X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bantal Tidur Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Itu Penting Untuk Cegah Sindrom Flat Head

5 min bacaan
Bantal Tidur Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Itu Penting Untuk Cegah Sindrom Flat Head

Pentingnya untuk ibu ayah mendapatkan bantal tidur yang betul untuk bayi baru lahir demi mengelakkan sindrom flathead pada si comel.

Sindrom flat head, juga dikenali sebagai plagiocephaly adalah satu masalah yang melibatkan tumbesaran bayi di mana kepala bayi mengalami pembentukan yang salah. Ia sebenarnya disebabkan pemilihan bantal tidur yang salah.

Sindrom ini menyebabkan bahagian belakang atau sisi kepala menjadi mendatar atau tidak bulat sekata. Ia sering kali terjadi pada bayi baru lahir yang mana pada peringkat usia ini bayi banyak menghabiskan waktu dalam posisi berbaring atau terlalu lama dalam posisi tertentu.

Penyebab Sindrom Flat Head

Bantal Tidur Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Itu Penting Untuk Cegah Sindrom Flat Head

Antara dua sebab berlakunya sindrom flat head pada bayi baru lahir adalah kerana:

1. Posisi tidur

Bayi yang sering tidur dalam posisi terlentang atau dengan kepala yang selalu menghadap ke satu sisi tertentu, seperti arah yang sama ketika diberi makan atau sewaktu tidur, berisiko lebih tinggi untuk mengalami sindrom flat head atau deformation pada bahagian kepala.

2. Tekanan pada tulang yang lembut

Tulang tengkorak bayi baru lahir masih lembut dan ia dengan mudahnya boleh berubah bentuk. Jika bayi selalu meletakkan tekanan yang berlebihan pada satu sisi kepalanya, sebagai contoh ketika tidur terlalu lama pada satu posisi yang sama, ini membuatkan tulang tengkoraknya boleh berubah bentuk dan menyebabkan ia mendatar atau bentuk kepalanya tidak sekata.

Tanda-tanda Sindrom Flat Head

Bantal Tidur Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Itu Penting Untuk Cegah Sindrom Flat Head

Terdapat beberapa tanda sindrom flat head yang ibu ayah patut beri perhatian sebelum ia terlambat untuk dirawat. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Kepala mendatar atau tidak sekata: Salah satu tanda utama sindrom flat head adalah adanya deformasi pada bahagian belakang atau sisi kepala bayi. Bahagian kepala yang terdapat tekanan berlebihan boleh kelihatan mendatar atau memiliki bentuk yang tidak simetri.

  2. Posisi mata dan telinga yang tidak sekata: Sesetengah kes, sindrom flat head dapat menyebabkan posisi mata dan telinga bayi menjadi tidak sejajar atau tidak sekata.

  3. Perubahan pola rambut: Sesetengah bayi dengan sindrom flat head akan mengalami pola rambut yang boleh berubah atau menipis di sekitar kawasan yang terdeformasi.

Pencegahan Sindrom Flat Head

elak sindrom flathead dengan bantal yang tepat

Khusus buat pasangan yang baru bergelar ibu ayah, sebenarnya ada cara untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku pada si comel anda. Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil:

  • Tidur dengan posisi yang berlainan

Penting bagi ibu ayah atau penjaga bayi untuk memastikan bayi tidur dengan posisi kepala yang berbeza setiap kali tidur. Mengubah posisi kepala sewaktu tidur dapat membantu mengurangkan tekanan yang berlebihan pada satu sisi kepala dan mencegah deformasi.

  • Berinteraksi secara aktif

Melibatkan bayi dalam kegiatan interaktif seperti bermain, menggendong, atau membawa bayi dalam baby carrier jenis sling dapat membantu mengurangkan waktu yang diperuntukkan bayi dalam posisi berbaring.

  • Tummy time

Memberikan bayi peluang untuk meniarap di atas perutnya dengan pengawasan yang ketat dapat membantu menguatkan otot-otot leher dan punggung serta mencegah deformasi kepalanya.

  • Rujuk doktor

Jika anda melihat terdapat sebarang tanda-tanda sindrom flat head pada bayi anda, penting untuk ibu ayah mendapatkan pemeriksaan dengan doktor. Pakar kanak-kanak akan memberikan evalluasi  yang tepat dan memberikan cadangan  atau rawatan yang sesuai.

  • Menggunakan bantal yang tepat

Pemilihan bantal yang tepat untuk bayi dapat membantu mencegah sindrom flat head. Gunakan bantal yang lembut dan sesuai dengan ukuran kepala bayi.

Kami ada cadangan bantal tidur yang bagus untuk bayi di bawah.

ClevaFoam Infant & Baby Pillow

Bantal Tidur Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Itu Penting Untuk Cegah Sindrom Flat Head

Bantal tidur khusus untuk bayi ini adalah ciptaan berdasarkan kajian yang dilakukan dan ia telah dihasilkan bersama sebuah universiti terkenal dunia, University at Trinity College di Dublin.

Clevamama membawakan bantal tidur dengan teknologi terkini ClevaFoam yang mana direka, dicipta dan dihasilkan khusus untuk bayi. Ia diperbuat daripada tilam polyurethane daya tahan rendah.

bantal Clevamama untuk bayi

Ia dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan tubuh dan sendi bayi yang membesar dengan cepat. Yang pentingnya adalah ClevaFoam Baby Pillow melindungi bentuk bulat kepala bayi yang masih lembut dalam membantu mencegah sindrom flat head, yang biasa berlaku di kalangan bayi baru lahir.

Malah, bantal ClevaFoam ini juga adalah satu-satunya produk yang secara saintifik terbukti dapat mengurangkan tekanan pada bahagian belakang kepala bayi sebanyak 50 peratus dan meningkatkan sokongan sebanyak 80 peratus. 

Kenapa Patut Pilih ClevaFoam?

bantal ClevaFoam

Antara sebab penting yang ibu ayah boleh pertimbangkan untuk pilih bantal bayi ClevaFoam adalah kerana:

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
  • Sokongan pada tekanan

Ia memastikan yang berat kepala terbahagi sekata di atas bantal tersebut, di samping menyediakan sokongan untuk penjajaran tulang belakang.

Bantal Tidur Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Itu Penting Untuk Cegah Sindrom Flat Head

  • Boleh bernafas

Ia merupakan satu bantal yang membolehkan udara untuk melepasinya dan bayi bebas lembapan, yang mana akan membantu untuk mengurangkan pengekalan haba pada bantal dan membantu untuk memastikan suhu bayi dikawal dengan baik.

  • Hipoalergenik

Ia dihasilkan hipoalergenik, bebas phthalates dan toksin. Sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah asma dan alergi.

Anda boleh mendapatkan rangkaian penuh ClevaFoam termasuk bantal, tilam dan sleep pods yang menawarkan keselesaan maksima, menyokong dan mewah untuk bayi menerusi link ini.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kepala Bayi Lonjong Atau Leper? Cuba Tips Doktor Ini, Supaya Ia Kembali Bulat, Normal!

Baca juga: Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

Baca juga: Ibu Boleh Cegah Sindrom Flat Head Pada Anak Dengan Menggunakan Bantal Baby Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bantal Tidur Yang Betul Untuk Bayi Baru Lahir Itu Penting Untuk Cegah Sindrom Flat Head
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham