X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Rogol Anak Sendiri Usia 15 Tahun Hingga Hamil, Bapa Ini Mengaku Tak Bersalah!

29 Dec, 2017
Rogol Anak Sendiri Usia 15 Tahun Hingga Hamil, Bapa Ini Mengaku Tak Bersalah!

Tak habis lagi kes bapa rogol anak. Kali ini, seorang bapa durjana sengaja merogol anak gadisnya sampai mengandung dan mengaku tidak bersalah pula!

Bapa rogol anak sendiri sampai mengandung

Pulau Pinang: Sekitar 22 Disember tempoh hari, pihak polis telah menahan seorang peniaga lelaki yang berusia 50 tahun atas pertuduhan melakukan sumbang mahram. Lelaki yang dituduh sebagai bapa rogol anak itu telah membuatkan anaknya sendiri mengandung!

Tangkapan polis dilakukan selepas ibu mangsa membuat laporan polis apabila mendapati anak gadisnya yang berusia 15 tahun itu hamil. Selepas soal siasat, mangsa mengaku dia pernah melakukan seks dengan bapanya awal tahun ini. 

bapa rogol anak

Kredit: Yahoo!

Bertindak dengan pantas, pihak polis pantas menyerbu rumah kediaman mangsa di Air Itam dan menangkap lelaki durjana tersebut. 

Bukti mengesahkan bapa rogol anak sendiri hingga mengandung

Pihak polis juga telah mengambil sampel darah dan pelbagai sampel lain dari tahanan untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut. 

Ketua Penolong Pesuruhjaya Polis daerah timur laut, Anuar Omar berkata, kes ini telah dianggap selesai kerana semua bukti telah dikumpulkan. Tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan sumbang mahram.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan maksimum 10 sebatan. 

bapa rogol anak sampai mengandung

Kredit: techcrunch.com

Walaubagaimanapun, ketika pertuduhan dibaca kepada peniaga itu pada 27 Disember tempoh hari, bapa rogol anak sendiri itu berani mengaku tidak bersalah!

Bapa rogol anak sendiri mengaku tidak bersalah

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown di hadapan Hakim Irwan Suainbon. 

Hakim kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Siasatan lanjut mendapati mangsa (anak gadis yang baru berusia 15 tahun itu) tidak bersekolah dan merupakan anak ke-2 daripada 3 adik beradik. 

Apa patut anda buat jika dirogol?

Kasihan anak gadis yang tidak bersalah itu. Ramai perogol dan pemangsa durjana seperti bapa terkutuk ini merogol anak gadis mereka sendiri yang kian membesar. 

bapa rogol anak sampai mengandung

Kredit: naradanews.com

Contohnya seperti kes bapa rogol anak sebanyak 623 kali ini, walaupun ketika di Mekah! Tiada jalan yang selamat buat mangsa rogol. 

Risau dengan situasi yang semakin meruncing, hari ini theAsianparent akan memberi sedikit tips tentang apa yang anda perlu lakukan jika anda dirogol atau terkena gangguan seksual.

1. Pastikan diri anda berada di tempat selamat

Jika anda dirogol atau terkena gangguan seksual, perkara pertama yang paling penting adalah memastikan anda berada di tempat yang selamat. Hubungi teman rapat yang paling anda percayai.

2. Jangan bersihkan diri

Walaupun anda akan menyalahkan diri sendiri atau berasa jijik dengan diri, jangan sesekali basuh atau bersihkan badan anda. Masih ada pelbagai bukti DNA yang boleh mengesan perogol terbabit.

3. Laporkan pada pihak polis

Ya, anda mungkin akan rasa malu dan tidak mahu berjumpa sesiapa, tapi anda pasti mahu perogol itu ditangkap, bukan? Jadi jangan malu untuk melaporkan hal ini pada pihak polis. 

Lagi cepat anda buat laporan, lagi tinggi peluang untuk pihak berkuasa menangkap penjenayah terbabit. 

Jika perogol tersebut adalah ahli keluarga anda sendiri, ia alasan yang paling kukuh untuk anda melaporkan segala tingkahnya. Jangan malu atau menganggap anda akan memusnahkan keluarga.

Kepercayaan keluarga telah lama hilang apabila perogol terbabit mengambil kesempatan ke atas anda. Mungkin anda adalah salah satu mangsanya. Mana tahu jika dia ada mangsa lain?

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

 

 

 

Sumber rujukan: Yahoo!, Astro Awani

Kredit gambar: Terengganu Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-11-bulan-diculik-dan-dirogol-selama-2-jam/

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Rogol Anak Sendiri Usia 15 Tahun Hingga Hamil, Bapa Ini Mengaku Tak Bersalah!
Kongsikan:
  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • 10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

    10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • 10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

    10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.