Bayi 1 bulan susah tidur ibarat mantra yang akan diulang-ulang oleh sesiapa saja yang baru menimang cahaya mata.
Tidak kiralah anak ke berapa pun, tetapi bayi dalam usia ini memang terkenal mengalami kesukaran tidur terutama waktu malam.
Bagi ibu yang pernah memiliki bayi, ia mungkin bukan kejutan untuk mereka, tetapi bagi mereka yang baru menimang cahaya mata, ada yang hingga kemurungan jadinya.
Penat mengandung belum habis, datang pula penat tidak cukup tidur kerana bayi yang dilahirkan sangat sukar untuk ditidurkan pada waktu malam. Memang boleh stres jadinya.
Bayi 1 bulan susah tidur malam? Elak buat perkara ini
Jadi apa nak buat jika anak anda begini? Anda tidak mungkin terlepas kerana nature bayi yang baru dilahirkan dan baru melihat dunia adalah memang begini keadaannya.
Mereka akan lebih mudah tidur pada siang hari berbanding lena lebih lama pada waktu malam.
Bayi yang baru lahir menghabiskan 9 bulan dalam rahim ibu tanpa mengetahui perbezaan siang dan malam. Disebabkan itu ia masih terbawa-bawa rutin berkenaan walaupun ketika sudah dilahirkan.
Jadi tidak peling jika bayi akan tidur sepanjang hari pada waktu siang dan menjadi sangat aktif malah kuat menangis pada waktu malam kerana bosan tidak dilayan.
#1. Biarkan dia tidur siang
Tolong kejutkan anak anda bila dia tidur terlalu lama pada waktu siang. Ya, memang lumrah untuk bayi baru lahir suka sangat tidur siang.
Tapi anda perlu ubah dan tukar rutin anak anda. Cuba pastikan dia ikut jadual tidur manusia biasa yang mana siang hanya nap dan malam tidur dalam jangka masa lebih lama.
Kejut anak anda untuk menyusu ketika di siang hari mengikut jam yang sepatutnya yang mana disarankan adalah setiap dua jam sekali.
#2. Bergelap walaupun siang
Tidak perlu bergelak ketika dia tidur siang hari. Biar saja dia kenal cahaya terang benderang supaya dia kenal erti siang dan malam. Apabila malam, anda boleh gelapkan bilik.
Jadi fisiologi badan anak akan secara perlahan-lahan menerima perubahan bahaya gelap adalah malam dan terang adalah siang. Biarkan dia terbiasa tidur siang dalam keadaan yang terang benderang.
#3. Elak suasana terlalu senyap
Biarkan anak anda terbiasa dengan keadaan persekitaran yang bising ketika siang supaya dia tetap boleh tidur walaupun dalam keadaan yang bukan senyap sunyi.
Jangan biasanya anak tidur dalam suasana yang terlalu senyap sunyi hingga bunyi gangguan sedikit pun akan membuatkan dia terjaga dan menangis.
Susah anda nak buat kerja nanti. Jadi pastikan anak anda fleksibel dan boleh menerima keadaan apa sekalipun ketika mereka mula untuk tidur.
#4. Teman tidur
Jika boleh, biarkan anak anda terbiasa tidur sendiri. Tidak perlu teman dia hingga tertidur, Ajar anak sejak kecil berdikari ketika tidur. Letak mereka dalam crib sendiri untuk memberikan mereka keselesaan maksimum.
Elakkan berkongsi katil dengan anak, bila mereka terlena terus letakkan dalam katil peribadi mereka bagi memastikan dia kenal territory nya untuk membuatkan dia lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Elak juga anak untuk terbiasa ditepuk atau didodoi. Biarkan mereka boleh tidur sendiri.
Kenapa bayi 1 bulan susah tidur malam?
Pasti ibu ayah tertanya-tanya kenapa anak di usia ini sangat susah untuk tidur malam?
#1. Persekitaran berubah
Bayangkan 9 bulan dia duduk dalam perut ibu, tiba-tiba berada di dunia luar, pasti ambil masa untuk dia sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang baharu.
Berilah dia sedikit masa dan bantunya untuk sesuaikan diri dengan keadaan di luar perut ibu yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan dan rasa takut kepada mereka.
#2. Lapar
Ada kemungkinan anak anda lapar. Semak jadual susunya, Mungkin dia lapar dan anda perlu tambah kadar atau kekerapan penyusuan untuk anak anda.
#3. Terlalu penat
Seperti orang dewasa, kadangkala jika kita terlalu penant memang susah untuk tidur jadinya. Jadi tidak mustahil anak anda terlalu penat dan menyukarkan mereka untuk tidur malam.
#4. Gelisah berpisah dengan ibu bapa/separation anxiety
Kebanyakan anak kecil memang mempunyai syndrome gelisah yang tinggi bila berjauhan dengan ibu bapa. Kerisauan yang tinggi ini membuatkan mereka susah tidur sebab takut ibu bapa tiada di sebelah bila terjaga.
Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena dan asyik terbangun tengah malam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: cikjai
Kredit foto: raisingchildnetwork
Baca juga: Gaya Tidur Bayi Anda – Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?