Isteri Terlalu Inginkan Anak, Suami Terpaksa 'Beli' Dari Sindiket Culik & Jual Bayi!

Tindakan pasangan ibu dan bapa angkat yang terdesak mahu anak sanggup menggunakan sindiket culik dan jual bayi untuk melunaskan impian mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdesak untuk memiliki anak mungkin antara sebab ada yang sanggup bertindak menggunakan sindiket untuk memiliki anak. Seperti kisah wanita ini yang tahu ibu dan bapa angkat yang memeliharanya ‘membelinya’ dari sindiket jual bayi!

Sindiket jual bayi memang bukan asing dalam masyarakat dunia, kerana memang wujud sindiket sebegini kerana adanya permintaan yang tinggi.

Persoalannya, apakah perasaan bayi yang akhirnya akan menjadi dewasa ini apabila mereka dapat tahu bahawa mereka adalah bayi yang ‘dibeli’ keluarga daripada sindiket? Bersyukurkah mereka kerana dijaga oleh keluarga yang memang mahukan mereka? Atau kecewa kerana sikap keluarga itu yang mencuri mereka daripada ibu bapa kandung. 

Ibu bapa angkat terdesak mahu anak, sanggup beli dari sindiket jual bayi

Kredit: dailymail

Menjadi anak angkat masih lagi boleh diterima akal, tetapi mengetahui bahawa ibu bapa angkat sebenarnya membelinya daripada sindiket culik dan jual bayi, amat memeritkan hati.

Wanita ini berkata beliau tidak menyangka usahanya untuk menjejaki ibu bapa kandung setelah diberitahu statusnya sebagai anak angkat akhirnya membongkar kisah sebenar.

Beliau sebenarnya pernah diculik oleh sindiket culik dan jual bayi. Ibu dan bapa angkatnya kemudian membeli wanita ini dan dijadikan sebagai anak mereka.

Perit untuk diketahui, bagaimanapun itulah yang terpaksa diterima wanita ini. Beliau bagaimanapun menganggap tindakan kedua ibu bapa angkat itu bukan kasih sayang, tetapi ia adalah satu tindakan terdesak.

Status anak angkat, bila anda patut beritahu anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: hasrulhassan

Ramai pasangan ibu bapa yang telah mula mengambil langkah untuk mengambil anak angkat sebagai salah satu cara untuk mereka membesarkan keluarga.

Sebab-sebabnya begitu subjektif kerana pastinya setiap pasangan mempunyai sebab-sebab peribadi. Ada yang mengambil anak angkat sebagai cara alternatif kerana ketidakupayaan mendapatkan anak dan ada juga yang mengambil anak angkat atas dasar kasih sayang.

Apa pun sebab anda, sesungguhnya anda telah melakukan sesuatu yang mulia dan umum anda sudah mengetahui bahawa terdapat cabaran dalam menjaga anak angkat.

Anak anda akan membesar suatu hari nanti dan ibu bapa kerap kali menangguhkan keputusan untuk memberitahu anak mereka kerana mengganggap bahawa masih banyak masa lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Nantilah beritahu tunggu masa yang sesuai.” Tetapi, bilakah sebenarnya masa yang sesuai untuk memberitahu anak anda? Selain itu, ini adalah antara persoalan yang bermain di minda ibu bapa.

Soal mengenai waktu yang tepat juga subjektif kerana ia bergantung kepada kesediaan ibu bapa dan anak. Namun, jangan anda melengah-lengahkan waktu untuk memberitahu anak anda kerana jika anda terlewat memberitahu anak anda dan menunggu sewaktu anak anda sudah meningkat umur dewasa, sifat ketidakjujuran yang berlaku dalam keluarga hanya akan memakan diri saja.

Bagaimana cara terbaik untuk beritahu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: blograhaman

Anda lebih kenal anda anak. Jadi ini antara tips yang boleh digunakan berdasarkan pengalaman mereka yang pernah melaluinya.

#1. Jujur dan berterus terang

Jangan berselindung di sebalik kata-kata dan cuba untuk bercakap dengan tidak jelas kepada anak anda. Berterus-teranglah dengan anak anda mengenai statusnya dan mengenai pengambilan anak angkat.

Jika ibu bapa kandung anak anda masih ada, anda juga boleh memberitahu anak anda bahawa ibu dan bapa kandungnya masih hidup daripada anak anda tercari-cari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Yakinkan anak anda tetap sayang mereka

Katakanlah kepada anak anda bahawa tidak ada satu perkara pun yang akan berubah dan kasih sayang anda kepada anak anda juga tidak akan tergugat.

Anak anda adalah anak anda tidak kira apa jua statusnya. Anda akan kekal menyayangi walau apa jua berlaku.

#3. Beri anak ruang bertanya

Anak anda pasti mempunyai banyak soalan mengenai status anak angkat. Siapa dirinya, dari mana dia datang, siapa ibu bapanya dan yang paling sadis, mungkin apabila anak anda bertanya adakah ibu bapa kandungnya tidak menyayanginya.

Banyak persoalan yang anak anda ingin tanya, jadi berikan ruang kepada anak anda untuk bertanyakan soalan. Jawablah sejujurnya yang anda boleh dan jangan biarkan anak anda tertanya-tanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: vulcanpost

Baca juga: Cara & Proses Pengambilan Anak Angkat Mengikut Undang-Undang Di Malaysia

Baca juga: 7 Artis Popular Yang Ambil Anak Angkat, Ada Yang Ambil Sejak Mereka Bujang Lagi!

Baca juga: Tersilap Ambil Anak Angkat, Ingatkan Umur 6 Tahun, Rupanya Sudah 21 Tahun!

Penulis

Lala Annuar