X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut, Doktor Temui Virus Ini Dalam Najis Pesakit

16 Apr, 2020
Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut, Doktor Temui Virus Ini Dalam Najis Pesakit

Terdapat satu kajian yang dilakukan di mana doktor menemui virus corona dalam najis pesakit, adakah benar virus ini boleh tersebar melalui kentut?

Berdasarkan penelitian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor, wabak pembunuh nombor satu dunia iaitu covid-19 boleh tersebar melalui bau kentut. Adakah ini benar? Atau sekadar mitos yang menakutkan orang ramai?

Hal ini kerana, doktor yang menjalankan penelitian ini mengatakan, virus tersebut didapati di dalam najis lebih daripada separuh pesakit covid-19 yang mereka rawat.

Covid-19 boleh tersebar melalui bau kentut?

bau kentut

Berdasarkan laporan yang ditulis oleh Dailystar.co.uk, doktor turut memberitahu bahawa kentut mempunyai zarah kotoran yang mempu menyebarkan bakteria-bakteria tertentu.

Walaubagaimanapun, doktor bersepakat agar lebih banyak kajian serta penelitian yang khusus bagi membendung penularan corona virus misalnya mengurangkan gas dalam tubuh manusia.

Apatah lagi, berdasarkan penelitian daripada Dr Andy Tagg, ujian yang dilakukan pada awal tahun ini menunjukkan bahawa Sars-CoV-2 terdapat dalam najis iaitu sebanyak 55 peratus daripada pesakit yang dirawat.

Bahkan, virus ini dikesan ada dalam najis pesakit yang tidak mempunyai gejala sepanjang tempoh 17 hari.

Mungkin tersebar melalui bau kentut adalah dalam jumlah yang kecil

Walaubagaimanapun, penelitian daripada doktor tersebut mendapat maklum balas negatif daripada pakar kerana menurut mereka penularan wabak ini mungkin dalam jumlah yang kecil jika tersebar dari kentut.

Tapi, ia mudah tersebar lebih besar dari titisan cecair yang keluar dari batuk dan bersin hingga memudahkan individu lain mendapat jangkitan selepas berjabat tangan.

Menjaga kebersihan tandas

bau kentut

Atas langkah berjaga-jaga kepada orang ramai, Dr Jarvis menggesa agar orang ramai menjaga kebersihan tandas memandangkan ada bukti yang menunjukkan virus berbahaya ini terdapat dalam najis.

“Ada beberapa laporan yang menunjukkan bahawa virus ini ada dalam kotoran bahkan sehingga ke hari ini ada pesakit yang mengalami cirit-birit sehari atau dua hari sebelum mendapat gejala lain seperti batuk dan demam.

“Ini maksudnya, orang ramai diminta lebih berhati-hati semasa membersihkan bilik mandi jika ada ahli keluarga atau rakan terdekat yang sudah dijangkiti dengan virus ini,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, kaedah terbaik untuk mencegah penularan corona virus ini adalah dengan mengamalkan kebersihan yang baik bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Di mana, anda harus sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat.

Selain itu, anda tidak digalakan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang belum dicuci serta mengelakkan hubungan rapat dengan orang yang disyaki dijangkiti virus ini.

Sekiranya anda mempunyai simptom seperti selesema, anda boleh kuarantinkan diri di rumah bagi melindungi orang sekeliling yang tinggal bersama dalam rumah tersebut dan elakkan kontak rapat dengan orang lain.

Anda juga harus menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin. Lalu membuangnya dalam tong sampah dan terus mencuci tangan.

WHO Pilih Malaysia buat kajian kesan ubat untuk rawat pesakit

covid 19 Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memilih Malaysia bagi menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan ubat untuk merawat pesakit Covid-19 yang dikenali sebagai Remdesivir.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pemilihan Malaysia dibuat berikutan keupayaan KKM dalam menjalankan kajian klinikal.

Namun begitu, selain negara kita, ada beberapa negara lain turut dipilih bagi menjalankan kajian berkenaan.

Apatah lagi, Malaysia turut mempunyai sistem kesihatan dan pendidikan yang baik. Bahkan, penyelidikan akan dibuat di Hospital Sungai Buloh serta hospital lain yang merawat pesakit covid-19 ini.

Dr Hisham menambah, kerjasama berkenaan diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Menerusi akhbar The Washington Post melaporkan, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengesahkan doktor di Wuhan China sudah mula menguji ubat yang masih berada di peringkat percubaan untuk digunakan bagi pesakit corona virus.

Ubat berkenaan dihasilkan oleh Gilead Sciences yang dikatakan berjaya merawat pesakit pertama di Amerika yang telah dijangkiti virus ini.

Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut, Doktor Temui Virus Ini Dalam Najis Pesakit

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Sun, Suara TV

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compesakit-hospital

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut, Doktor Temui Virus Ini Dalam Najis Pesakit
Kongsikan:
  • Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

    Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

  • 5 Cara Hilangkan Bau Busuk Lepas Bayi Atau Anda Melunaskan "Hajat"

    5 Cara Hilangkan Bau Busuk Lepas Bayi Atau Anda Melunaskan "Hajat"

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

    Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

  • 5 Cara Hilangkan Bau Busuk Lepas Bayi Atau Anda Melunaskan "Hajat"

    5 Cara Hilangkan Bau Busuk Lepas Bayi Atau Anda Melunaskan "Hajat"

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.