan mendadak. Ibu ayah disaran elakkan bawa anak keluar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah menjadi tanggungjawab ibu dan ayah supaya sentiasa cakna dan peka terhadap tahap kesihatan anak masing-masing. Ditambah lagi ketika ini terdapat kes jangkitan yang melibatkan golongan itu, ibu dan ayah juga wajib ambil tahu bahaya penyakit yang melibatkan kanak-kanak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bahaya penyakit kanak-kanak yang kini sedang berlaku, ibu waspada 4 jenis ini

Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Pediatrik Endokrinologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, Dr Rashdan Zaki Mohamed pada hantaran Facebook beliau, ini empat penyakit yang wajib ibu dan ayah ambil tahu. Jadi bersama-sama kita sentiasa cakna dengan keadaan kesihatan anak.

Bahaya penyakit kanak-kanak yang kini sedang berlaku, ibu waspada 4 jenis ini

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Rashdan Zaki, ini adalah senarai empat penyakit tersebut serta tanda-tanda yang perlu ibu ayah cakna dan peka.

1- Sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MIS-C)/ kawasaki

  • Komplikasi jangkitan Covid-19 (biasanya setelah 2 hingga 4 minggu jangkitan Covid-19).
  • Organ utama yang terjejas adalah jantung, namun organ lain juga boleh turut terjejas.
  • Tanda utama ialah demam berpanjangan, ruam merah, bibir merah/kering/merekah, mata merah, bengkak kalenjar limfa dan bengkak kaki/tangan.
  • Tanda lain ialah debar-debar, keletihan dan nampak tidak sihat keterlaluan.

2- Bahaya penyakit kanak-kanak: HFMD

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penyakit kaki, tangan, mulut.
  • Amat mudah berjangkit.
  • Boleh dapat komplikasi radang jantung (dan organ lain), namun kebiasaannya jangkitan ringan.
  • Tanda utama ialah ruam kaki/tangan, ulser mulut.
  • Sebabkan ada ulser mulut, anak kurang makan dan minum, membawa kepada kekeringan/dehidrasi.
  • Kes sekarang ini sedang meningkat.

3-RSV

  • Respiratory syncytial virus iaitu virus yang biasanya menyerang peparu dan salur/sistem pernafasan.
  • Jangkitan kuman pneumonia/bronchiolitis/wheeze.
  • Tanda utama ialah demam, sesak nafas, nafas laju/berbunyi.

4- Jenis penyakit baru kanak-kanak: Hepatitis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru umum.
  • Ada kebimbangan baharu yang mana jangkitan/radang pada hati (hepar/liver) dalam kalangan kanak-kanak.
  • Tanda utama ialah kekuningan pada kulit/mata (jaundice), loya, muntah, hilang selera makan, keletihan.
  • Punca utama masih dalam siasatan.

Semoga ia bermanfaat kepada ibu dan ayah serta memberi panduan dalam mengambil berat penyakit dan jangkitan yang sering dikaitkan dengan anak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Semua Penyakit Urticaria @ Ludah Jin Berpunca Alergik Makanan, Ini Jawapan Doktor!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Bayi Lelaki Disahkan Hidap Sawan Gen CACNA1E, Penyakit 'Rare' & Terpencil Di Dunia

Baca juga: Kekurangan Vitamin C Boleh Menyebabkan Penyakit Scurvy Serta Sawan, Guna Tips Saranan Doktor Ini Untuk Tambah Khasiat Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan