Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

Balik kampung raya adalah perjalanan yang sangat menyeronokkan. Namun begitu, perjalanan bersama anak boleh menjadi cabaran bagi ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dapat berkumpul bersama sanak-saudara di hari raya adalah sesuatu yang sangat istimewa. Lebih-lebih lagi tahun ini mungkin sambutan Aidilfitrinya akan lebih meriah berbanding tahun-tahun lalu kerana negara sudah masuk ke fasa endemik dan pemulihan. Ramai yang mengambil peluang ini untuk balik kampung raya bersama-sama dengan ibu dan ayah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tips perjalanan jauh dengan anak untuk balik kampung raya
  • Anak mabuk perjalanan jauh

Tetapi membawa anak bersama dalam perjalanan yang jauh sememangnya agak mencabar jika anda tidak pandai untuk mengawalnya. 

Tips perjalanan jauh dengan anak untuk balik kampung raya

Kanak-kanak mempunyai mood dan keinginan yang sukar dikawal. Hal ini kerana mereka masih belum mampu berfikir dengan sewajarnya seperti orang dewasa ditambah pengetahuannya yang sedikit tentang dunia.

Namun sebagai ibu bapa, kita haruslah menyiapkan diri dengan berani mengatasi mood swing mereka. 

Perkongsian dari seorang ibu, Puan Ena dalam blognya Tinynasweet, beliau ada berkongsi tentang 8 tips untuk balik kampung tanpa ketiadaan suami khusus bagi yang mempunyai anak. 

Menurut Ena, beliau terpaksa pulang sendiri ke kampung bersama anak kerana  komitmen suaminya yang bekerja di bawah badan berunifom. Malah suaminya juga hanya boleh setiap 2 tahun sekali sahaja cuti beraya. Oleh kerana itu, Ena memberanikan diri untuk memandu sendiri sambil membawa anak.

Perjalanan selama 4 jam itu telah mengajarkan beliau pelbagai tips berguna untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama. Antaranya seperti:

#1. Beri latihan awal dengan bawa anak ke tempat terdekat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasakan anak dengan perjalanan ke tempat-tempat yang terdekat. Contohnya seperti bawa ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan atau ke supermarket.

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah perhatikan sahaja anak sama ada dia selesa atau tidak duduk di dalam kereta. Buat juga cheklist barang-barang keperluan anak yang wajib dibawa sewaktu keluar rumah supaya dia tidak meragam nanti dalam kereta.

Dedahkan anak-anak untuk meneroka apa yang ada disekeliling mereka. Ini boleh mempengaruhi tahap keyakinan dan keberanian seseorang anak itu.

#2. Bagi anak makan lebih awal

Perut lapar, macam-macam ragamlah akan timbul. Kalau orang dewasa pun boleh mengamuk kalau lapar, inikan pula bayi yang tidak tahu apa-apa.

Sentiasa pastikan anak makan lebih awal sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Tidak kiralah perjalanan dekat atau jauh kerana kita sendiri tidak tahu keadaan jalan di luar sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada waktunya perjalanan dekat pun boleh jadi lama jika kita tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas. 

Namun sekiranya sebelum perjalanan anak masih kenyang, tidak perlu paksa dia untuk makan. Cukup hanya bekalkan sahaja di dalam kereta. 

#3. Sentiasa periksa pampers anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi khususnya akan sering meragam jika pampersnya kotor atau basah. Sebagai ibu, anda perlu bersiap sedia dengan membekalkan 1 beg kecil yang mengandungi pampers, tisu basah untuk kecemasan, tuala kecil, sabun travel, dan baju sepasang.

Kalau boleh simpan sahaja beg tersebut di dalam kereta kerana bila-bila masa anda mahu memulakan perjalanan ia sudah tersedia untuk dibawa. 

#4. Bekalkan susu yang secukupnya

Anak yang masih menyusu botol memerlukan bekal susu yang secukupnya. Adalah lebih baik jika anda tahu dan peka berapa jam sekali anak anda akan menyusu. Ini akan memudahkan urusan anda untuk memastikan susu dan semua kelengkapan persediaannya seperti botol susu, air panas, dan susu sentiasa tersedia.  

Pastikan juga letak beg yang berisi bekal susu ini pada bahagian yang paling hampir dengan anda supaya nanti jika anak meragam dengan pantas sahaja anda boleh membancuh susu untuknya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bekalkan permainan kesukaan anak

Mainan membantu anak untuk lebih fokus dan kurang gangguan. Biasakan bawa bekal permainan kesukaan anak-anak anda di dalam kereta.

Jika anak suka dengan patung beruang, maka bawalah patung beruang. Jika anak suka dengan pistol mainan, makalah bawalah pistol mainan juga. 

Disarankan untuk anda bawa permainan anak-anak yang bersaiz sederhana besar sahaja untuk keselamatan dan selesa. Anak-anak yang leka bermain akan kurang rasa bosan di dalam kereta.

#6. Isi minyak secukupnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan minyak dan angin tayar diisi dengan secukupnya. Anak biasanya akan bimbang dan rasa takut apabila ditinggalkan berseorangan di dalam kereta walaupun untuk tempoh masa yang sekejap.

Hal ini kerena, mereka hilang sentuhan dari orang yang dipercayai iaitu ibu bapa. 

Jadi lebih baik jika anda menyiapkan semuanya dari awal. Selain mengelak anak dari meragam, ia juga boleh menjimatkan masa perjalanan.

#7. Hanya beri gadget apabila perlu sahaja

Ramai ibu bapa di luar sana yang kerap memberikan gadget kepada anak apabila anak mula meragam atau mengamuk. Sebenarnya, tindakan ini agak tidak bijak kerana ketagihan anak kepada gadget kesannya akan lebih parah dari ragam anak di dalam kereta. 

Seboleh-bolehnya elakkan dari memberi gadget kepada mereka dan ambil alternatif lain untuk mententeramkannya seperti ajak bermain, bercakap dengan antonasi yang lembut dan menarik, dan sebagainya.

Namun jika terpaksa, hadkan penggunaan gadget pada anak. Download siap-sap kartun yang ingin ditonton anak-anak kemudian set dalam mood offline

#8. Pastikan anak sentiasa selesa

Keselesaan ibu bapa bergantung pada keselesaan anak. Anak yang selesa pula akan mempengaruhi pengalaman perjalanan anda.

Pastikan anak berada dalam keadaan dan cuaca yang selesa, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu sejuk. Kedudukan carseat juga haruslah dalam keadaan baik dan sempurna. 

Anak mabuk perjalanan jauh

Mabuk perjalanan bukan penyakit tetapi ia adalah salah satu simptom tindak balas normal  disebabkan pergerakan luar biasa yang berintensi tinggi dan mengambil tempoh yang lama. Gejala biasa yang berlaku adalah seperti loya, berpeluh, pening, mudah penat, dan muntah-muntah.

Jika anak mempunyai simptom seperti ini apa yang boleh anda lakukan pada anak adalah:

  • Tukar kedudukan carseat
  • Kurangkan makan
  • Hindari penggunaan gadget
  • Perhatikan simptom yang berlaku
  • Atur waktu perjalanan dengan lebih lancar dan teliti

Jadikan perjalanan pulang kampung anda adalah sesuatu memori yang paling menyeronokkan. Gunakan kreativiti anda untuk “memancing” mood si kecil dan raikan dengan semangat Aidilfitri yang bakal menjelma. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

Baca juga: Tip Travel Ketika Balik Kampung

Baca juga:  Hari Raya ’round’ kedua: Jom balik kampung!