Tak sangka ingatkan dalam filem The Orphan saja yang menampilkan watak anak angkat bernama Esther yang psiko dan bunuh keluarga angkat, rupa-rupanya di alam nyata juga ada wanita dewasa yang berumur 21 tahun menyamar jadi budak perempuan berusia enam tahun!
Anak angkat yang diambil rupa-rupanya wanita dewasa berumur 21 tahun
Menurut laporan yang ditulis dalam Harian Metro, sepasang suami isteri hidup dalam ketakutan selepas mengetahui anak angkat yang disangka berumur enam tahun tapi rupa-rupanya seorang wanita dewasa yang hanya menyamar jadi kanak-kanak kerana tubuhnya yang bersaiz kecil.
Lebih menyeramkan, wanita dewasa itu katanya mempunyai masalah mental dan pernah cuba untuk membunuh pasangan suami isteri itu dengan menikam pisau dan meletakkan racun dalam minuman. Perghhh memang seram!
Kisah tersilap ambil anak angkat ini dialami sendiri oleh Kristine, 45 dan suaminya Micheal Barnett, 43 selepas mereka mengambil anak angkat perempuan yang berasal dari Ukraine yang menghidap penyakit tulang pada tahun 2010.
Anak angkat datang bulan & tumbuh bulu di kemaluan
Apatah lagi, sijil kelahiran budak perempuan yang diberi nama Natalia ini menunjukkan bahawa dia berumur enam tahun semasa mereka mengambilnya, tetapi sebenarnya dia telah berumur hampir 21 tahun!
Hal ini kerana, Natalia dipercayai menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia tidak dapat membesar seperti mana wanita dewasa yang lain.
Dalam temubual dengan akhbar tempatan di sana, Kristine memberitahu semuanya nampak normal pada mulanya tapi selepas itu dia mulai mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Natalia bila melihat budak tersebut datang bulan dan ada bulu kemaluan.
Semasa ditemubual, Kristine menangis dan menambah budak perempuan itu juga bercakap seperti orang dewasa. Malah dia juga pernah melihat kanak-kanak itu mencampurkan peluntur ke dalam minumannya dan cuba menikam mereka semasa tidur.
Lantas dengan keadaan yang berlaku itu membuatkan pasangan suami isteri ini rasa takut untuk tidur malam kerana bimbang jika Natalia menceroboh masuk ke dalam bilik mereka.
Natalia menghilangkan diri
Akhirnya segala kecurigaan Kristine nampaknya benar-benar terjadi apabila pemeriksaan kesihatan yang dilakukan mendapati Natalia sebenarnya seorang wanita dewasa yang turut menghidap penyakit mental.
Kristine dan suaminya juga berusaha mendapatkan perintah mahkamah bagi mengesahkan Natalia sebenarnya wanita dewasa dan pernah dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan mental.
Walau bagaimanapun, mereka berdua sudah pun bercerai dan meninggalkan Natalia di sebuah apartment Lafayette, Indiana pada 2013.
Buat masa sekarang, mereka tidak tahu di mana Natalia berada dan bimbang jika wanita itu menyamar lagi menjadi kanak-kanak untuk keluarga yang lain.
Pendaftaran anak angkat
Undang-undang di Malaysia tidak meletakkan sebarang syarat untuk mengambil anak angkat supaya didaftarkan. Akan tetapi, anak yang tidak didaftarkan akan mengalami kesukaran untuk melengkapkan urusan rasmi seperti mendaftar sekolah, permohonan kad pengenalan dan passport.
Keduanya, jika tak didaftarkan anak tersebut tidak boleh mengambil polisi takaful bagi melindungi mereka kerana sijil pengambilan anak angkat diperlukan bagi mendaftar polisi berkenaan.
Proses pendaftaran memerlukan mereka yang berhasrat supaya memelihara anak tersebut sekurang-kurangnya dua tahun sebelum didaftarkan sebagai anak angkat di Jabatan Pendaftaran Negara secara sah.
Tempoh dua tahu itu bermula semasa ibu kandung menyerahkan anak mereka kepada keluarga agkat melalui Surat Keizinan Berkanun. Selepas tempoh mencukupi, mereka boleh memohon untuk mendapatkan sijil pengangkatan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Pengiktirafan ini penting bagi melindungi hak ibu bapa dan anak angkat contohnya jika ibu bapa kandung ingin kembali mengambil anak mereka dan mahu jaganya semula maka tindakan mereka itu adalah salah dari segi undang-undang.
******
Kesimpulannya, selidik terlebih dahulu maklumat diri dan keluarga anak angkat yang ingin anda ambil sebelum mereka menjadi sebahagian dari keluarga anda. Semoga kita dijauhkan dari kejadian yang tidak diingini.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Coretan Media
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Cara & Prosedur Pengambilan Anak Angkat Mengikut Undang-Undang Di Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!