Balik raya kampung menjelang Aidilfitri sememangnya memberikan keterujaan kepada sesiapa sahaja. Terutamanya untuk keluarga dan sanak saudara yang sudah bertahun tidak bertemu mata.
Walau bagaimanapun giliran balik beraya ini sering menjadi konflik antara suami isteri. Ada yang pulang dengan hati bahagia dan ada pula ‘terpaksa’ serta banyak makan hati dalam diam. Ikuti perkongsian Puan Pnut Syafinaz ini yang bakal membuka banyak mata.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Balik raya kampung jadi isu, isteri tidak mahu beraya di rumah mentua
- Peranan suami dalam mengendalikan isu dengan isteri
Balik raya kampung suami jadi isu, isteri tidak mahu beraya di rumah mentua
Dalam keseronokan berhari raya dan balik kampung, bukan semua berkongsi kegembiraan tersebut terutamanya bagi si isteri yang tidak selesa untuk tinggal lama di rumah mentua.
Kadang-kadang, masalah yang kecil juga boleh menjadi besar sekiranya isteri berterusan tidak selesa.
Antara isu yang dilihat remeh tetapi boleh menjadi keterlaluan adalah masalah tandas dan masalah aurat dengan ipar duai.
Masalah tandas yang berkongsi dengan ramai ahli keluarga boleh menimbulkan tidak kesenangan. Apatah lagi, apabila kekurangan ruang di rumah yang menyukarkan pergerakan dan ahli keluarga tidur beramai-ramai di ruang tamu.
Malah, batas aurat juga antara perkara yang perlu dipandang enteng oleh suami dan isteri. Isteri terpaksa berkorban dan memakai tudung setiap masa kerana ingin menjaga aurat.
Peranan suami dalam mengendalikan isu dengan isteri
Dalam isu balik kampung suami ini, suami sendiri kena pandai memainkan peranan mereka sekiranya mereka lihat si isteri tidak selesa dengan keadaan dalam rumah mentua. Jangan hanya kerana isteri tidak berkata-kata apa-apa, suami juga ingat isteri gembira.
Apa yang paling penting, si suami kena usahakan agar si isteri selesa tidur di rumah mentua. Jangankan pula si isteri terpaksa tidur beramai-ramai dengan keadaan yang tidak selesa dan terlihat tidak baik di ipar duai bukan muhrim yang lain. Jagalah aurat si isteri.
Suami juga harus pandai mengambil hati ibu bapanya dan pada masa yang sama menjaga kebajikan isteri. Sekiranya isteri tidak selesa, boleh usahakan untuk mencari tempat tidur lain. Tetapi si suami haruslah pandai dalam mencari alasan yang munasabah agar ibu bapa tidak berkecil hati.
Apa-apa pun, baik si suami atau si isteri hormatkanlah orang tua. Ingatlah bahawa masa bersama mereka tidak lama kerana satu hari anda pasti merindui air tangan serta kehadiran orang tua anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Ibu Mentua Sanggup Buang Juadah Raya Yang Menantu Buat Kerana Takut Terbawa Covid-19
Baca Juga: Bila Ramai-Ramai Balik Kampung, Jagalah Aurat Dengan Ipar Agar Tidak Terpalit Dosa
Baca Juga: Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan