Semarak Jiwa Merdeka Kanak-Kanak, Ini 8 Baju Merdeka Yang Kreatif & Cantik Pasti Anak Suka!

Baju merdeka kanak-kanak dihasilkan dengan penuh kreatif dan pelbagai corak. Ibu ayah perlu tanamkan semangat cintakan negara sempena bulan kemerdekaan ini!

Ogos adalah bulan kemerdekaan negara. Tidak ada salahnya ibu ayah menyambut hari kebangsaan supaya anak-anak dapat diberikan pendedahan dan bimbingan yang sewajarnya untuk memahami kepentingan semangat cintakan negara sekurang-kurangnya dengan menyediakan baju merdeka untuk mereka.

Generasi muda masa kini merupakan masa hadapan negara dan mereka perlu diberi ilmu kemerdekaan dari kecil lagi.

Ia bertujuan untuk menyemai nilai kecintaan kepada negara dalam jiwa anak-anak seawal usia agar prinsip Rukun Negara dapat difahami dan menjadi amalan.

8 Baju Merdeka Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Ada ibu ayah yang sanggup bersengkang mata menjahit baju kanak-kanak sempena Hari Merdeka ini bagi mencipta kelainan buat seisi keluarga dalam menghargai perjuangan nenek moyang dahulu dengan pakaian dengan background bendera Malaysia.

Namun bagi anda yang tidak berkesempatan menjahit sendiri baju budak di rumah, apa kata anda semak sahaja di sini bagi memudahkan proses pembelian sekaligus tidak perlu menghabiskan masa keluar rumah bagi mendapatkannya.

8 Baju Merdeka Terbaik Kanak Kanak
Baju Merdeka Pendekar
Terbaik Rekaan Pahlawan
Beli di Shopee
Pipi Yaya Malaysia Merdeka Tshirt & Romper
Terbaik Untuk Seisi Keluarga
Beli di Shopee
Tunikmy Kurung Merdeka Che Bulan
Terbaik Kurung Ibu Dan Anak
Beli di Shopee
MINAZ Merdeka Pertiwi
Terbaik Rekaan Tudung
Beli di Shopee
RSP Tanjak Merdeka
Terbaik Rekaan Tanjak
Beli di Shopee
Peplum Merdeka
Terbaik Rekaan Peplum
Beli di Shopee
Kostum Merdeka
Terbaik Pelbagai Pilihan Rekaan
Beli di Shopee
Kebaya Songket Merdeka
Terbaik Melayu Klasik
Beli di Shopee

Baju Merdeka Pendekar

Baju Merdeka Terbaik Rekaan Pahlawan

Tidak mustahil jika anak menyertai pertandingan pakaian beragam dengan pakaian ini, dia akan menang tempat pertama! 

Baju merdeka kanak kanak lelaki ini hadir dengan set baju lengkap bersampin dan tanjak.

Apa yang kami suka :

  • Set lengkap baju merdeka lelaki dengan background bendera Malaysia untuk anak lelaki, tak perlu beli aksesori asing
  • Mempunyai pelbagai saiz untuk kanak-kanak tadika hingga sekolah rendah
  • Percuma tanjak
  • Harganya yang berpatutan

Pipi Yaya Malaysia Merdeka Tshirt & Romper

Baju Merdeka Terbaik Untuk Seisi Keluarga

Jika ibu ayah mahu membawa anak-anak menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang sekian lama tidak dapat diadakan di Dataran Merdeka tahun ini, set lengkap baju merdeka untuk seisi keluarga ini boleh dijadikan pilihan!

Menyediakan rekaan romper untuk bayi dan kemeja T untuk anak yang lebih besar serta ibu ayah, pelbagai rekaan menarik berkaitan dengan semangat patriotisme boleh dipilih.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan fabrik kain kapas yang selesa dan sejuk dipakai walaupun di bawah matahari terik
  • Mempunyai baju saiz newborn
  • Pelbagai corak trendy boleh dipilih dengan background bendera Malaysia

Tunikmy Kurung Merdeka Che Bulan 

Baju Merdeka Terbaik Kurung Ibu Dan Anak

Anak perempuan yang gemar memakai baju kurung, ibu boleh memilih baju merdeka dari jenama ini. Jika aktiviti anak di sekolah melibatkan ibu bapa, ibu juga boleh tampil sedondon dengan anak, pastinya mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melihat!

Rekaan ringkas yang menarik menerusi baju kemerdekaan kanak kanak perempuan ini, anak perempuan tampil dengan lebih ayu dengan baju kurung bercirikan Hari Kemerdekaan ini.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan material Premium Como Crepe sangat selesa, tak panas dan tidak perlu digosok
  • Design baju merdeka perempuan yang ringkas namun tetap bercirikan bendera Malaysia
  • Untuk ibu, rekaan adalah bf friendly (ada butang di bahagian dada) dan wudhu friendly (ada zip di pergelangan tangan)

MINAZ Merdeka Pertiwi

Baju Merdeka Terbaik Rekaan Tudung

Tak perlu pening-pening nak sediakan baju merdeka untuk anak, beli sahaja tudung bercorak bendera Malaysia sudah cukup menggambarkan semangat patriotisme.

Dengan lebih 20 corak bercirikan hari merdeka, saiz bidang 40 sesuai untuk anak perempuan anda malah kainnya yang sejuk dan mudah dibentuk, memberi keselesaan kepada anak kecil untuk menggayakan tudung merdeka.

Apa yang kami suka :

  • Material kain yang tidak nipis, tidak mudah koyak dan tahan lama
  • Mudah digosok, tidak mudah berkedut
  • Mempunyai saiz orang dewasa, ibu boleh tampil sedondon dengan anak
  • Tudung dengan corak bendera Malaysia

RSP Tanjak Merdeka

Baju Merdeka Terbaik Rekaan Tanjak

Ayuh bangkitkan semangat patriotik Malaysiaku dengan membuat kelainan dengan menggayakan Tanjak Merdeka keluaran RSP pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Tengkolok ini didatangkan dengan material cotton voile yang bermotifkan abstrak bendera Malaysia tanpa menggunakan potongan-potongan kain bendera Malaysia untuk dijadikan tanjak sebaliknya menggunakan material asal yang bermotifkan bendera sahaja.

Anda boleh memilih saiz tanjak sama ada untuk dewasa mahupun kanak-kanak dan saiz tanjak Melayi boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pemakai.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan material yang berkualiti setanding dengan harga
  • Rekaan yang menarik dengan pelbagai pilihan corak merdeka
  • Jenama RSP adalah pakar dalam pembuatan tanjak
  • Ayah dan anak boleh tampil sedondon

Peplum Merdeka

Baju Merdeka Terbaik Rekaan Peplum

Anak perempuan sukakan fesyen dan mahu tampil berbeza? Ibu boleh memilih baju rekaan peplum berunsurkan bendera Malaysia yang sangat glamor ini!

Baju merdeka perempuan ini menggunakan material kapas dan satin, pastinya selesa untuk si kecil anda melaram pada sambutan hari kemerdekaan dengan baju kemerdekaan kanak-kanak perempuan ini!

Apa yang kami suka :

  • Rekaan yang cantik sesuai untuk anak yang sukakan fesyen
  • Rekaan seakan dress baju merdeka
  • Material yang selesa dipakai seharian
  • Mempunyai saiz dari 2 tahun hingga 12 tahun

Kostum Merdeka

Baju Merdeka Terbaik Pelbagai Pilihan Rekaan

Jika ibu ingin mencari kostum yang lengkap berserta dengan aksesori, mungkin ini dapat memenuhi permintaan. Ada banyak pilihan yang ditawarkan seperti Pahlawan, King, Super Hero, Tun Teja dan lain-lain lagi. 

Ia diperbuat daripada material crepe dan kapas, serap peluh dan anak tidak panas apabila menggayakannya di sekolah nanti.

Apa yang kami suka :

  • Pelbagai rekaan menarik untuk dipilih
  • Harga mampu milik
  • Sesuai untuk aktiviti atau pertandingan di sekolah
  • Mempunyai saiz dari 3 hingga 14 tahun

Kebaya Songket Merdeka 

Baju Merdeka Terbaik Melayu Klasik

Alangkah manisnya apabila melihat si anak dara memakai kebaya songket bertemakan hari kemerdekaan. Ibu boleh tambahkan aksesori untuk menaikkan seri anak apabila memakainya di sekolah. 

Jenis material yang digunakan ialah Como crepe, jadi ringan dan tidak mudah kedut. Malah, warnanya juga tidak mudah luntur dan boleh disimpan untuk digunakan semula pada Hari Malaysia pula.

Apa yang kami suka :

  • Kain ringan dan tak panas
  • Mempunyai aksesori tambahan
  • Tidak jarang dan terletak
  • Nampak manis dan sopan

Perbandingan Harga Baju Merdeka Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Jenama Jenis Harga

Baju Merdeka Pendekar

Baju pahlawan RM80.00

Pipi Yaya Malaysia Merdeka Tshirt & Romper

Baju seisi keluarga RM23.90

Tunikmy Kurung Merdeka Che Bulan 

Baju kurung RM89.00

MINAZ Merdeka Pertiwi

Tudung RM29.00

RSP Tanjak Merdeka

Tanjak RM49.90

Peplum Merdeka

Baju peplum RM55.00

Kostum Merdeka

Kostum RM79.00-RM99.00

Songket Merdeka 

Songket RM59.00-RM69.00

Aktiviti Pupuk Semangat Kemerdekaan Pada Kanak-Kanak

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kini adalah masa untuk ibu ayah menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak kita pula supaya mereka menjadi generasi yang memartabatkan negara. Jom kita lihat jenis-jenis aktiviti kemerdekaan untuk kanak-kanak yang ibu ayah boleh sediakan!

1. Menggantung bendera Malaysia di rumah

Pendekatan mudah seperti menggantungkan bendera Malaysia di kediaman masing-masing antara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memupuk semangat patriotisme dalam diri kanak-kanak dan boleh melahirkan sifat cinta akan negara selain melambangkan individu itu sebagai warganegara.

2. Menonton filem sejarah Malaysia

Pendekatan lain yang boleh dilakukan adalah mengajak anak-anak menonton rancangan atau filem yang memaparkan sejarah Malaysia.

Mungkin ramai terlepas pandang, sebenarnya banyak filem di Malaysia yang menceritakan mengenai sejarah dan negara Malaysia seperti contoh filem Mat Kilau yang diinspirasikan daripada kisah benar bertujuan menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan dalam sejarah serta sarat dengan mesej patriotisme.

3. Melawat bersama-sama anak-anak ke tempat-tempat bersejarah

Apa kata sempena sambutan Hari Kebangsaan dalam norma baru kali ini, kita bawa anak-anak dan seisi keluarga melawat tempat tarikan sejarah yang menarik di dalam negara. Bukan sahaja menarik malah anak-anak juga dapat mempelajari dan mendalami sejarah kemerdekaan Malaysia. Antara tempat yang boleh dikunjungi;

  • Tugu Negara
  • Muzium Negara
  • Dataran Merdeka
  • Kota A Famosa
  • Fort Cornwallis
  • Bukit Bendera

4. Menyediakan baju merdeka

Pada bulan kemerdekaan biasanya sekolah anak-anak akan menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan Hari Merdeka seperti pertandingan pakaian beragam. Ibu ayah boleh menyediakan baju merdeka dengan rekaan bendera Malaysia secara kreatif pada t-shirt, tudung, topi, songkok, sampin, dan gaun demi meningkatkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mendidik Anak-Anak Tentang Erti Kemerdekaan & Perjuangan Dalam Hidup

Baca juga : 4 pejuang kemerdekaan wanita yang TIADA dalam buku sejarah tapi ‘bad ass’ habis!

Baca juga: Benarkah Didikan Ibu Bapa Punca Anak Tak Patriotik? 3 Tips Ajar Anak Cinta Negara

Penulis

Farhana Fuad