X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Risau Bayi Tertindih Bila Tidur Sekatil? 8 Pilihan Bassinet Ini Memudahkan Bayi Tidur Dimana-Mana Dengan Selamat

Bassinet adalah antara peralatan yang wajib ada sebelum menyambut kelahiran bayi supaya si manja tidur dengan selamat tanpa risau tertindih.

Sesetengah ibu bapa merasakan barang peralatan bayi seperti bassinet adalah tidak perlu kerana kebanyakannya mahu bayi tidur sekatil. Namun begitu, dari segi keselamatan ia sangat penting bagi mengelakkan bayi tertindih tanpa ibu sedar.

Bassinet atau cradle ini sama fungsinya seperti tilam yang memberikan bayi tidur dengan selesa, namun ia lebih fleksibel dan boleh diletakkan dimana-mana. Selalunya, bassinet bayi akan diletakkan bersebelahan dengan katil supaya mudah untuk menyusu bayi pada waktu malam.

Ada juga yang gunakan bakul comel ini untuk ‘jemur’ anak untuk menghilangkan jaundice atau penyakit kuning pada awal kelahiran. Ada juga yang menggunakannya sebagai tempat OOTD!

Bassinet bayi sesuai digunakan untuk bayi yang berusia 0-4 bulan kerana belum pandai meniarap.

▲▼Isi Kandungan

  • Tips Pemilihan Bassinet 
  • 8 Bassinet Bayi Terbaik
  • Joke Jolly
  • Cotton Baby Basket
  • Tenso
  • Prego
  • Skip Hop
  • Chicco
  • Putybudy
  • 4Moms
  • Perbandingan Harga Bassinet Terbaik Di Pasaran 

Tips Pemilihan Bassinet 

Bakal ibu pasti tidak tahu bagaimanakah cara untuk memilih bassinet yang terbaik. Selain reka bentuk dan warna, pertimbangkan juga beberapa faktor penting sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembelian:

  • Material: Jika anda perasan, tilam bayi sedikit rata dan keras. Permukaan tilam atau pelapik yang terlalu lembut boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) kerana bayi mudah tenggelam apabila diletakkan di atasnya.
  • Jenis dan reka bentuk: Perhatikan jika terdapat ruang kosong antara tilam dan penghadang katil yang boleh menyebabkan kaki atau tangan bayi tersangkut. Pilih jenis cradle yang mempunyai reka bentuk selamat dan ringkas tanpa sebarang aksesori tambahan supaya bayi tidak lemas atau mudah tergolek dengan sendiri.
  • Mudah alih: Pastikan ibu ayah memilih jenis yang mudah alih dan ringan supaya senang untuk membawanya ketika pergi travel atau balik kampung.
  • Tema: Sebaik sahaja anda mempertimbangkan keselamatan bassinet, barulah anda melihat kepada corak dan rekaannya. Bassinet boleh didapati dalam pelbagai gaya, daripada anggun dan moden kepada klasik dan berenda. Anda pilih sama ada sesuai dengan tema seperti beruang atau kambing biri-biri. Atau bassinet yang tampak moden dan nampak menarik sepadan dengan deko hiasan dalam rumah.

8 Bassinet Bayi Terbaik Di Pasaran

8 Bassinet Bayi Terbaik
product image
Joke Jolly Foldable Bassinet
Terbaik Dengan Jaring Nyamuk
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Cotton Baby Basket Woven Rope
Terbaik Dengan Tenunan Kapas
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Tenso Auto Swing Deluxe Bassinet
Terbaik Boleh Berayun
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Prego Coco Baby Nest
Terbaik Seakan Rahim Ibu
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Skip Hop Playful Retreat Baby Nest
Terbaik Selesa Untuk Bayi Bermain
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Chicco Close To You 3-in-1 Bedside Bassinet
Terbaik Mudah Alih
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Putybudy S-C901 Foldable Electric Baby Bassinet
Terbaik Kukuh & Tahan Lasak
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
4moms MamaRoo Sleep Bassinet
Terbaik Dengan White Noise
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Joke Jolly Foldable Bassinet

Bassinet Bayi Terbaik Dengan Jaring Nyamuk

bassinet with net

Ibu pasti risau sekiranya bayi digigit nyamuk atau serangga pada waktu malam, bukan? Joke Jolly Foldable Bassinet menawarkan perlindungan terbaik dengan adanya kelambu. Ia boleh dilipat, sangat padat dan mudah disimpan dalam beg yang disertakan sekali. 

Jika si manja kebosanan, mereka boleh bermain dengan mainan gantung yang dapat membantu merangsang pancaindera bayi baru lahir. 

Apa yang kami suka?

  • Material tidak diperbuat dari bahan toksik, bebas plumbum dan selamat untuk bayi.
  • Ibu ayah boleh memerhatikan gerak-geri bayi kerana jaring mudah dilihat dari luar.
  • Bebas dari gigitan nyamuk dengan perlindungan terbaik.

Joke Jolly Foldable Bassinet

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Cotton Baby Basket Woven Rope

Bassinet Bayi Terbaik Dengan Tenunan Kapas

Risau Bayi Tertindih Bila Tidur Sekatil? 8 Pilihan Bassinet Ini Memudahkan Bayi Tidur Dimana-Mana Dengan Selamat

Bakul Moses ini sangat praktikal dan sesuai untuk bayi baru lahir berusia 0-3 tahun dan boleh menampung berat sehingga berat 25 kg. Ia diperbuat daripada tali tenunan kapas semulajadi membuatkan si manja tidur dengan lena tanpa sebarang bauan yang kurang menyenangkan. 

Yang menariknya, anda boleh ‘mengangkut’ bayi dengan mudah sama ada ingin menjadikannya sebagai carrier atau playpen, tempat tidur atau tempat menukar lampin bayi. Semuanya boleh!

Apa yang kami suka?

  • Material kapas semulajadi membuatkan anak selesa dan tidak panas.
  • Sangat praktikal untuk ibu membawa bayi pergi checkup atau bersiar-siar.
  • Pelbagai pilihan warna lembut seperti putih coklat, putih kelabu, beruang, anak ayam dan beruang khaki.

Cotton Baby Basket Woven Rope

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Tenso Auto Swing Deluxe Bassinet

Bassinet Bayi Terbaik Boleh Berayun

Risau Bayi Tertindih Bila Tidur Sekatil? 8 Pilihan Bassinet Ini Memudahkan Bayi Tidur Dimana-Mana Dengan Selamat

Penggunaan buaian boleh menjadi risiko “Shaken Baby Syndrome" atau otak bergegar kerana membuai terlalu laju atau kepala bayi terhentak di lantai. Sebagai alternatif lain, ibu ayah boleh memilih Auto Swing Deluxe Bassinet yang mempunyai sama fungsi dengan buai. 

Ia datang dengan alat kawalan untuk mengawal 5 jenis kelajuan yang boleh laras. Anda boleh setkan hayunan selama 8, 15 & 30 minit seperti yang ditetapkan supaya buaian ini berhenti serta-merta sampai bayi tertidur. 

Apa yang kami suka?

  • Pelbagai fungsi yang memudahkan bayi tidur dengan lena.
  • Mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti motion lock dan tali pinggang keselamatan bayi.
  • Datang dengan pelbagai bunyi menarik dan mainan gantung untuk menemani bayi.

Tenso Auto Swing Deluxe Bassinet

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Prego Coco Baby Nest

Bassinet Bayi Terbaik Seakan Rahim Ibu

Risau Bayi Tertindih Bila Tidur Sekatil? 8 Pilihan Bassinet Ini Memudahkan Bayi Tidur Dimana-Mana Dengan Selamat

Prego Coco Nest ialah bassinet dengan tilam yang empuk untuk memastikan bayi berasa selamat dan dilindungi. Ia datang dengan reka bentuk bujur untuk meniru suasana ‘dipeluk’ seakan di dalam rahim ibu. 

Sarang bayi ini telah diuji dan diperakui mengikut standard Piawaian Keselamatan Eropah EN-1890. Produk ini dijamin 100% selamat untuk kegunaan si manja dan selesa untuk tidur.

Apa yang kami suka?

  • Tilam boleh laras mengikut usia bayi membesar.
  • Diperbuat dari gentian poliester berkualiti tinggi dengan ketebalan tilam sebanyak 3 cm
  • Reka bentuk yang ringan dan mempunyai pemegang untuk membawanya ke mana-mana tempat.
  • Sarung tilam boleh tanggal dan dibasuh dengan mesin manakala kelambu boleh cuci dengan tangan.

Prego Coco Baby Nest

dari Prego

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Skip Hop Playful Retreat Baby Nest

Bassinet Bayi Terbaik Selesa Untuk Bayi Bermain

bassinet

Sekiranya ibu ayah mencari tempat untuk bayi bermain dan meluangkan masa bermasa, Playful Retreat Baby Nest sesuai untuk bayi baru lahir hingga berusia 9 bulan. Anda boleh gayakan tilam ini dengan dua cara. Pada peringkat pertama, anda boleh gunakan sebagai tempat bayi tidur dengan pad lembut di sekelilingnya.

Jika bayi sudah membesar, anda boleh buka zip dan keluarkan pad lembut untuk digubah menjadi tempat bermain si manja. Juga, boleh dijadikan tempat menukar pakaian jika berlaku kecemasan. 

Apa yang kami suka?

  • Sisipan mesh yang boleh bernafas dan tapak kalis air.
  • Datang dengan pad lembut dan boleh dibuka apabila perlu.
  • Mudah dilipat dan dibawa berjalan jauh.
  • Boleh dijadikan tempat tidur ketika kecil dan ruang bermain apabila besar.

Skip Hop Playful Retreat Baby Nest

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Chicco Close To You 3-in-1 Bedside Bassinet

Bassinet Bayi Terbaik Mudah Alih

Risau Bayi Tertindih Bila Tidur Sekatil? 8 Pilihan Bassinet Ini Memudahkan Bayi Tidur Dimana-Mana Dengan Selamat

Pertama kali menjadi ibu pasti membuatkan anda terasa ingin sentiasa dekat dengan bayi. Atas sebab itu, bassinet jenama Chicco mungkin adalah pilihan yang tepat. Ia boleh bertukar menjadi katil mudah alih dengan kaki beroda.

Selain itu, anda boleh melaraskan ketinggian jika ingin mengambil bayi menyusu pada waktu malam atau ubah kedudukan mengikut ketinggian semasa menukar lampin. Cara ini tidak akan membuatkan ibu-ibu sakit belakang kerana kerap membongkok.

Apa yang kami suka?

  • Bayi boleh tidur di sebelah katil dengan selamat dan selesa.
  • Mudah alih dan mempunyai brek dwi-fungsi.
  • Tilam boleh laras dengan satu bahagian berlapik dan kalis air pada bahagian lain untuk menukar lampin.

Chicco Close To You 3-in-1 Bedside Bassinet

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Putybudy S-C901 Foldable Electric Baby Bassinet

Bassinet Bayi Terbaik Kukuh & Tahan Lasak

bassinet bayi

Katil bayi ini sangat selesa dan kukuh untuk menampung berat bayi tidak melebih 25kg, sesuai untuk digunakan oleh bayi bermur 0-18 bulan. Bahannya diperbuat daripada keluli aloi kukuh dan bahan ABS serta dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan untuk mengelakkan bayi terjatuh.

Ibu ayah boleh memainkan lagu dengan menggunakan USB, telefon atau peranti Bluetooth melalui pembesar suara di dalam bassinet tersebut. 

Apa yang kami suka?

  • Ruang yang besar membuatkan bayi selesa bergerak.
  • Padding dan bantal yang lembut. Boleh tanggal dan dicuci.
  • Datang dengan lullabies untuk menghiburkan bayi apabila terjaga.
  • Buaian berhenti apabila tetapan masa tamat.

Putybudy S-C901 Foldable Electric Baby Bassinet

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

4moms MamaRoo Sleep Bassinet

Bassinet Bayi Terbaik Dengan White Noise

Risau Bayi Tertindih Bila Tidur Sekatil? 8 Pilihan Bassinet Ini Memudahkan Bayi Tidur Dimana-Mana Dengan Selamat

4moms mamaRoo sleep bassinet sangat berkesan untuk membantu menenangkan bayi dengan gerakan menghayun lembut seperti hayunan ibu ayah apabila mendodoi. Ia datang dengan lima pergerakan berbeza seperti menunggang kereta, melambai, kanggaru, hayunan pokok dan rock-a-bye.

Ia turut menyediakan pilihan white noise seperti hujan, kipas, laut dan shhh supaya bayi tidur lena dengan lebih lama, terutama bayi newborn. Ia juga mudah untuk ibu mewujudkna rutin waktu tidur dan meningkatkan kualiti tidur untuk anak membesar dengan sempurna.

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk moden dan minimalis.
  • Pelbagai fungsi dan bunyi untuk menidurkan bayi.
  • Boleh mengawal kelajuan menggunakan peranti pintar.

4moms MamaRoo Sleep Bassinet

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Perbandingan Harga Bassinet Terbaik Di Pasaran 

Jenama Harga (RM)

Joke Jolly Foldable Bassinet

 RM 76.63

Cotton Baby Basket Woven Rope

RM 46.00

Auto Swing Deluxe Bassinet

RM 159.90

Prego Coco Baby Nest

RM 249.00 

Skip Hop Playful Retreat Baby Nest

RM 699.30

Chicco Close To You 3-in-1 Bedside Bassinet

RM 799.00

Putybudy S-C901 Foldable Electric Baby Bassinet

RM 381.76

4moms MamaRoo Sleep Bassinet

RM 2,249.25

Langkah Keselamatan Buat Ibu Ayah

Apabila menggunakan bassinet bayi, penting untuk ibu ayah ambil tahu tentang beberapa langkah keselamatan ini:

  • Gunakan kain cadar yang betul-betul fit. Elakkan meletakkan sebarang bantal dan selimut di sekelilingnya untuk mengurangkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • Biarkan bayi tidur dalam posisi terlentang. Tidur dalam posisi meniarap adalah tidak selamat.
  • Jangan letakkan terlalu banyak sangat aksesori pada katil bayi. Elakkan dari menggunakan bumper katil dan sebagainya.
  • Pastikan tiada tali atau permainan bayi yang boleh menyebabkan bayi terjerut atau terjatuh ke atas bayi anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Mencari Baby Cot Terbaik Buat Si Manja Tidur Lena? Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berbaloi Boleh Beli Terus!

Baca juga: Kaki bayi 6 minggu berdarah teruk akibat bassinet! Anda pakai katil bayi jenis ini tak?

Baca juga: Tukar Lampin Bayi Jadi Mudah, Tanpa Sakit Pinggang Dengan 8 Baby Changing Table Terbaik Ini!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Noorhidayah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham