5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

lead image

Memberi peranti midah alih pada anak terbukti membuatkan anak lambat bertutur. Jom ikut 5 petua anak lambat bercakap yang menarik ini untuk bantu anak bercakap!

Di zaman serba canggih ini, memang susah untuk kita mengelak teknologi yang ada di depan mata. Tapi, tahukah anda yang gajet ini sebenarnya mampu menyebabkan anak lambat bercakap? Ha… kalau anak anda lambat bercakap, ini antara petua anak lambat bercakap yang anda boleh amalkan.

Menurut kajian baru dari Hospital Kanak-Kanak Sakit di Toronto, anak bawah umur 2 tahun yang didedahkan dengan masa skrin peranti mudah alih boleh mengalami kelewatan pertuturan dan bahasa

Ini termasuklah sukar untuk mengembangkan perbendaharaan kata dan kesukaran menguasai tatabahasa asas dan sintaksis.

Jadi, inilah masanya untuk anda letakkan telefon dan tablet ke bawah dan guna 5 tip petua anak lambat bercakap ini untuk mengembangkan pertuturan anak. Jom semak bagaimana anda boleh bantu anak bercakap ini!

5 petua anak lambat bercakap: Apa cara untuk bantu anak bercakap tanpa guna teknologi?

1. Petua anak lambat bercakap: Cakap dengan anak anda sepanjang masa

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/shutterstock 106791110.jpg 5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

Percaya atau tidak, kanak-kanak belajar bercakap melalui interaksi dari manusia dan bukan dari skrin. Jadi, bercakaplah dengan anak anda sebanyak yang mungkin.

Bercakap dengan anak mengenai dunia sekeliling dan beritahu mereka apa yang anda nampak dan terangkannya pada anak anda. Tanya soalan kepada anak untuk mendorong mereka bercakap, seperti “apa yang adik nampak dekat langit tu?”

Jadikan anak sebagai rakan untuk anda berbual walaupun mereka belum pandai bercakap. Mereka suka mendengar suara anda dan dengan itu, anda akan mendedahkan mereka dengan bahasa yang mereka perlu dengar.

2. Petua anak lambat bercakap: Nyanyi pada anak anda

Anda mungkin tidak sukakan suara nyanyian anda, tapi anak anda tidak kisah. Malah, mendengar lagu yang sama berulang kali boleh membantu anak kecil belajar bahasa.

Kajian menunjukkan yang bayi memberi respon positif kepada perkataan yang mereka dengar berulang kali.

Sesiapa yang mencipta lagu kanak-kanak tradisional memang orang yang bijak kerana kajian menunjukkan yang ia membantu perkembangan celik huruf untuk anak anak.

3. Petua anak lambat bercakap: Bawa buku bersama anda

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/multiple births risk background.jpg 5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

Bawa 2 atau 3 buku bergambar kesukaan anak apabila anda pergi ke mana-mana sahaja dengan anak.

Walaupun anak belum boleh membaca, mereka boleh menyelak muka surat dan melihat gambar untuk bercerita. Jika anda terlalu sibuk untuk membacakan buku pada anak, suruh mereka bercerita atau beritahu tentang gambar-gambar yang mereka lihat pada anda.

Buku boleh melatih anak untuk menyelak muka surat dah bercerita. Kajian menunjukkan yang kanak-kanak tidak belajar membaca melalui e-books!

4. Petua anak lambat bercakap: Fokus pada pendengaran

Pendengaran adalah sama penting dengan percakapan untuk perkembangan bahasa. Bantu anak untuk menjadi pendengar yang baik dengar menyuruh mereka mengikut arahan yang mudah.

Ajar anak anda arahan seperti melambai atau suruh mereka tunjuk anggota badan, baju atau mainan kesukaan mereka. Anda boleh lakukan aktiviti ini semasa waktu mandi, semasa menyiapkan anak anda, ketika melipat baju atau semasa menyimpan mainan anak.

Fokuskan diri anda untuk jadi seorang pendengar yang baik dengan mendengar apa yang anak anda katakan. Jika anda bercakap dengan anak anda, berhenti seketika untuk memberikan ruang pada mereka untuk respon pada percakapan anda.

5. Petua anak lambat bercakap 3 tahun: Kanak-kanak sukakan barang dapur

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/8 Creative Ideas for Sensory Play With Baby Using Househol 12179 cacf7de63b 1482331166.jpg 5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

Jika anda perlukan bantuan untuk menghiburkan anak anda sementara anda masak, keluarkan bekas-belas plastik, penutup dan sudu.

Anak anda boleh bermain dengan barang tersebut, menyusun, berpura-pura mengacau atau mengetuk barang-barang ketika anda memasak.

Beritahu anak anda tentang barang dapur yang anda sedang gunakan dan cakap dengan mereka tentang makanan yang anda masak. 

Kanak-kanak belajar tentang perkataan mengenai makanan lebih awal kerana ia dekat dengan mereka.

Moga dengan tips ini, ibu bapa boleh mengurangkan masa skrin anak anak dan meluangkan lebih masa untuk bercakap dan bermain dengan anak anak.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Carolina Parent

Baca juga: 

30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!