3 Tempat Wajib Untuk Para Ibu Shopping Baju Baby Dengan Harga Murah & Berbaloi

Baju baby sebaiknya dibeli ketika usia kandungan anda memasuki 7 bulan, pastinya ibu cukup teruja untuk menyediakan keperluan si kecil dan pakaiannya, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam ingin menyambut kelahiran bayi, tentunya ibu bapa akan rasa teruja untuk sediakan keperluan si kecil seperti baju baby, tempat tidur, barang mandi, permainan dan lain-lain. 

Terutama bila sudah tahu jantina baby, lagi bertambah excited mommy nak sediakan segala keperluannya. Kalau perempuan mesti ada warna pink. Jika lelaki tak terlepas dengan sentuhan warna biru. 

Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

Tempat yang boleh dapat baju baby murah 

foto: shutterstock

Disebabkan itu, ramai ibu bapa lebih bijak berbelanja bila sampai ke bab pakaian baby. Hal ini kerana, bayi akan membesar dan bila beli baju yang mahal dengan saiz kecil, ia tak boleh dipakai lama.

Justeru, ibu bapa digalakkan beli baju baby dengan harga yang murah. Jadi bila dapat beli banyak mestilah lebih murah, betul tak? 

Tapi anda rasa pelik tak baju baby dijual dengan harga mahal dari baju dewasa, kenapa agaknya? Menurut mereka yang berpengalaman, ia kerana baju si kecil sukar dijahit dan perlu guna fabrik yang bagus untuk keselesaan si kecil. 

Namun jangan risau. Hari ini kami bawakan dekat mana anda boleh dapat baju baby yang murah. Tak payah pening-pening kepala mencari lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Beli baju baby secara atas talian

Beli baju bayi murah secara online bukan hanya dapat harga lebih rendah, tetapi boleh ikut bajet masing-masing. Sambil mata melilau pandang skrin laptop meneliti setiap pakaian baby itu, anda boleh buat kira-kira sendiri baju mana yang lebih berbaloi untuk dibeli. 

Contoh tempat membeli belah atas talian yang murah seperti Lazada, Shoppe, EZbuy, 11 street dan banyak lagi. Klik.. klik.. dah dapat beli, senangkan?

Sebagai contoh, jika anda beli baju baby di laman portal Lazada, ada boleh klik di bahagian baby and toys. Di situ akan tertera beberapa pilihan barang baby mengikut harga tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian bayaran dibuat menggunakan Maybank2u dan CIMB click. 

#2. Expo jualan pakaian baby 

Kredit: Rookie moms

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hampir setiap tahun ada saja expo barang baby. Inilah masanya untuk ibu ayah membeli barang keperluan baby dan anak-anak. Mereka menawarkan harga yang cukup memuaskan hati dan murah. 

Bahkan, expo bukan hanya menjual barangan, tapi pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan. Ibu bapa berpeluang nak masuk kemudian boleh menang hadiah yang menarik.

Selain daripada itu, jenama seperti Pureen biasanya menganjurkan warehouse atau clearance sale. Masa ini, ibu jangan lepaskan peluang kerana harga akan jatuh merudum dan boleh beli dengan banyak. 

#3. Beli ketika waktu ‘sale’ 

Kredit: Babarazzi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami faham sangat, ibu memang pantang kalau dapat tahu ada ‘sale’ kat mana-mana kedai pakaian bayi. Selepas itu, pasti pujuk cik abang untuk pergi beli. Betul tak? 

Sebab itu, ibu jangan terlalu tergopoh-gapah untuk membeli keperluan dan pakaian si manja tunggu sampai ada ‘sale’ baru pergi beli. Bijak tak?

Potongan harga yang biasa diletakkan 10%, 25% atau 50%. Nak lagi gila 70%, fuh memang berdesup ibu mengandung penuh satu gedung itu. 

Namun begitu, selain kedai jual baju baby, pasaraya membeli belah di sekitar Kuala Lumpur seperti Giant, Mydin, Longwan, Sogo dan Kenanga Wholesale Center turut ada menjual barang keperluan bayi yang murah dan berbaloi.

Ada yang sangat murah sampai rompers baby dijual dengan harga RM5! Baju yang dijual juga menggunakan jahitan fabrik yang elok dan selesa untuk si kecil. Kesimpulannya, kenapa perlu bayar lebih jika ada banyak pilihan dengan harga begitu rendah?

Sekarang bagaimana ibu nampak tak gambaran tiga tempat ini yang ada jual baju baby murah? Jangan lupa sampaikan info ini pada teman yang lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Parents.com

Kredit: Qaseh nabilahBaby Checklist

Baca juga: Sedang Mencari Sabun Cuci Pakaian Bayi Yang Bagus? 5 Jenama Ini Terbaik Buat Si Manja