TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bantuan Anak Selangor 2024, Cara Mohon & Siapa Yang Layak

5 Sep, 2024
Bantuan Anak Selangor 2024, Cara Mohon & Siapa Yang Layak

Bantuan anak Selangor tersedia untuk mereka yang lahir di Selangor terdiri daripada pelbagai bentuk seperti pendidikan dan polisi insurans.

Selangor antara negeri yang banyak menyediakan bantuan untuk warganya menerusi lebih 40 inisiatif. Ia termasuklah bantuan anak Selangor yang terdiri daripada segenap aspek termasuklah pendidikan, jaminan kewangan malah polisi insurans.

Bantuan Anak Selangor 

1.Skim Insurans Am Selangor

Perlindungan takaful am berkumpulan kepada Rakyat Selangor berumur bemula dari 30 hari sehingga 80 tahun dengan premium takaful ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Jenis pampasan adalah kematian akibat kemalangan (RM11,000), kematian akibat kemalangan di luar negara (RM21,000),  hilang upaya kekal akibat kemalangan (RM10,000) dan tuntutan kemasukan wad RM50/hari(maksimum 30 hari). Inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayangAnda boleh mohon dan dapatkan maklumat lanjut di www.programinsan.com/

bantuan anak Selangor, lampin untuk bayi kulit sensitif, lampin bayi sensitif, lampin bayi alergi, lampin untuk bayi sensitif

2.Iltizam Selangor Sihat

Program Iltizam Selangor Sihat ini merangkumi manfaat rawatan asas di klinik-klinik berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih, dan penambahan manfaat perlindungan yang boleh dimohon tuntut oleh ahli aktif/waris. Maklumat lanjut layari www.iltizamselangorsihat.com/.

3.Iltizam Anak Selangor

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi baru lahir.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran. Maklumat lanjut layari anas.yawas.my/online/

4.Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC)

Bagi anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang latihan dan vokasional, anda boleh daftarkan diri di Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC). Pelbagai kursus ditawarkan bawah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor dengan yuran pengajian serta penginapan ditanggung Kerajaan Negeri.

Ia termasuk kursus elektrik (tahap 2), sistem komputer (tahap 3), jahitan (tahap 1 & 2), automotif (tahap 2), kulinari (tahap 2), pastri (tahap 2) dan motosikal (tahap 1 & 2). Maklumat lanjut layari stdc.edu.my/

5.Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Terdapat juga Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun. Penyata Simpanan TAWAS ini adalah dokumen penting yang perlu disertakan semasa membuat tuntutan RM 1500 apabila mencapai usia 18 tahun.  Maklumat lanjut layari tawas.yawas.com.my/

6.Skim Air Darul Ehsan

Program penjajaran semula pemberian air percuma kepada golongan sasar penduduk Negeri Selangor yang berkelayakan untuk menikmati pemberian rebat air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang). Maklumat lanjut layari www.selangorpenyayang.com/program/skim-air-darul-ehsan-sade

7. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Bantuan barangan asas serta barangan persekolahan dan pendidikan melalui penggunaan e-wallet. Bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). Pemohon berpendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah. 

Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah juga boleh memohon. Maklumat lanjut layari www.bingkasselangor.com.

8.Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)

Pembelajaran kelas tambahan percuma menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Melibatkan kelas tambahan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan bagi pelajar tingkatan empat dan lima. 

Boleh diakses melalui portal ePTRS itu yang memuatkan kedah menjawab soalan dan menyediakan modul ulang kaji boleh diakses semua pelajar. Maklumat lanjut layari eptrs.my/welcome-learning

9.Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)

Bantuan tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti dan bertujuan membantu golongan ibu-ibu bapa kategori B40 dan M40.

Permohonan dan pertanyaan lanjut boleh rujuk ke Universiti Selangor (UNISEL) / Universiti Islam Selangor (UIS). Maklumat lanjut layari unisel.edu.my/bantuan-asas-yuran-universiti-bayu-universiti-selangor-unisel/

10.Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)

Program pinjaman komputer ‘refurbished’ yang bertujuan membantu pengguna yang kurang berkemampuan untuk mengadakan sudut pembelajaran di rumah.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!

Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isirumah kurang RM 8,000.00 sebulan. Peminjam yang masih bersekolah hanya diberi pinjaman set Desktop sahaja. Maklumat lanjut layari www.ppas.gov.my/form_sepintas/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bantuan Ibu Bersalin 2024 (BIB): Semak Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan RM450

Baca juga: Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

Baca juga: Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bantuan Anak Selangor 2024, Cara Mohon & Siapa Yang Layak
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham