7 Adab Bangunkan Anak Dari Tidur, Jangan Main Sergah Ketika Mereka Sedang Lena

Bangun tidur anak yang sedang lena tidak boleh main sergah. Ibu ayah hendaklah teliti beberapa adab yang dianjurkan dalam Islam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa pernah buat, kejut orang main ‘sergah’ dan selepas itu, kita yang kena marah semula. Sebenarnya ada adab tertentu bila anda ingin kejut bangun tidur anak sama ada bayi, kanak-kanak ataupun dewasa.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 7 adab bangun tidur anak yang dianjurkan dalam Islam

Adab-adab ini bukan hanya boleh diamalkan sewaktu mengejutkan anak-anak, malah jika ingin bangunkan orang dewasa daripada tidur juga boleh dilakukan. 

7 adab bangun tidur anak yang dianjurkan dalam Islam

1- Memberi salam terlebih dahulu kepada anak yang sedang tidur. Gunakan suara yang lembut dan jangan terus ‘sergah’ anak. 

2- Sentuh hujung ibu jari kaki anak dan goyangkannya perlahan.

3- Panggil nama anak dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4- Sekiranya anak masih belum bangun daripada tidur, ibu dan ayah boleh kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5- Teruskan memanggil nama anak dan panggillah dengan sayang, manja atau anak.

6- Bangunkan sambil memuji anak sebagai contoh, ‘bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin’.

7- Setelah anak bangun daripada tidur, usap kepala anak sambil berucap dengan lembut supaya anak mandi, menunaikan solat subuh dan bersiap segera untuk ke sekolah menjadi anak yang bijak pandai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan mengaplikasikan kaedah dan adab ini, insya-Allah anak ibu dan ayah akan bangun daripada tidur dalam keadaan badannya segar manakala, otaknya cergas.  Hal ini kerana dia dibangunkan dengan penuh kasih sayang. 

Adab dan kaedah ini juga tidak tertumpu kepada anak-anak sahaja, bahkan untuk suami yang mahu mengejutkan isteri atau isteri mahu bangunkan suami daripada tidur.  Semoga dapat diamalkan bersama-sama.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Pastikan Anda Peka Waktu Tidur Bayi Yang Betul!

Baca juga: Aktiviti Melompat Bagus Untuk Anak, Bantu Bina Emosi Yang Baik & Mudahkan Tidur Si Manja

Baca juga: Bapa Panik Lihat Bayi Meronta-Ronta Muka Tertutup Selimut, Ibu Tidur Sebelah Tak Perasan Langsung!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan