X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Trik Bapa Ini Hukum Anaknya Yang Mencuri Sungguh Unik Dan Berkesan!

29 Aug, 2017
Trik Bapa Ini Hukum Anaknya Yang Mencuri Sungguh Unik Dan Berkesan!

Apa anda buat jika si manja anda mencuri? Anda akan pukulnya? Trik bapa ini mengendali kes anaknya mencuri sungguh bijak dan ia terbukti berkesan!

Kes anak mencuri

Kira-kira enam bulan lalu, anak lelaki bongsu saya melalui fasa “suka makan gula-gula berangin”.

Pelik kan, anda mungkin fikir mengapa saya beritahu anda hal ini? Tapi tunggu – saya ada cerita menarik untuk dikongsi bersama anda.

Saya bukanlah ibu yang jahat. Saya ada beli gula-gula berangin sekali-sekala untuk anak saya. Tapi kalau ikut perangai dia, hanya itu yang akan dia makan saja. 

Sudah tentu saya harus tetapkan had. Ini bermakna anak kecil saya akan membuat keputusan untuk mengambil tindakan sendiri.

Apabila disekat, anak akan mula mencuri

Jadi ini pengakuan jujur saya: Anak lelaki saya tekad melunaskan keinginannya untuk makan gula-gula berangan, dengan mencuri. 

Trik Bapa Ini Hukum Anaknya Yang Mencuri Sungguh Unik Dan Berkesan!

Bukan sekali tapi tiga kali dari pusat beli-belah!

Kali pertama – dia ambil sepaket dari rak, mencangkung di satu sudut dan makan kesemuannya, kemudian tunjuk poket kosong kepada saya.

Kali kedua –  dia ambil sepaket apabila saya tak nampak dan bersungguh-sungguh cuba meletakkannya dalam bag barangan yang sudah dibayar. 

Kali ketiga – dia berjaya menyorokkan hasil curi dalam poket dan hampir membawanya ke kereta sebelum dia tiba-tiba jadi sangat baik dan menawarkan saya seketul gula-gula berangin.

Saya tak mendiamkan diri. Dia dipaksa untuk memulangkan semula gula-gula tersebut. Dan meminta maaf dengan pengurus pasaraya.

Saya cakap dengan dia tentang apa yang dia lakukan itu salah. 

Saya juga menyebut tentang polis dan penjara! (ok, saya bukanlah ibu yang sempurna). Dan mungkin sebab dia sudah semakin besar, ‘perbualan’ kami berjaya, dia tidak lagi mencuri.

Tapi… apabila saya terbaca tentang cara seorang bapa ini mengendalikan dengan bijak situasi anaknya mencuri, saya benar-benar teruja!

Trik bapa ini mengendali situasi anak mencuri sungguh unik dan berkesan!

Perkongsian bapa itu dengan pihak Reddit adalah seperti berikut;

Seperti saya, bapa ini dapat tahu yang anaknya yang berusia 5 tahun, telah membuat kesalahan apabila dia menawarkan sekeping gula-gula getah semasa keluar dari pasaraya.

Tulisnya:

“Ketika saya tak melihatnya, dia terus ambil satu paket gula-gula getah dan keluar. Saya mengetahui perkara ini selepas dia mengunyah satu dan menawarkan saya gula-gula getah itu (logik seorang yang berusia 5 tahun).”

Jadi, bapa ini bertanya jika anaknya telah membayar gula-gula getah itu. 

Dan dia menjawab tidak. Kemudian bapa itu memberitahu yang dia bangga kerana anaknya jujur. Namun, dia kecewa kerana anaknya membuat pilihan untuk mencuri.

Bapa ini telah memikirkan cara yang terbaik untuk mendisiplinkan anaknya. Caranya sungguh bijak. Dan berikut bagaimana dia melakukannya:

Cara bijak untuk mendisiplinkan anak mencuri

Beliau telah mendapatkan harga barang yang dicuri dan telah menampah sebanyak $0.50 pada jumlah harga barang tersebut. 

Contohnya jika harga gula-gula getah itu sebanyak $2.00, maka tambah $0.50 = $2.50. 

Kemudian, anaknya akan didenda untuk melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan umurnya sehingga cukup nilai barang yang dicuri. 

Dan di dalam tempoh denda, kelebihan untuk menonton televisyen, bermain tablet atau bermain di luar akan disekat.

Contoh kerja yang bersesuaian dengan nilai barang yang dicuri adalah anaknya perlu membersihkan bilik dengan sendiri dan mengemas mainan adiknya juga untuk servis komuniti bernilai $1.50.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Tambah sebarang tugasan lain hingga nilai mencukupi harga barang yang dicuri.

Sambil anaknya mengemas, bapa itu boleh dengar anaknya itu mendengus tidak akan mencuri lagi.

Imbangkan denda anak mencuri dengan benda positif juga

Apa yang telah dilakukan oleh bapa ini mampu merawat kes mencuri versi anak kecil. Beliau rela anaknya belajar mengenainya sekarang. 

Jika anaknya sudah remaja, dia mungkin akan menampar dan mendenda anaknya dengan servis komuniti, termasuklah penjara. Dan saya rasa ianya munasabah.

Beliau juga telah mengimbangkan ‘denda’ itu dengan sesuatu yang positif.

Beliau mula memberikan wang saku kepada anaknya apabila dia telah menyiapkan kerja rumah. Kemudian dia akan diajar tentang perbuatan menyimpan duit.

Selepas anaknya berjaya mengumpul duit, anaknya sendiri akan pergi meminta maaf kepada pihak pengurusan. Padanya, anaknya harus bertanggungjawab dengan tindakannya sendiri.

Jika anda rasa cara bapa ini menarik, anda mesti tertarik untuk membaca perkongsian berikut juga:

Berhenti Melihat Sahaja Anak-Anak Membuat Kacau – Disiplinkan Mereka!

Bagaimana mendisiplinkan anak tanpa perlu memukul; telah diuji sebanyak 5 kali

Cara Mendisiplinkan Kanak-kanak Hingga Remaja Tanpa Impak Yang Negatif

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comfaktor-mengapa-kanak-mencuri/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Trik Bapa Ini Hukum Anaknya Yang Mencuri Sungguh Unik Dan Berkesan!
Kongsikan:
  • Ibu kejam ikat dan heret anak belakang motor sebagai hukuman

    Ibu kejam ikat dan heret anak belakang motor sebagai hukuman

  • Kes Anak Mencuri Dengan Kawan, Pagi-Pagi Buta Sudah Cuba Pecah Masuk Kedai Dobi

    Kes Anak Mencuri Dengan Kawan, Pagi-Pagi Buta Sudah Cuba Pecah Masuk Kedai Dobi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ibu kejam ikat dan heret anak belakang motor sebagai hukuman

    Ibu kejam ikat dan heret anak belakang motor sebagai hukuman

  • Kes Anak Mencuri Dengan Kawan, Pagi-Pagi Buta Sudah Cuba Pecah Masuk Kedai Dobi

    Kes Anak Mencuri Dengan Kawan, Pagi-Pagi Buta Sudah Cuba Pecah Masuk Kedai Dobi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.