35 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir, #5 Amat Penting & Wajib Ada!

Barang keperluan bayi baru lahir ada antara perkara yang mungkin buat bakal ibu atau bakal ayah pening kepala. Kami kongsikan di sini untuk bantu anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang sedang menunggu hari untuk bersalin? Pasti berdebar dan teruja nak jumpa bayi kan? Kali ini kami kongsikan barang keperluan bayi baru lahir yang boleh jadi rujukan untuk anda.

Buat ibu bapa baru, mungkin anda blur nak sediakan keperluan apa untuk bayi yang baru lahir. Risau juga terbeli apa yang tidak perlu dan akhirnya menyumbang kepada pembaziran.

Jadi, apakah barang keperluan bayi baru lahir yang perlu anda sediakan sebenarnya? Adakah semua yang dicadangkan perlu anda sediakan dan adakah ia benar-benar perlu untuk bayi anda?

Barang keperluan bayi baru lahir yang patut ada

Lebih elok jika anda bersiap sedia, menyediakan barang keperluan bayi baru lahir ini dari awal. Jadi bila anda perlukannya tidaklah anda tercari-cari kerana agak sukar untuk keluar membeli belah ketika dalam pantang.

Malah suami juga tidak perlu tercari-cari apabila semuanya sudah disediakan. 

#1. Pakaian bayi

Kredit: bukareview

Pelbagai jenis pakaian bayi ada di pasaran. Pasti anda rambang mata dan jadi tak tahu mana satu yang anda perlu pilih dan beli. Apa yang penting pastikan baju yang dibeli itu sesuai dengan bayi baru lahir.

Jangan beli pakaian yang rumit yang menyukar pergerakan bayi dan menyukarkan untuk anda pakaikan pada mereka.

Anda juga digalakkan untuk membeli pakaian dengan saiz sedikit besar daripada saiz bayi baru lahir. Sediakan kira-kira dua atau tiga pasang saja saiz yang baru lahir, selebihnya mungkin lebih baik anda beli saiz sedikit besar. 

Pakaian asas yang perlu anda beli:

  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Rompers
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi

#2. Lampin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sekarang di pasaran banyak jenis lampin pakai buang dijual. Ada yang berpatutan harganya dan ada yang mahal kerana dibuat daripada bahan organik.

Anda disarankan untuk membeli dua jenama lampin pakai buang bersaiz newborn untuk permulaan kerana dikuatiri kulit bayi anda mungkin sensitif.

Selepas anda tahu dia sesuai yang mana, bolehlah ditambah pembelian lagi kerana bayi baru lahir sebenarnya banyak menggunakan lampin pakai buang. 

Anda juga digalakkan untuk menyediakan lampin bayi jenis kain untuk memudahkan anda membedung mereka selain banyak kegunaan lampin kain ini sebenarnya.

Barang berkaitan yang anda boleh dapatkan termasuklah:

  • Krim ruam lampin
  • Tisu basah

#3. Set mandian, penjagaan kulit bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: freemalaysiatoday

Ada yang mencadangkan set mandian tidak perlu dibeli kerana dikhuatiri ia membahayakan kulit bayi jika dia mempunyai kulit jenis sensitif. Tetapi anda boleh beli yang organik jika tetap mahu membelinya.

Ada pelbagai jenis mandian organik di pasaran yang anda boleh beli untuk bayi. Anda juga mungkin boleh sediakan set pelembap untuk bayi kerana bayi baru lahir akan mengalami salin kulit yang kadang kala membuatkan kulit mereka kering.

Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:

  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

#4. Keperluan tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah pasti anda perlu belikan untuk barang keperluan tidur bayi. Pastikan material yang anda pilih tidak panas dan selesa untuk bayi anda.

Adalah lebih baik untuk anda pilih tilam dan bantal yang diperbuat daripada latex. Malah ada juga yang sarankan bayi baru lahir tidak perlu menggunakan bantal berlekuk untuk menjaga bentuk kepalanya.

Barang berkaitan yang perlu anda dapatkan:

  • Selimut
  • Set tilam dan bantal
  • Katil bayi

#5. Set penjagaan bayi

Kredit: motherandbaby

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu ibu bapa baru akan terlepas pandang akan hal ini sedangkan mereka amat memerlukannya untuk bayi yang baru lahir.

Set penjagaan ini termasuklah:

  • Minyak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pengetip kuku
  • Termometer digital

#6. Alat penyusuan

Alatan penyusuan tidak kira jika anda mahu menyusu badan atau sebaliknya, beberapa perkara perlulah disediakan termasuklah:

  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Nursing cover
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: kelabmama

Kredit foto: klikdokter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: AWAS, 7 Tanda Bayi Dalam Kandungan Anda Itu Sebenarnya Dalam Bahaya!

Penulis

Lala Annuar