Waktu bersalin adalah saat yang amat mencemaskan lebih-lebih lagi bila ia berlaku secara tiba-tiba dan tidak sempat ke hospital. Begitulah yang berlaku pada seorang wanita yang terpaksa bersalin di sebuah balai bomba.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam itu yang berlaku di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, Seksyen U8, Bukit Jelutong, Selangor memang sangat mencemaskan.
Menerusi Facebook Bomba Channel, pada jam 7 malam, kehadiran orang awam di BBP Kota Anggerik, Seksyen U8, Bukit Jelutong yang meminta bantuan bersalin kerana merasai air ketuban sudah pecah dan rasa sakit untuk bersalin.
Balai bomba saksi wanita lahir anak dalam kereta dibantu pegawai bomba
Pasangan berkenaan dikatakan dalam perjalanan daripada rumah mereka di Puncak Alam ke Hospital Shah Alam untuk bersalin. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, wanita berkenaan sudah terasa sakit untuk bersalin dan mendapati air ketubannya telah pecah.
Mereka kemudian terus meminta bantuan di balai berkenaan. Anggota bomba sudah menghubungi pihak hospital namun sekitar jam 8.28 malam seorang bayi perempuan selamat dilahirkan dengan bantuan pegawai bomba wanita (PBK) II KUP Norsyuhadah Ahmad dalam kereta di perkarangan balai bomba berkenaan.
Kedua-dua ibu dan bayi perempuannya dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sudah pun dirujuk kepada pihak hospital.
Anggota bomba anggap detik tak dapat dilupakan
Dalam pada itu, menurut Berita Harian, pegawai bomba yang menyambut kelahiran bayi itu berkata ia satu pengalaman yang amat sukar dilupakan dan rasa tak percaya dalam 10 tahun perkhidmatannya sebagai anggota bomba.
Ia adalah pengalaman pertama buat wanita berkenaan dan pelbagai perasaan dirasainya. Selain itu secara kebetulan memang ada seorang pegawai wanita saja yang bertugas pada ketika itu dan memang sudah ditakdirkan dirinya untuk menyambut bayi perempuan berkenaan.
Katanya, bila wanita berkenaan mengatakan beliau rasa kepala bayi dan keluar, beliau tiada pilihan dan selain menyambut bayi berkenaan. Melihat ibu kepada bayi berkenaan tersenyum selepas kelahiran mencemaskan itu membuatnya sangat gembira dan beryukur kerana segalanya selamat.
Isteri, suami perlu sama-sama sedia jika tarikh bersalin makin hampir
Persediaan bersalin merupakan antara persediaan yang paling mendebarkan buat para ibu dan juga bapa. Ada banyak perkara yang perlu disediakan. Ia juga perlu disediakan beberapa ketika lebih awal daripada due date anda.
Anda boleh lakukan ia apabila kandungan anda telah mencapai usia 5 ke 6 bulan malah lebih awal lebih baik. Jadi tiadalah tergesa-gesa jika berlaku kecemasan.
Kalau anda tanya kebanyakan ibu, pastinya barangan penjagaan bayi adalah persediaan yang paling penting. Bukan itu sahaja. Ia juga adalah barangan yang paling seronok dibeli kerana terdapat terlalu banyak pilihan di pasaran.
Sedia lebih awal kerana boleh bersalin pada bila-bila masa
Tapi anda harus beringat dan jangan sesekali membeli barangan yang tidak diperlukan. Senaraikan dahulu barangan apa yang anda perlukan untuk elakkan pembaziran.
Selain itu, perkara yang paling penting yang anda perlu lakukan sebagai persediaan bersalin adalah barangan yang perlu dibawa ke hospital. Jangan gelak. Ramai ibu yang mengalami panic attack pada saat ini.
Anda perlu ingat bahawa saat kelahiran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jadi, persediaan bersalin ini perlulah dilakukan lebih awal.
Jangan risau kalau anda tak tahu apa persiapan bersalin ibu dan bayi yang anda boleh lakukan dan barangan apa yang perlu dibawa.
#1. Persediaan barang bayi
Lebih mudah untuk anda sediakan barangan bayi seperti baju dan sebagainya secara harian dalam diasingkan dalam setiap plastik mengikut hari. Sebagai contoh anda boleh sediakan untuk tiga hari. Cadangan barangan dalam plastik:
- Rompers panjang dua helai atau baju lengan panjang dan seluar sebanyak dua pasang.
- Mitten dan booties
- Bedung
- Pampers
- Barut
#2. Barang ibu
Pastikan anda sediakan barangan ibu. Sama seperti barangan bayi boleh juga jika anda sediakan dalam plastik berasingan mengikut hari.
- Baju sebanyak dua helai
- Kain batik beberapa helai
- Skirt
- Tuala
- Shawl atau tudung sarung yang lebih mudah untuk diapakai
- Stokin
- Breast pad
- Maternity pad
- Barangan penjagaan kendiri seperti sabun, ubat gigi, berus gigi dan juga coconut scrub.
- Barangan penjagaan untuk ibu seperti lotion, moisturizer, vaseline dan juga barangan solek
#3. Dokumen pengenalan diri, buku pemeriksaan kesihatan ibu mengandung
Antaranya termasuklah kad pengenalan dan buku pink anda. Semoga semuanya selamat ibu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: bombachannel
Baca juga: Jangan Takut Untuk Bersalin! Cuba Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini Terlebih Dahulu
Baca juga: 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?
Baca juga: Apa kelayakan dan cara yang selamat jika ibu mahu bersalin di rumah?