Anda tahu tak, sebenarnya mudah untuk kita tahu sama ada seseorang itu bawaan hamil bayi perempuan atau lelaki?
Biasanya, kita sering dengar mitos kalau bayi perempuan, perut ibu lebih melebar. Ada juga yang mengatakan jantina bayi ada kaitan dengan apa yang anda mahu atau perubahan emosi dalam menguruskan sesuatu perkara.
Baru-baru ini, ada kajian yang mendedahkan tekanan emosi semasa hamil meningkatkan tanda itu bawaan hamil bayi perempuan pula!
Bawaan hamil bayi perempuan – Ibu yang mengalami tekanan dikatakan akan hamil bayi perempuan
Satu kajian dari Jabatan Kesihatan Awam di Universiti Oxford mengatakan wanita yang mengalami tekanan jangka panjang akan mengandung anak perempuan.
Kajian itu juga mendapati, wanita yang mengalami masalah “anxiety” jangka pendek lebih cenderung mengalami masalah kehamilan.
Ini bermaksud, tekanan emosi semasa hamil mempengaruhi keputusan jantina bayi yang bakal lahir!
Bawaan hamil bayi perempuan, tekanan emosi semasa hamil mempengaruhi jantina bayi anda
Kajian itu dijalankan pada 338 wanita dari Britain yang cuba untuk hamil. Kemudian, para penyelidik mencatat aktiviti harian seperti gaya hidup dan kehidupan seks mereka.
Penyelidikan mencatatkan tahap dua hormon iaitu kortisol dan alfa-amilase pada wanita terbabit.
Kartisol berkaitan dengan tekanan jangka panjang seperti kerja, masalah kesihatan dan kewangan. Manakala, alfa-amilase pula meningkat apabila berlakunya peningkatan adrenalin iaitu hormon yang memicu tekanan pada manusia.
Dalam 130 wanita tersebut, 58 orang melahirkan bayi lelaki dan 72 orang bersalin bayi perempuan.
Hasilnya, wanita yang mempunyai tahap kortisol tinggi mempunyai peluang 75% lebih rendah untuk melahirkan bayi lelaki. Manakala 69% lebih rendah pada mereka yang mempunyai tahap kedua tertinggi.
Kajian ini juga membuktikan wanita yang mengalami tekanan jangka pendek dan adrenalin lebih sukar untuk hamil.
Teori “tekanan emosi semasa kehamilan” perlu diuji dalam kajian yang lebih besar
Dr. Cecilia Pyper dari Jabatan Kesihatan Awam di Universiti Oxford menyedari kajian yang dijalankan itu dalam skala kecil dan hipotesis perlu diuji dalam kajian yang lebih besar bagi memastikan hubungan antara tekanan dan kehamilan.
Beliau berkata kajian itu penting bagi mengenal pasti kehamilan dan bayi dalam keadaan sihat.
Dr. Allan Pacey, Pakar Kesuburan dan Pensyarah Kanan Universiti Sheffield merasakan hasil kajian itu tidak mengesahkan sepenuhnya tekanan penyebab kelahiran bayi perempuan.
Malah, terdapat banyak faktor yang membabitkan jantina bayi dan ibu bapa harus gembira apabila bayi dilahirkan walau jantina apa sekalipun.
8 cara kawal tekanan emosi semasa hamil dan selepas bersalin
- Rancang penjagaan anak secara teratur bersama suami
- Ibu bapa perlu menyesuaikan diri semasa di tahun pertama bayi supaya ia dapat mengubah kehidupan anda dengan cara yang lebih baik.
- Jika anda minta pengasuh jaga anak, buat sedikit nota tentang cara jagaan anak seperti bila waktu tidur, waktu menyusu, mandi, bermain dan sebagainya. Ia penting supaya mood si kecil boleh dikawal dengan baik.
- Pada tahun pertama selepas bayi lahir, tidak ada salahnya untuk anda ambil pembantu rumah supaya dapat bantu urusan kerja rumah seperti memasak, membersih, membasuh pakaian, mengasuh anak dan sebagainya.
- Tetapkan tarikh setiap minggu untuk berdandan dan berseronok bersama teman baik anda.
- Satu peraturan asas yang baik adalah bercakap mengenai bayi selama 10 minit dalam sehari dengan suami.
- Jangan ambil semua tanggungjawab kerana anda akan mudah letih. Sebab anda bukan superwoman!
- Sepanjang hamil lakukan senaman ringan supaya tubuh tetap aktif walaupun sedang berbadan dua.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber gambar : Mother and Baby Indonesia
Sumber : Penulis asal Nicholasyong. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga: