Berapa Lama Sebelum Baki Tali Pusat Bayi Akan Tertanggal? Ini Ibu Baru Perlu Tahu!

Ibu bapa baru pasti tertanya-tanya bila baki tali pusat bayi mereka akan tertanggal. Adakah anda perlu letak sesuatu untuk baki tali pusat cepat tanggal?

Sebagai ibu bapa baru, anda mungkin rasa kurang yakin apabila tiba masa untuk mandikan anak buat kali pertama kerana takut tersentuh baki tali pusat bayi. Ada juga takut tali pusat bayi tanggal dan akan berdarah!

Tapi jangan takut. Sebenarnya, baki tali pusat bayi yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul, lebih berisiko untuk mendapat jangkitan! Jadi ibu bapa perlu menjaga baki tali pusat ini dengan betul. Malah ibu baru baru mungkin ingin tahu juga, bila agaknya baki tali pusat itu akan tanggal ya?

Apa fungsi tali pusat bayi?

baki tali pusat, baki tali pusat bayi, tali pusat bayi

Untuk pengetahuan ibu, tali pusat bayi mempunyai fungsi penting sebagai ‘penghubung’ antara ibu dan bayi. Selain itu, tali pusat bayi juga berfungsi untuk janin mendapatkan makanan dan oksigen daripada ibunya.

Melalui tali pusat, janin akan mendapatkan zat, vitamin dan nutrisi daripada ibunya untuk tumbesaran yang baik sebelum ia lahir.

Setelah bayi dilahirkan, tali pusat tersebut akan dipotong dah ditinggalkan sedikit kemudian baki tersebut akan disepit. Baki tunggal tersebut akan dibiarkan kering lalu jatuh tertanggal dengan sendirinya.

Jangan terkejut, dalam tempoh 24 jam tali pusat bayi yang asalnya warna putih kebiruan bertukar menjadi hitam setelah beberapa hari.

Jika ibu mendapati hujung tali pusat, lembik, berbau busuk dan berwarna merah di sekitar pusar atau mengeluarkan cecair atau terdapat beberapa titik darah mengalir keluar semasa tali pusat tertanggal, jangan risau! Itu adalah normal.

Tali pusat boleh dijangkiti?

Sekiranya ada tanda-tanda ini segera bawa bayi anda ke hospital dengan segera untuk mendapat rawatan selanjutnya.

  • Kawasan sekeliling tali pusat bayi kelihatan merah-merah
  • Terdapat nanah, darah atau bau yang kurang menyenangkan pada pusat
  • Demam dan menjadi kurang aktif dan kurang menyusu
  • Tunggu baki tali pusat jatuh 

Bilakah baki tali pusat bayi akan tanggal?

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, fungsi tali pusat bayi ialah untuk membekalkan nutrien dari darah ibu ke bayi anda melalui plasenta. Apabila bayi dilahirkan, tali pusat akan dipotong dan meninggalkan baki tali pusat.

Apabila baki tali pusat ini kering, ia akan tertanggal dengan sendiri dan mendedahkan pusat bayi tersebut.

Menurut pakar kanak-kanak Gina Posner, M.D. dari Orange Coast Medical Center di Fountain Valley, California, biasanya baki tali pusat bayi akan tertanggal sendiri 5-7 hari selepas kelahiran.

Tapi, jangan bimbang kalau baki tali pusat itu lambat tanggal. Selagi ia tertanggal dalam masa 3 minggu selepas kelahiran, ini masih dianggap normal.

Namun, jika baki tali pusat itu tidak tanggal selepas 3 minggu, ini adalah tidak normal dan ibu bapa haruslah membawa anak berjumpa doktor.

Seeloknya, ibu jangan cuba untuk menarik atau mencabut tali pusat bayi dengan sendiri. Bahaya jika cuba-cuba untuk cabut sendiri walaupun sudah mahu tertanggal. Ini untuk mengelakkan berlaku pendarahan atau jangkitan kuman terhadap bayi.

Langkah betul dalam menjaga tali pusat bayi

baki tali pusat, baki tali pusat bayi, tali pusat bayi

Penjagaan pusat bayi sebelum ia luruh adalah sangat penting untuk cegah daripada jangkitan kuman antara langkah betul uruskan tali pusat bayi ialah:

1. Pastikan pusat bayi bersih dan kering

Kebiasaanya, ibu akan mencuci pusat bayi setiap kali mandi. Pusat bayi perlu berada dalam keadaan kering untuk memudahkan ia tertanggal.

Lap keliling pusat bayi dengan tuala jika pusat bayi masih basah. Jangan lupa, gunakan pencuci yang diberikan oleh pihak hospital untuk mecuci pusat bayi. Lakukan secara perlahan supaya bayi tidak sakit.

Elakkan daripada bayi memakai lampin terlalu lama kerana ini akan menyebabkan pusat bayi basah dan lebih berisiko terhadap jangkitan yang dicemari dengan najis dan air kencing bayi.

Selain itu, elakkan memakai lampin sehingga menutup bahagian pusat bayi. Kawasan tersebut perlu selalu bersih dan kering setiap masa. Penjagaan tali pusat adalah sangat penting para ibu jangan mengambil remeh tentang perkara ini.

2. Elak mandi terlalu lama

Pusat bayi biasanya mengambil masa 3-10 hari untuk tanggal. Sepanjang tempoh tersebut elakkan daripada mandikan bayi dengan berendam seluruh badannya dalam air. Ibu boleh lap atau mengalirkan air pada badannya sahaja agar air tidak ke pusatnya.

3. Jangan sapu minyak pada pusat bayi

Gunakan ubat dan pencuci yang diberikan dari pihak hospital sahaja, elakkan menyapu minyak seperti minyak gamat. Ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian tali pusat.

Perlukah tali pusat disapu ubat lain supaya ia jatuh lebih cepat?

Berapa Lama Sebelum Baki Tali Pusat Bayi Akan Tertanggal? Ini Ibu Baru Perlu Tahu!

Kredit: Very Well Family

Jawapannya ialah tidak. Pakar kanak-kanak Catherine Gritchen, M.D., dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Miller di Long Beach, California, berkata apabila baki tali pusat dijaga dengan cara betul, ini membenarkan bakteria semulajadi untuk mengeringkannya supaya ia tertanggal dengan lebih cepat.

Jadi, jangan sapukan ubat anti-bakteria lain yang bukan dari hospital. Ubat lain seperti alkohol ataupun triple dye, boleh melambatkan proses penanggalan baki tali pusat bayi dengan menghapuskan bakteria semulajadi yang hadir.

Selagi ibu bapa rajin mengikut cara penjagaan yang betul baki tali pusat bayi pasti akan tanggal tidak lama lagi!

Tahniah kami ucapkan kepada ibu bapa baru, dan selamat mencuba.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat!

Baca juga: Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ibu Perlu Tahu!

Baca juga: 5 Nursing Cover Malaysia Terbaik Untuk Ibu Menyusu, Barulah Selesa Dan Yakin Untuk Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!