9 Baju Breastfeeding Terbaik, Pilihan dari Dress, Pakaian Kerja Hingga Ke Baju Tidur Untuk Ibu Menyusu

Sukar mencari baju breastfeeding yang selesa dan bergaya? Ini antara pilihan yang boleh dipertimbangkan ibu!

Bagi ibu yang menyusu, memilih pakaian untuk keluar boleh menjadi perkara paling rumit, jadi disebabkan itu kami di theAsianparent ingin memudahkan para ibu dalam mencari baju breastfeeding terbaik.

Ibu menyusu juga mahu tampil menawan, stylish dan cantik ketika menyusukan anak namun dalam masa yang sama tidak mendedahkan payudara dan pada masa yang sama baju tersebut boleh berfungsi dengan baik.

Sebab tu ibu perlu ada baju yang sesuai untuk menyusu. Selalunya baju breastfeeding ini ada akses seperti zip, butang atau bahagian selakan yang akan memudahkan proses penyusuan di mana-mana sahaja. Jadi tidaklah terdedah bahagian yang tak sepatutnya bila ibu nak menyusu nanti. 

Tip Memilih Baju Breastfeeding

Tanggungjawab seorang ibu untuk menyusukan anak sebenarnya tidak membataskan seorang wanita untuk tampil bergaya kerana terdapat pelbagai pilihan baju breastfeeding sama ada nursing specialized atau nursing friendly dijual di pasaran.

Namun bagi mengelakkan pembaziran atau dipakai hanya untuk sementara waktu, seeloknya carilah baju yang tepat untuk ibu dengan mengambil kira perkara-perkara seperti di bawah;

  • Selesa – Paling penting adalah keselesaan anda ketika menggayakannya. Ibu boleh memilih baju dari material stretch bagi disesuaikan dengan perubahan bentuk badan anda atau baju dengan material rayon yang sejuk dan lembut pada kulit. Elakkan membeli baju dengan rekaan melekat pada badan. Tekanan daripada pakaian ketat pada payudara boleh menyebabkan ketidakselesaan dan boleh menyebabkan puting sakit atau saluran susu tersumbat.
  • Nursing access – Baju nursing specialized mempunyai akses seperti zip, butang, atau selakan yang direka untuk memudahkan proses penyusuan namun baju jenis ini biasanya mempunyai rekaan yang terhad.
  • Rekaan – Tidak semestinya anda memilih baju nursing specialized. Ibu juga boleh mempertimbangkan baju-baju nursing friendly dengan rekaan berbutang atau zip sorok di bahagian depan atau rekaan kimono. Rekaan jenis ini boleh dipakai lama walaupun sudah tamat fasa menyusu bayi.

9 Baju Breastfeeding Terbaik Boleh Digayakan Ibu Menyusu

Baju Breastfeeding Terbaik
Mama’s Choice Breastfeeding Inner
Baju Breastfeeding Terbaik Inner Lengan Panjang
Beli di Shopee
Zalora Work Nursing Dip Hem Midi Dress
Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Pakaian Kerja
Beli di Zalora
Calaqisya Reflection Kaftan
Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Kaftan
Beli di sini
Lubna Nursing Plus Size Texture Kebaya Top
Baju Breastfeeding Terbaik Untuk Plus Size
Beli di Zalora
9months Maternity Mustard Wrap Nursing Dress
Baju Breastfeeding Terbaik Boleh Dipakai Mengandung Hingga Menyusu
Beli di Zalora
Calaqisya Selma
Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Dress Labuh
Beli di sini
Poplook Rotceh Front Button Blouse
Baju Breastfeeding Terbaik Muslimah Kasual
Beli di sini
9months Maternity Sleepwear Drawstring Nursing Dress
Baju Breastfeeding Terbaik Pakaian Tidur
Beli di sini
Lubna Stretch Ruffle Nursing Kurung
Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Kurung
Beli di Zalora

Mama’s Choice Breastfeeding Inner

Baju Breastfeeding Terbaik Inner Lengan Panjang

Ketiadaan inner untuk ibu menyusu membuatkan ibu malas bergaya dan memilih untuk memakai rekaan pakaian daripada fabrik-fabrik biasa atau jenis tebal.

Namun kini ibu boleh menarik nafas lega kerana Mama’s Choice juga ada mengeluarkan inner lengan panjang untuk ibu menyusu! Inner ini boleh dipakai bersama kaftan nipis atau kebaya jarang kerana mempunyai 2 akses nursing di bahagian kiri dan kanan payudara jadi mudah untuk menyusu walaupun memakai inner.

Diperbuat daripada material rayon bamboo berkualiti tinggi, ibu tak perlu risaukan panas kerana material jenis ini sejuk dan selesa dipakai dengan apa jua outerwear.

Apa yang kami suka :

  • Fleksibel pada bentuk badan, tidak ketat.
  • Menyerap peluh dan tidak panas.

Zalora Work Nursing Dip Hem Midi Dress

Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Pakaian Kerja

Ada ibu bekerjaya tidak menggemari pakaian jenis nursing specialized kerana dikatakan terlalu kelihatan seperti baju menyusu biasanya yang mempunyai rekaan selak di bahagian dada sebagai akses untuk menyusu.

Jika ibu tidak suka rekaan seperti ini, ibu boleh memilih pakaian jenis zip sorok di bahagian tepi dada. Kelihatan seperti dress biasa, tetapi ia sebenarnya baju nursing specialized!

Menggunakan material jenis polyester blend, ia sangat selesa untuk dipakai seharian dan mempunyai tali di bahagian pinggang sebagai aksesori tambahan.

Cantik dan minimalis, ibu kini boleh tampil bergaya dengan pilihan baju breastfeeding dan nursing friendly daripada jenama Zalora Work ini. 

Apa yang kami suka :

  • Rekaan moden dress potongan midi.
  • Multifunction, boleh dipakai ketika bekerja atau kasual.
  • 3 pilihan warna iaitu hitam, biru dan bercorak.

Calaqisya Reflection Kaftan

Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Kaftan

Ramai wanita muslimah kini memilih baju rekaan kaftan sebagai pakaian kasual kerana selesa dan mudah untuk dipakai. Selain digayakan ketika keluar bersama keluarga atau teman-teman, kaftan juga selesa dipakai ketika di rumah. Cukup versatil dan banyak kegunaannya.

Tidak melupakan keperluan ibu menyusu, jenama Calaqisya yang terkenal dengan variasi comfort wear tampil dengan koleksi kaftan yang mesra penyusuan.

Dengan rekaan drop shoulder (oversized) dan zip sorok di bahagian hadapan, ia ternyata memudahkan ibu menyusu ketika berada di tempat awam. 

Menggunakan campuran material knitted cotton dan spandex bagi menjamin keselesaan si pemakai. Baju ini juga mempunyai poket pada bahagian kiri dan kanan sebagai aksesori.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan material yang kurang berkedut.
  • Mempunyai 5 pilihan saiz.
  • Pilihan warna-warna menarik.

Lubna Nursing Plus Size Texture Kebaya Top

Baju Breastfeeding Terbaik Untuk Plus Size

Sebelum ini ternyata koleksi pakaian berukuran plus size adalah agak terhad, apatah lagi jenis baju menyusu. Kini tidak lagi. Ibu menyusu juga boleh tampil bergaya dengan baju nursing yang cantik dan selesa. Terima kasih kepada Lubna, jenama bawaan Zalora kerana membantu para ibu menyusu untuk tampil versatil dan selesa biarpun dalam fasa menyusukan bayi.

Salah satu baju yang boleh dipilih mommy adalah Texture Kebaya Top yang boleh dipakai kasual bersama seluar atau skirt.

Mempunyai butang sebagai akses menyusu, rekaan leher V juga membantu memudahkan lagi ibu menyusukan bayi selain perincian lengan terbelah menambahkan lagi unsur elegan pada kebaya ini untuk ibu menyusu.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan yang menarik.
  • Material polyblend yang selesa dan tidak panas.
  • Pilihan dari 2XL sehingga 4XL.

9months Maternity Mustard Wrap Nursing Dress

Baju Breastfeeding Terbaik Boleh Dipakai Mengandung Hingga Menyusu

Jika ibu mempunyai bajet yang terhad untuk membeli pakaian atau tidak mahu membazir membeli baju yang banyak bermula fasa mengandung, ibu boleh memilih baju dari jenama 9months Maternity yang banyak menawarkan baju yang boleh dipakai ketika mengandung sehingga menyusu.

Salah satunya adalah baju rekaan wrap nursing dress ini yang cantik digayakan ibu ketika mengandung dan masih boleh terus menggayakannya ketika menyusu setelah kelahiran anak.

Menggunakan sash-tie boleh laras di bahagian tepi dada sebagai akses untuk menyusu, dress ini juga agak mudah untuk dipakai kerana menggunakan rekaan wrap sesuai untuk ibu yang mahu cepat bersiap!

Apa yang kami suka :

  • Corak dress yang menarik.
  • Rekaan 2 dalam 1, menjimatkan perbelanjaan membeli baju.
  • Material 100% polyester, sangat selesa dan tidak panas.

Calaqisya Selma

Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Dress Labuh

Ibu yang mengikuti trend fesyen pastinya mahu menggayakan dress dengan potongan A-line namun agak sukar mencari dress jenis ini yang nursing friendly dan mampu menutup aurat dengan baik.

Calaqisya menampilkan rekaan dress labuh dengan potongan A-line yang boleh digayakan bersama apa sahaja padanan bottom. Dress ini direka longgar bagi memberi keselesaan kepada ibu menyusu.

Dengan rekaan leher bulat bersama zip sorok di bahagian dada, ternyata ia amat memudahkan ibu menyusu walaupun di ruang terbuka.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan campuran material polyester dan cotton berkualiti tinggi.
  • Mempunyai poket pada bahagian kiri dan kanan.
  • Rekaan minimalis tetapi bergaya.

Poplook Rotceh Front Button Blouse

Baju Breastfeeding Terbaik Muslimah Kasual

Poplook, jenama yang sentiasa menampilkan rekaan muslimah trendy tidak melupakan ibu yang menyusu kerana rekaan mereka kini kebanyakannya hadir dengan ciri nursing friendly.

Salah satunya adalah Rotceh Front Button Blouse yang mempunyai butang pada bahagian hadapan memudahkan penyusuan bayi namun dalam masa yang sama ibu tampil bergaya dan cantik.

Didatangkan dengan variasi warna-warna pastel, blaus jenis ini juga sesuai dijadikan pakaian kerja dan cantik digayakan bersama seluar ataupun skirt.

Apa yang kami suka :

  • Material soft polyblend yang selesa untuk dipakai seharian.
  • Mempunyai saiz sehingga 4XL.

9months Maternity Sleepwear Drawstring Nursing Dress

Baju Breastfeeding Terbaik Pakaian Tidur

Ibu yang menyusu juga perlukan pakaian tidur yang mempunyai akses payudara untuk penyusuan. Ini kerana ketika tidur juga bayi perlu menyusu, jadi dengan pakaian tidur jenis breastfeeding ini tidur ibu tidak akan terganggu apabila terpaksa menyelak lebih.

Baju tidur dari 9months Maternity ini mempunyai akses payudara untuk sesi penyusuan dengan tali pengikat di bahagian bawah dada. Tidak hanya boleh dipakai untuk breastfeeding, tetapi baju ini juga boleh dipakai sebaik hamil lagi.

Ibu hanya perlu menyelak sedikit sahaja bahagian dada dan boleh menyusu selesa meskipun ketika baring. Potongan midi juga selesa digayakan pada waktu malam.

Apa yang menarik :

  • Boleh dipakai ketika mengandung kerana rekaan yang longgar di bahagian badan.
  • Diperbuat daripada material cotton mix yang selesa.

Lubna Stretch Ruffle Nursing Kurung

Baju Breastfeeding Terbaik Jenis Kurung

Jika anda mencari baju kurung nursing specialized yang cantik, Lubna adalah pilihan yang tepat. Walaupun direka untuk ibu menyusu namun rekaannya yang trendy membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan jenama ini.

Salah satu rekaan mempunyai rekaan wrap di bahagian dada untuk penyusuan namun tidak kelihatan janggal untuk digayakan. Direka dengan potongan relaxed fit, ia begitu selesa untuk digayakan ketika menghadiri majlis keramaian.

Apa yang kami suka :

  • Material polyblend yang tidak panas.
  • Pelbagai corak menarik ditampilkan.
  • Harga yang berpatutan.

Perbandingan Harga Baju Breastfeeding Terbaik

Jenama Harga
Mama’s Choice Breastfeeding Inner RM49.90
Zalora Work Nursing Dip Hem Midi Dress RM114.90
Calaqisya Reflection Kaftan RM189.00
Lubna Nursing Plus Size Texture Kebaya Top RM144.90
9months Maternity Mustard Wrap Nursing Dress RM179.00
Calaqisya Selma RM179.00
Poplook Rotceh Front Button Blouse RM109.00
9months Maternity Sleepwear Drawstring Nursing Dress RM69.00
Lubna Stretch Ruffle Nursing Kurung RM128.80
 

Semoga artikel ini dapat membantu ibu atau bakal ibu mencari baju breastfeeding yang terbaik!

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Nursing Cover Terbaik Untuk Ibu Menyusu, Barulah Selesa Dan Yakin Untuk Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Baca juga : Ibu Menyusu Badan Sentiasa Perlukan Support Suami, Mereka Kena Happy Dan Dihargai

Baca juga: Ibu-Ibu Anda Perlukan Bra Menyusu Yang Bagus Untuk Memastikan Proses Menyusu Selesa

Penulis

Nursyamimi