TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

AWAS, Kemaluan Kerap Sakit Ketika Seks, Ia Mungkin Petanda Gejala Kanser Prostat!

4 min bacaan
AWAS, Kemaluan Kerap Sakit Ketika Seks, Ia Mungkin Petanda Gejala Kanser Prostat!

Bahaya penyakit prostat sering dihidapi golongan lelaki terutamanya apabila usia mencecah 50 tahun. Ketahui cara untuk mengelakkan diri dari masalah ini.

Bahaya penyakit prostat sering menyerang golongan lelaki yang lebih berusia. Bagi penghidap masalah ini, pastinya akan mengalam pelbagai gejala yang menyakitkan termasuklah berasa sakit ketika mengadakan hubungan seksual dengan pasangan.

Secara umumnya, kanser prostat berlaku apabila tumor terbentuk dalam kelenjar prostat kerana sel-sel mengembang secara tidak terkawal.

Dalam hal ini, prostat merupakan kelenjar kecil yang terdapat dalam pangkal pundi kencing yang mengelilingi kawasan pengumpulan air kencing dan air mani untuk keluar secara semula jadi dari tubuh badan.

Menurut pengkaji kanser dari United Kingdom, kebanyakan bahaya penyakit prostat adalah bermula di kelenjar sel luar prostat.

Kemudiannya, ia akan merebak secara perlahan tanpa disedari awal sehingga ke seluruh bahagian tubuh yang lain sehingga ia mampu menjejaskan fungsi badan.

Bahaya penyakit prostat

risiko penyakit prostat

foto: keck medicine of usc

Menurut perkongsian oleh pakar dari Klinik Cleveland, antara salah satu petanda awal kanser prostat ini ialah anda kerap berasa sakit ketika melakukan hubungan persetubuhan dengan isteri.

Kesakitan ini sering berlaku ketika anda ingin ejakulasi. Apabila air mani memancut keluar, anda akan berasa tidak selesa dan ingin segera menamatkan ‘aksi’ ranjang yang sedang berlangsung.

Selain itu, terdapat beberapa petanda lain kanser prostat yang anda akan alami seperti anda berasa ingin kerap membuang air kecil, sering terjaga pada waktu malam atau kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing.

Sekiranya perkara ini yang sedang dialami oleh anda, sila ambil perhatian yang lebih serius kerana ia adalah petanda utama penyakit berbahaya ini dan boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak diatasi dengan kadar segera.

Tambahan pula, elakkan dari rasa malu tidak bertempat untuk mendapatkan rawatan hospital kerana tubuh badan tidak akan sentiasa sihat.

Tips menjaga kesihatan zakar

#1. Mengekalkan berat ideal

gejala penyakit prostat

credit to sources

Sekiranya seorang lelaki mengalami berat badan yang berlebihan, ia akan menyebabkan tahap testosteron menjadi kurang dalam tubuh badan.

Bukan itu sahaja, anda juga lebih cenderung untuk mempunyai lemak plak yang boleh menganggu saluran darah termasuklah arteri ke zakar.

Situasi ini menjadikan anda lebih sukar untuk mengekalkan kadar pengeluaran air mani dalam kualiti yang baik.

Selain itu, masalah obesiti ini turut menjejaskan saluran darah di sekitar jantung dan mampu meningkatkan risiko penyakit ini dan mengurangkan kemampuan anda untuk bertahan lama ketika di ranjang.

Ia juga mengakibatkan nafas menjadi semakin pendek dan ketika melakukan aktiviti seks ringan, ia umpama terlibat dengan aktiviti lasak kerana jantung perlu bekerja lebih keras.

#2. Amalkan pemakanan seimbang

Makanan yang sihat dan semula jadi mencegah pengumpulan toksin berbahaya dalam saluran darah sehingga menyukarkan aliran darah ke bahagian zakar.

Justeru, anda perlu mengelakkan pemakanan yang tidak sihat seperti makanan yang tinggi dengan kolestrol kerana ia akan menyebabkan arteri menjadi tersumbat dan memberi kesan terhadap hubungan seksual.

Bukan itu sahaja, anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman seharian. Hal ini kerana ia berpotensi menyebabkan anda menghadapi masalah mati pucuk pada usia awal.

#3. Mengekalkan hubungan sihat

Stories Rakan Kongsi
Mums: We Want Resilient Children
Mums: We Want Resilient Children
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The lazy mom’s guide to raising independent kids
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
6 tips on how to build resilience in children
6 tips on how to build resilience in children
bahaya kanser prostat

credit to sources

Hubungan seks yang tidak selamat menjadi faktor menyumbang kepada mati pucuk. Perselisihan faham dengan pangsan akan menjejaskan fungsi seksual yang sihat.

Dalam hal ini, praktikkan beberapa teknik senaman yang mudah untuk mendapatkan hasil yang luar biasa ketika seks dijalankan.

Ia mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan mood gembira, mencegah keletihan dan meningkatkan tenaga.

Kebaikan untuk jangka masa pula ialah mampu mengurangkan risiko untuk penyakit kencing manis, jantung, strok, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser.

Sekiranya tenaga batin anda mencukupi adalah disarankan untuk anda sering menggunakan organ seks ini secara lebih aktif.

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa lelaki yang lebih ‘rajin’ bersama isteri adalah mampu menjauhkan diri mereka dari sebarang risiko mati pucuk apabila usia anda semakin bertambah.

Sumber: Ibtimes, Rahsia Laki Bini Bahagia

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

AWAS, Kemaluan Kerap Sakit Ketika Seks, Ia Mungkin Petanda Gejala Kanser Prostat!

Baca juga:

Nak Elak Kena Kanser Prostat? Ejakulasi Mungkin Jawapannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • AWAS, Kemaluan Kerap Sakit Ketika Seks, Ia Mungkin Petanda Gejala Kanser Prostat!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham