Senarai Bantuan Anak Lahir 2023 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon

Bantuan bayi baru lahir 2022 dan 2023 hendaklah menepati syarat yang ditetapkan. Berikut panduan lengkap untuk anda melakukan permohonan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda beberapa kerajaan negeri ini menawarkan bantuan bayi baru lahir 2022 dan 2023? Ia adalah inisiatif kerajaan bagi meringankan beban ibu ayah serta menggalakkan lagi kadar kelahiran di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa setiap anak membawa rezeki dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Bagi ibu ayah yang masih tercari-cari maklumat mengenai bantuan bayi baru lahir ini, kami kongsikan beberapa panduannya bagi memudahkan urusan anda.

Bantuan bayi baru lahir 2022 dan 2023 mengikut negeri

#1. Selangor

Bantuan bayi baru lahir 2022 Selangor adalah melalui program Iltizam Selangor Sihat. Sebelum ini ia merupakan skim insurans kesihatan dan telah ditambah baik.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke akaun berkenaan bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai usia 18 tahun dan keatas.

Syarat kelayakan:

  • Anak kelahiran bermula tahun 2023
  • Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
  • Bayi lahir di Selangor

Kelayakan ibu bapa atau penjaga:

  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
  • Sedang menetap di Selangor 
  • Pengundin berdaftar di Selangor

Permohonan Program Iltizam Selangor ini dibuka mulai 1 Ogos 2022 di laman web anas.yawas.com.my/.

Ia dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang yang menetapi syarat dan akan ditutup serta-merta apabila mencapai jumlah yang ditetapkan.

#2. Pahang

Kerajaan Pahang turut menawarkan bantuan bayi baru lahir 2022 melalui program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) yang berjumlah RM300.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Program bantuan ini bertujuan meringankan beban ibu ayah yang memerlukan duit untuk membeli barangan penjagaan bayi dan ibu dalam pantang. Bukan itu sahaja menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata tujuan kenaikan sagu hati ini adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih rendah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi 09-512 6600.

#3. Kedah

Bagi ibu ayah di negeri Kedah yang baru sahaja menimang cahaya mata, kerajaan negeri Kedah telah memperkenalkan Program Anakku Sejahtera dengan menyalurkan insentif kelaahiran sebanyak RM100.

Ia diberi secara one-off kepada akaun Simpanan SSPN Prime kepada setiap bayi yang lahir pada tahun 2023.

Ibu ayah yang mendaftar anak baru dilahirkan di negeri Kedah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023 akan layak menikmati insentif ini.

#4. Perak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak telah memperuntukkan sebanyak RM200 bagi bayi kelahiran Perak bermula tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i).

Syarat permohonan:

  • Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malayia dengan kelahiran negeri Perak 
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019)
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun
  • Ibu atau bapa kelahiran Perak tetapi sedang beralamat di luar negeri Perak atau ibu atau bapa kelahiran luar negeri Perak telah bermastautin di Perak melebihi 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin di negeri Perak dari Penghulu Mukim atau Ketua Kampung diperlukan)

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

#5. Terengganu

Skim Permata Sejahtera adalah sebuah bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah bentuk-bentuk sumbangan:

    • Anak Pertama hingga Keenam  RM100
    • Anak Ketujuh-RM200
    • Anak Ke-8 – RM 300
    • Anak ke-9-RM400
    • Anak ke-10-RM500

Syarat permohonan:

Syarat 1: Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada Januari 2023 hingga Disember 2023.

Syarat 2: Bagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.

Syarat 3: Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.

Syarat 4: Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai (bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu atau hubungi di talian.

#6. Sarawak

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.
(v) Bagi kategori anak angkat:
a) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; dan
b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

#7. Johor

Kerajaan Negeri Johor menyediakan sumbangan percuma caruman RM100 bagi setiap kelahiran sebagai bantuan anak lahir 2023 di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i  melalui Dana Didik Johor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di antara syarat-syarat bantuan anak lahir 2023 yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 01hb Januari 2023;
  • Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
  • Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan;
    Syarat Tambahan:
    i) TARIKH AKHIR permohonan Dana Didik Johor 2023 adalah dalam tempoh 30 HARI selepas dari TARIKH BAYI DILAHIRKAN

Tempoh Permohonan : Dibuka sepanjang tahun 2023.

Hantar Permohonan : Diemelkan ke danadidikjohor@ypj.gov.my ATAU dihantar ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor. Dana Daripada : YPJ

#8. Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang telah melancarkan bantuan anak lahir 2023 di bawah program Anak Emas, iaitu anak yang dilahirkan akan mendapat bantuan sebanyak RM200.

Bantuan anak lahir 2023 ini hanya boleh dipohon sekali bagi seorang anak. Permohonan untuk anak mestilah dibuat 2 tahun sebelum tarikh kelahiran.

Permohonan boleh dibuat hanya secara online. Selepas membuat permohonan, permohon perlulah mencetak borang yang siap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan.  

Dokumen-Dokumen ini perlulah dihantar secara POS ataupun secara manual ke Pejabat Daerah yang tertera dalam borong permohonan.

Syarat permohonan bantuan anak lahir 2o23:

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.
  • Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. 

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk bantuan anak lahir 2023:

  1.  Salinan Sijil Kelahiran anak
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa
  3. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  4. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

Baca juga: Cara Azan Bayi Baru Lahir Dengan Tertib, Bakal Bapa Prepare Awal-Awal Agar Tidak Tersalah!

Baca juga:  Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!