TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

'Makin Respect Dengan Dia!' Gadis Jadi Rider, Selami Kegigihan Bakal Suami Kumpul Bajet Kahwin

17 Aug, 2020
'Makin Respect Dengan Dia!' Gadis Jadi Rider, Selami Kegigihan Bakal Suami Kumpul Bajet Kahwin

Putus asa bukan pilihan untuk menghadapi kehidupan penuh cabaran.Usaha gigih lelaki ini kumpul bajet kahwin buat bakal isteri makin respect!

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian membina di laman media sosial memang amat diperlukan dalam waktu-waktu ramai orang ditimpa kesusahan ketika ini. Perkongsian seorang wanita mengenai kegigihan bakal suaminya mengumpul bajet kahwin mendapat pujian netizen.

Lelaki itu berjaya membuktikan putus asa bukan pilihan untuk menghadapi kehidupan penuh cabaran dan liku terutama dalam tahun serba mencabar ini. 

Gadis berusia 23 tahun itu berkata pengalaman sehari mengikut suaminya melakukan kerja menjadi rider membuatkan dia lebih menghargai segala pengorbanan lelaki itu untuk mengumpul bajet kahwin mereka.

Gigih kumpul bajet kahwin 

bajet kahwin

Kisahnya yang sedang menggalas beg makanan Grab Food menjadi tular selepas dia berkongsi gambar berkenana di laman sosial Twitter. 

Bercerita kepada mStar, gadis berkenana mengakui gambar itu sudah agak lama diambil ketika menemani teman lelakinya yang ketika itu belum lagi mendapat pekerjaan baharu.

Menceritakan perkara itu, gadis berkenaan berkata dia memang selalu meminta untuk ikut kerana mahu merasa jadi rider, namun tidak dibenarkan oleh teman lelakinya. Namun, akhirnya permintaannya ditunaikan untuk ke kawasan yang dekat-dekat saja.

Katanya, pengalaman itu membuatkannya makin respect dengan usaha bakal suaminya. Dia rasa ingin cuba kerana lelaki berkenaan selalu bercerita bahawa panas, hujan dan sakit pinggang jika dia mengikutnya nanti. 

Namun akhirnya dia dapat merasa juga. Sempatlah juga merasa disirami hujan. Lelaki berkenaan juga kini sudah mendapat pekerjaan baharu dan pasangan itu bakal berkahwin pada 16 September nanti! Semoga bahagia hingga ke syurga!

Tips kumpul duit kahwin

bajet kahwin

Tips ini mungkin boleh digunakan untuk perkara lain juga. Ada baiknya tidak perlu membazir untuk berkahwin. Mungkin hanya gunakan sedikit untuk majlis perkahwinan, selebihnya boleh digunakan untuk tujuan masa depan seperti menambah aset dan sebagainya.

Tidak salah belajar cara menyimpan kan? Bukan semua wang itu wajib dibelanjakan kepada majlis perkahwinan, gunakannya untuk masa depan yang lebih menjamin anda dan pasangan. 

#1. Buat tabung kahwin

Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.

Tetapkan berapa lama anda mahu simpan dan amaun yang anda inginkan. Dengan adanya tabung anda akan jadi lebih berdisiplin dalam menyimpan duit kahwin.

#2. Simpan awal, jangan menyesal di kemudian hari

Kan bagus kalau simpan awal, tidaklah anda bersusah dan merana di kemudian hari. Ramai saja pasangan yang bercinta hingga 10 tahun, tapi sikit pun tak kumpul duit kahwin. 

#3. Usaha kumpul duit

Duit tak turun dari langit. Anda perlu berusaha mencarinya. Ada yang buat satu akaun khas, dan bekerja sambilan tanpa langsung mengambil duit yang dimasukkan ke dalam bank. Malah ada yang meninggalkan kad bank mereka jauh di kampung contohnya. 

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? 

#4. Elak hutang kad kredit

bajet kahwin

Tak perlulah berhutang. Ia bakal menyusahkan hidup anda jika tak mampu uruskannya. Gunakan cash  supaya anda boleh pantau perbelanjaan dengan mudah.

Selain itu sekarang ini banyak aplikasi e-wallet yang boleh anda gunakan. Ada yang memberi pulangan point dan ia boleh ditukar dalam bentuk wang ringgit. Kan anda boleh berjimat tu?

#5. Bezakan keperluan dan kehendak

Stories Rakan Kongsi
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Want to boost your child’s immune system? Here are 5 expert tips for you
Want to boost your child’s immune system? Here are 5 expert tips for you

Anda pasti lebih tahu mana keperluan dan kehendak. Jadi buang habit memenuhi kehendak yang selama ini anda buat sedangkan ia bukan keperluan.

Jangan membazir wang kepada perkara berkait lifestyle kerana ia hanya akan memakan diri. Jika anda simpan wang, walaupun anda tidak kahwin, anda masih ada simpanan kan?

#6. Kurangkan dating!

Dah nak kahwin kan? Nak dating selalu sangat pun buat apa. Simpan rasa rindu anda itu, dah kahwin nanti berkepitlah puas-puas. Jika dating duit akan keluar lagi kan? Bila masa pula anda boleh menyimpan. Jadi tidak rugi kalau kurangkan dating, bukan menyimpan untuk orang lain, tetapi untuk pasangan dan anda juga kan?

#7. Jangan pinjam bank

Kalau terpaksa pinjam bank, bermakna anda belum mampu. Sila kumpul duit lagi, jangan berhutang untuk berkahwin. Lebih baik ia digunakan untuk membeli aset.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mStar

Baca juga: Nak Kumpul Duit RM12,000 Dalam Masa Setahun Sahaja? Ini Caranya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 'Makin Respect Dengan Dia!' Gadis Jadi Rider, Selami Kegigihan Bakal Suami Kumpul Bajet Kahwin
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham